Wednesday, July 28, 2010

baru nak merasa

Tahun ni belum merasa lagi makan durian yang dibeli sendiri. Bukan tak teringin..tapi bila memikirkan anak-anak yang kurang meminatinya hati jadi terbantut. Lagipun durian tidak dijual merata-rata di area Bangi ni kecuali kalau berkunjung ke Pasar Malam. Semalam terlepaslah hajat untuk makan durian, tapi bukannya durian yang masih belum dikopek
tetapi durian di dalam polesterin.
Kata suami..,"kan senang beli durian yang sudah dikopek, tidak berat membawa durinya, tak ada masalah durian busuk, yang penting makan yang baik-baik sahaja".



Selain durian, ada rambutan. Tapi rambutan ni dibawa dari kampung. Sekarang kan musim rambutan, pokok di belakang rumah berbuah dengan lebatnya. Malangnya buahnya dibiarkan begitu sahaja, ada yang gugur melata.
Kata Along, "ehhmm budak-budak rumah ni mana tahu petik rambutan, makannya mahu," akhirnya paman menjadi mangsa memetik buah, dapatlah seplastik besar untuk dibawa pulang.

Bersama durian ada manggis, tapi bukan dari kampung kerana manggis di kampung masih menghijau, tunggulah dua bulan lagi sebelum bertukar warna. Menggiurkan tengok manggis ni, tapi benarkah manggis tidak boleh dimakan bersama durian? takut nanti peningnya meningkat.


Nikmatnya dapat makan durian isinya tebal, bijinya kecil, durian Siam katanya. Dua ulas makan sudah kenyang. Durrani boleh tahan setakat seulas, tetapi Fahim terus membuatkan muka geli-geleman kali pertama merasa, kemudian, "mama cedapnyer...nakkkkkkkkkkkkk," panjang bunyinya...."haa...baru tahu sedap, tadi malu-malu kucing," kataku.

Tapi lebih nikmat kalau dimakan bersama pulut, santan dan gula, walaupun bukan kegemaran suami orang Negori, "rugi bang tak makan, sedap tau, cuba rasa," dan jawapannya, "alah tak hairan pun, bukannya sedap pun...

p/s: haruslah operasi mencari beras pulut hari ni.

13 comments:

Izan Ishak said...

rynas,
MIL izan pun ajar makan durian dgn santan, pulut dan gula melaka. mula2 rasa janggal...lama2 suka sbb sedap. tp hubby plak kurang suka...mcm hubby rynas~~

iyelah...izan pun penah dengar mak kat kalau makan durian ngan manggis nnti pening. maybe dia lawan panas ngan sejuk kot~~

best tu...durian yg tebal isinya. izan baru ni balik umah MIL pun dpt merasa sebiji durian kampung yg besar. baru abis makan semalam~~

Mag said...

betul2..lepas ni kalo nak beli durian husband cakap beli yang dah kopek jer senag. kita tahu isi dia camane and senang kerja kita. hehe

pulut durian faveret farah. cucur jugak. pengat jugak. hahaha. semua lah=p

A D I A said...

suka durian makan mentah camtu, tak suka makan dgn pulut, nasi etc :) dulu kecik2 pun tak suka durian, eksyen konon. dah besar baru suka.

rynas said...

Izan: yer mmg nikmat sgt makan doyan dgn pulut.

Farah: Farah yang penting tak susah2 nak bawa turun kulit doyan dr tingkat 8 ke bawah..hehheh

Adia:rasanya pulut doyan ni ikut negeri jugak ada yang tak suka langsung cam hubby sayalah

ANAKIRANA said...

huishhhhhhhh pulut durian santan...auwwwwww sedappppp!!rugi che abe awak tak makan ehhehe

mak encik | SZ said...

errrmmmm...sedapppppp...dpt jamu mata pagi2 ni... :)

kasihibu said...

meriahnya duyan,
akak teringin nak makan duyan dekat tempat beli buah tu, seronok ambil feeling dusun punyo.. ;p

Fieza79 said...

sedapnya duyan tu mkn lak dgn pulut..ulas nya comey je...mengiurkan ni...

tahun ni pekena duyan tak besama dgn pulut lg...huu

Anonymous said...

sedap mkn ngn santan... tp aku x buh gula buh garam +santan bg lemak2 sket
perggggggghhh :]

Ena said...

sy pun bbrpa hari nie datang balik keinginan nak makan durian.. kena singgah kat mana2 la nampaknya.. tengok isi durain kat sini lagi la.. adoiiii..

rambutan pun kesukaan sy tak kira dah batuk ke apa.. main taram jugakk tapi terpaksa makan sorok2 sbb anak2 tak leh makan. dorang asthma.. kesian kan!.. tapi kalo dorg ternampak sy makan sorok2 terpaksa la bg juga dorang rasa sebiji sorang.. huhu..

Anonymous said...

durian isi tebal..nyam nyam!
saya sejak kahwin je baru tahu stail makan durian dgn pulut, santan dan gula. MIL selalu buat. sedap rupanya!

dyeiza said...

wah..sedapnya..simpaan skt..terliur dah nih....kat swk nih blm musim lg...nak manggis....simpan utk kawe....sempat tak nnt kawe balik..

Yan said...

kt sini gerai jual durian mmg meriah.. tinggal pandai ngan tak pandai pilih jek..

tingat time peknenkan qis.. blum musim duyan.. carila merata mmg tak jumpe.. sudahnye jumpe duyan dlm polisterin camnila.. 3-RM10. jadikla buat lepas kempunan