Petang semalam balik kerja terus cari gula
sebabnya dah 2 hari kat rumah tak ada gula nasib baik tidak memasak
dan buat air panas guna susu jer..
Pergi satu kedai tengok rak gula kosong tanya kat adik tuh,
"Gula ada tak"
"dah habislah...dah 2 hari tak ada," katanya
Ayo..yo..pergi kedai sebelah pun macam tu juga. gula tak ada.Pulang dengan tangan kosong tanpa gula.
nampaknya mmg krisis gula betul ler sekarang ni.
hari tu baca kat blog kawan-kawan yg mengatakan gula habis...
rupanya betul area Bangi pun sama.
Hari ni nak cari kat tempat lain pulak..
Minyak baru jer ura-ura nak naik...dah peniaga sorokkan gula..
alahai apa nak jadi..nanti bila minyak dah naik baru ler dia org keluarkan gula dengan harga baru.
cari keuntungan cara mudah...tak fikir langsung beban rakyat.
nampaknya Kementerian Hal Ehwal pengguna pun dah tak boleh nak control
atau pun kementerian tu pun terbabit sama..mulalah nak fikir macam-macam..
yerlah sekarang kan sibuk dgn rasuah sana rasuah sini..semuanya rasuah..sampai terpaksa bagi ganjaran kepada sesiapa yg tak amik rasuah..nampak sangat ramai orang merasuah dan terima rasuah. Apa nak jd dengan negara kita sekarang nie. Sikit-sikit nak rasuah..hancurlah bangsa kalau macam nie...
Tapi kan kalau krisis gula pun tak boleh nak tangani macam manalah hal-hal besar yg lain macam masalah sosial tuh..habis siapa punya kerja???
Pak-pak Menteri semua silahlah jawab yer????
geram pulak aku...kalau minyak tu cepat jer nak naik..lepas ni katanya setiap 6 bulan minyak naik 10 sen..tak ker gila. Sebabnya nak tarik subsidi..kerana nak bawa Malaysia kepada negara maju???
maju ke wehhh..kalau pendapatan pun masih di paras sederhana..kalau minyak naik..semua barang naik gaji tak naik-naik tak guna juga. Kita akan terus miskin ler jawabnya.
Pak-pak menteri yerlah tak pernah rasa spt mana golongan marhain ni rasa...
Gula pun pakai brown sugar dr luar negeri..mana main gula pasir kita ni..
Minyak pun tak pernah isi..sebabnya kereta sentiasa penuh dengan minyak..tak pernah drive kereta pun..ntah-ntah harga secawan teh tarik pun tak tahu kot. sebabnya minum pun kat hotel-hotel jer...
Hahhahah..aku sudah melalut pagi-pagi ni...
salam pagi sabtu yer kepada semua pembaca blog aku...
5 comments:
hai rynas..
tulah...kadang2 bila pikir rasa cam logik je gula habis kan?...tp billionaire tetap raja gula. ntah sapa punya angkara pun tak taulah...
happy saturday rynas :) aiseh gula susah dapat ke kat bangi? k'jaan duk ckp gula cukup di pasaran, tapi kita pembeli tau la gula susah nak dapat. dorang org atas apa tau. muak dah dgn alasan setiap kali berlakunya krisis gula ini dan apa yang kita nak adalah gula perlu cukup dan mampu dibeli oleh pengguna kan..
Geram punya pasal ye tie...betul lah, kena bendung masalah ni segera. Boleh nak jadi negara maju tapi fikirkan kebajikan rakyat dulu. Aku tengok negara maju pun, buat apa2 utamakan rakyat. That should be the way lah..ayo lepas ni jangan heran, teh tarik segelas 8 hengget yek...
Kat rumah ckLah pun tak pakai gula...
Budak2 buat air guna milo stick atau seumpamanya yang dah siap. Abahnya minum teh dengan susu pekat. Mereka buat oren sunquick pun tak pakai gula.Adalah gula kiub sikit...dan gula perang untuk buat perasa dalam masakan.
tak tahu nak kata apa
bersamalah kita menjadi pengguna yang bijak..
Post a Comment