Wednesday, June 30, 2010

Fahim Part 2

Dulu aku pernah ceritakan mengenai Fahim yang suka menangis tengah malam,
Alhamdulillah sekarang dia dah ok dah..
dah tak menangis lagi..
Tak berubat mana-mana pun,
Malam yang dia nangis tu memang dah pergi Darulshifa tapi tutup pula,
lepas tu malam seterusnya terus dia baik dengan sendiri,
Minggu lepas balik kampung kat Pd dan jumpa dengan Pak cik ni yg pandai ler ubatkan orang kalau kena gangguan ni..
kami panggil dia Pak teh..dah rapat sangat pun dah macam keluarga sendiri dah,

Masa tu ceritalah apa yang berlaku pada Fahim,
Pak Teh kata memang mata halus Fahim boleh nampak benda-benda halus ni,
Mmg kelebihan Tuhan bg kat dia,

lepas tu pakteh tanya sama ada nak tutup hijab (pandangan mata halus) dia atau tak?
Kami suami isteri ni entahlah tak tahu nak tutup atau tak,
lepas tu pak teh kata, "Biarkan ajerlah...sekurang-kurangnya dia boleh bg isyarat kalau nampak benda halus tuh. mgkin pada orang atau dalam rumah. Kalau pd orang ni dia akan jauhkan dirilah, mgkin menangis, kalau dalam rumah maybe dia tak nak masuk rumah tuh,"
Cuma itu jerlah...kesannya dia menangis jerlah..

Aku tanya adakah kecil jer dia nampak atau sampai ke besar? yerlah kebanyakan budak terutama baby mmg boleh nampakkan...tapi tak ler sampai ke besar.

pak teh kata tengoklah kalau Tuhan nak bg kelebihan sampai ke besar. besar ler dia nampak.. iskkk..takut juga aku kalau sampai ke besar. Sebabnya kita yg tak boleh nampak ni yg takut kalau dia bg tau nampak...dan nampaknya kat belakang kita ker...sebelah kita ker...tak nak aku ehhhh...TAKut!!!!
wallahualam...

Ohh aku baru realise...dlm minggu lepas, masa ni dia dah tak nangis tengah malam dah, tapi dalam jam 10 malam gitu, tiba-tiba Fahim tunjuk kat pintu, sambil peluk aku kuat-kuat dan kepala melekat kat dada aku,
'Mama..mama...yang..oyang," sambil tangan tunjuk kat pintu.
"mama..akut..akut,"

kita orang yg terpinga-pinga ni pujuk lah di sambil kata, " mana ada oranglah..dah..dah abah dah halau dia keluar,"

Masa tu Fahim tak nangis tapi mmg dia takut, peluk aku erat tak nak lepas,
dalam setengah jam gitu barulah dia buka mata, pandang pintu, "aaahhh dah ilang, tak der," katanya. Barulah dia bangun dan main mainan dia.

Pernah juga masa kawan opis buat kenduri cukur jambul,
masa tu Fahim menangis-nangis tak nak masuk rumah, meraung-raung sambil pusing2 badan ni, mengeliat kiri kanan, mmg cuak sangat masa tuh, aku pun tak masuk ler...sebab rasa cam something jer..elok jer bawa dia jauh dr rumah tuh...diam jer dia tak nangis dah.
esoknya masa pergi kerja baru ler tuan rumah tu bg tahu mengenai rumahnya yang dikatakan dihantar benda ni..mulanya dia pun tak tahu juga..tapi lepas berubat barulah dia tahu.

aku baru realise patut pun Fahim tak nak masuk rumah tu rupanya ada something.
lepas tu aku ditakut-takutkan oleh Mak Teh,

"Ti nanti kalau Ti naik lift tiba-tiba Fahim kata, mama oyang..lah atas kepala mama tu. pd hal dlm lift berdua jer..apa ler reaksi Ti," terus jer aku telan air liur kelat. ...TAKuT!!!!!

MINTA DIJAUHKAN...AMIN...

11 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

memang kita akan rasa seram kalo anak2 kita boleh nampak makhluk2 halus ni, tapi apakan daya, anugerah tuhan tu, diberi keistimewaan utk melihat mende2 camtu, tapi kesian le kat dia, kalo nampak dia mesti nangis, bila dia besar hilang kot nanti ekkk..???

Mag said...

bila dia besar dah xnampak kut. tp mana tahu allah nak bagi dia special sikit. mcm ghost whisperer

MummySuri said...

apa lagi kakak, buat skrip cerita seram la lepas ni...hahaha. kalau saya pun maunya terkucil....

Rizziela said...

Semoga fahim terus sihat & gembira selalu

kasihibu said...

erpp..dah rasa
seram sikit nih..

Mak Su said...

huhuhu, meremang bulu tengkuk

Izan Ishak said...

alhamdulillah kalau fahim dah ok~kita yg jadi ibu ni risau kan kalau anak2 nangis

ckLah @xiiinam said...

Ada rakan cklah, anaknya begitu. Selalu nampak 'benda halus'. Baru2 ni di bawa ke Darul Syifa'......rupa-rupanya, kerana saka! Wallahualam.

Unknown said...

dulu fikri masa kecik selalu dia nampak budak kecik kat area dapur... dia bukan takut tp dok tunjuk-tunjuk.. yer lah kita org tua mana nampak.. mujur le opahnya pandai la ubat2 ni.. so, lepas dah pagar rumah.. Alhamdulillah, takde dah dia nampak budak2 tu dah.. ni dah 4 tahun lebih, dia tidur sorg kat bilik belakang tu, cam okay jer...
kdg2 tgk pd budak juga.. kalo nampak yg tak ngeri takde la dia ngais kot...

TitisEmbun said...

salam ct,

ada baik & buruknya juga tu.takut juga, terutama klu malam2 husband tak ada kat rumah. Tapi, InsyaAllah..rasanya semakin membesar keistimewaan tu akan semakin luntur mengikut arus waktu...jgn sampai besar dah jd mcm citer ghost whisperer la plak...

m.sobri adam said...

Assalamualaikum..maaf saya bertanya,sekarang sudah tahun 2014,masihkan berlaku sesuatu yang aneh atau petunjuk2 lain yg diberikan oleh anak puan selepas 4 tahun ni..?