Wednesday, June 16, 2010

semuanya sudah selesai...

Bersama kakak dan adik ipar. Nasib baik dapat bergambar sekali. Walaupun time tu tengah bz.
Gambar bersama pengantin dan anak-anak buah



Wah baru hari ni dapat berblog seperti biasa.
Nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat..
Busy sangatlah nampaknya..
Oiii cik rynas orang lain pun busy juga sempat juga ler update blog kan..kan..kan??

Hehheheh..idok ler busy sangat tapi apabila dicampur dengan kemalasan... ditambah dengan badan yang kurang sihat, tekak yang perit, hidung tersumbat menambah-nambah pula kemalasan untuk menghadap laptop. Kalau on pun cuma untuk check email sahaja dan selepas itu off semula. Nasib baik bukan blogger tegar....

Banyak nak cerita sebenarnya ..bercuti disebabkan majlis kenduri adik ipar di P. Dickson Ahad lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semua sudah selamat, daripada majlisnya, sandingnya sehinggalah kepada periuk belanga, pinggan mangkuk, semuanya sudah dicuci dan disimpan di tempatnya semula. Uhhh itulah yang penat sebelum kenduri seronok jer keluarkan itu ini..bila dah habis kenduri mak aiiii..banyaknya barang nak kena simpan. Ohhh sebelum tu kena lap dulu, susun ikut jenis barulah diangkat ke atas rak. Penat badan..uols maklumlah dah lama tak berkenduri kendara besar gitu.

Lepas dah selesai semua..mulalah badan rasa kurang sedap, bermula drp selsema. rasanya disebabkan banyak minum ais. Maklumlah cuaca panas terik, mana boleh tolakkan..mestilah nak minum ais. Lepas tu rasa dah pening kepala, ehhh dada pulak sesak...takkan nak kena asma kot. Ohh sebelum apa-apa berlaku baik berjumpa doktor dahulu. takut nanti esoknya tidak dapat bekerja. Mujur selepas ditelan segala ubat, akhirnya badan kembali segar, pening pun dah kurang cuma selesema dan batuk yang masih bersisa. Alhamdulillah....

p/s: ruginya tak sempat nak ambil gambar guna kamera sendiri, Fahim asyik nak berdukung jer...

4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

kalo bab kenduri, sudah semestinya penat gila bila kenduri berakhir, masa kenduri bolehla bersuka suki, lepas kenduri...periuk belanga, pinggan mangkuk, semuanya menanti. sebelah family en. abah tinggal sowang lagi tak kawin, tak lama lagi..kelam kabut pulak kami semua

Mag said...

kenduri memang meriah. bab nak kemas tu yang penat.hehehe

A D I A said...

abis kenduri mula la badan rasa tak sedap kan, biasa la tu. nak2 skrg tgh musim panas. rynas take care k, rest byk2 pasni :)

suhida said...

slm rynas,
nanti dtg amek award ye.