Sunday, July 11, 2010

hari lahir masa untuk berfikir

10 Julai hadir setiap tahun.
Sekiranya aku seorang kanak-kanak tentu sekali inginkan hadiah dan sebiji kek untuk dipotong,
Tapi sebagai anak yang dibesarkan di kampung istilah menyambut hari lahir tiada dalam kamus hidup kami adik beradik. Malah ibu bapa pun jarang mengucapkannya atau mungkin juga terlupa...maklumlah adik-beradik ramai. Mana mungkin untuk mengingatinya satu persatu..tambah pula dulu hidup susah drp dibelikan kek atau hadiah baik dibelikan barang yang lebih penting. Tapi kami adik-beradik tak pernah kisah pun, apatah lagi menjeruk rasa atau merajuk disebabkan tiada ucapan itu.
Sekarang apabila menjangkau usia 33 tahun, menerima ucapan terus atau menerusi sms, email atau FB sudah memadai itu pun sudah cukup membuatkan diri rasa terharu kerana ada mengingatinya.
aku terbaca dalam sebuah laman web mengenai hari lahir ....
katanya kedatangan hari lahir adalah masa untuk kita berfikir atau melakukan perubahan misalnya sebagai suami, fikir semula sejauh mana isteri anda bahagia di samping anda?Apakah sudah terlaksana semua tanggungjawab yang menceriakan isteri?
Sebagai seorang ayah, sejauh manakah didikan anda terhadap anak-anak? Apakah anak-anak anda mendapat apa yang sepatutnya drp seorang ayah?
Sebagai seorang anak, fikirkan semula, sejauh mana diri anda membahagiakan ibu dan ayah? Sebagai muslim, jika sudah meningkat usia, hari lahir adalah masa kita berfikir sejauh mana kita sudah menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan berbuat baik dengan semua manusia.
Kita semak balik kekuatan-kekuatan kita, kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, yang patut diperkemaskan dan kita semak semula kelemahan yang patut kita sisihkan dari pada diri kita.
Kalau daripada malas kepada rajin, dari culas kepada berhati-hati, drp pemarah kepada penyabar. Untuk yang bujang segera bertunang dan berkahwin. Jika boleh lakukan perubahan setiap kali kedatangan hari lahir anda atau lakukan perubahan setiap hari.
Paling penting hari lahir sebenarnya adalah hari untuk menghargai ibu yang melahirkan kita. Itulah yang kita terlupa. Sekiranya kanak-kanak gembira dengan hadiah, apa kata kita yang sudah berusia inilah masa untuk memberikan hadiah atau penghargaan kepada ibu kita. Ini kerana disebabkan ibu, kita dilahirkan.

Akhir sekali berdoa kepada Allah agar mengekalkan diri kita dalam keadaan keimanan juga ketakwaan, serta menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain. Doakan pada sebuah kebahagiaan di dunia dan kecemerlangan di akhirat. Amin ...

p/s: Semoga pada usia yang semakin bertambah, aku menjadi pekerja, sahabat,kakak, adik, anak, isteri dan ibu yang baik kepada semua orang disekelilingku...lebih penting menjadi hamba Allah yang semakin mentaatiNYA.

6 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

mesti 10 Julai hari lahir anda, sekiranya betul....happy birthday to you, semoga dipanjangkan umurmu, dimurahkan rezekimu n berbahagia selalu bersama keluarga tercinta

rynas said...

tenkiu mamasyaza..

Anonymous said...

selamat hari lahir.
semoga pjg umur, murah rezeki dan berbahagia selalu..

ibu_Arifa said...

happy belated bithday kak rynas..

rynas said...

eis & ibu arifa: thanks yer

MummySuri said...

selamat hari lahir kakak...tak sempat tgk FB pun, sbb tu x tau. semoga hidup sentiasa dirahmati dan bahagia hendaknya....amin....