Monday, June 21, 2010

dia menangis lagi....

Masuk malam ni sudah lebih tiga malam Fahim menangis. Sebelumnya tak ada pula...
3 malam yang lepas jam 4.30 pagi, tiba-tiba dia terjaga dan terus menangis bagaikan ternampak sesuatu sambil mulut berkata dukong dan tangan menunjuk ke pintu,

"keluar..keluar..." sambil meminta aku agar dibukakan pintu.

Puas dipujuk, namun tidak berjaya, malah tenaga bayinya sangat kuat menolak tangan dan bahu aku, sehinggakan terasa mahu terjatuh..matanya pula agak luar biasa...
aku rasa memang bukan tangisan biasa..
apatah lagi dua malam sebelum itu di bilik tidur di menangis dihadapan cermin sambil menolak badan aku ke kiri dan kanan dan menjerit-jerit mengatakan tidak nampak...tidak nampak. Puas aku bercakap dengannya, "apa yg Fahim tak nampak, tu kan ada dalam cermin,"
tiba-tiba terus bulu roma ku naik, apakah dia tidak nampak wajahnya di cermin????
aduh..terus aku membawanya keluar bilik dan beritahu pada suami. Lagi sekali fahim menunjukkan mahu ke bilik dan berdiri di hadapan cermin. Lalu kami mengikut arahannya. Dia tetap mengatakan benda yang sama, "tak nampak..tak nampak...tak nampak," (atau mungkinkah dia nampak sesuatu??? ohh tidak!!!!!)

Dan malam tadi dia menangis kerana mahu keluar sambil menunjukan ke pintu....
puas dibacakan ayat kursi, al-fatihah dan semua ayat sewaktu dengannya tetapi dia tidak mahu diam...selepas itu husband membuka bacaan al-Quran menerusi CD namun sama sahaja...
Tetapi aku tahu dia cuma alah dengan satu sahaja....
Tiga malam lepas apabila diazankan dia terus diam serta merta...

Lalu malam tadi husband aku melakukan perkara sama...sambil berdiri di ruang tamu mengikut arah kiblat..dia mengalunkan azan...lama kelamaan Fahim terus diam dan merebahkan kepalanya ke bahuku...penat menangis agaknya...
Apabila dibuatkan susu dia terus terlena...
Sudah lama Fahim tidak menangis begini..dulu masa usia belum sampai setahun memang dia selalu kena gangguan begini menangis tanpa henti....agaknya mata kecilnya senang melihat benda-benda halus begini.
serik dibuatnya kalau menangis tanpa sebab seperti malam tadi..

aku dan suami rasa bukan tangisan biasa...petang semalam memang kami sudah mahu membawanya ke Darul Shifa tapi disebabkan mahu melihat sama ada malam tadi menangis atau tidak..tetapi tetap sama.


ps: Harap-harap tak adalah yang mengganggu..

9 comments:

Yan said...

ermm bawala berubat atau tanye2kan orang yg pandai...
mungkin ade sumting yg mengganggu la..
kalau qis.. malam2 bercakap.. nangis.. menjerit.. kami tahu dia mengigau saje..

rynas said...

Yan: aahh..ingat petang ni nak pegi Darul Syifa selalunya kalau fahim nangis begitu, kat situ ler tempat pakar rujuk

♥MAMASYAZA♥ said...

cepat-cepat la bawak berubat, kesian dia, tak sampai hati bila tengok bebudak kecik nangis lelama camtu, mesti ada sesuatu yg tak kena, mesti dia nampak sesuatu

Fieza79 said...

if berlarutan harus lakukan sesuatu..!

Zaidah said...

bebudak kecik memang tahu n nampak benda2 halus nie...bawak berjumpa ngan orang yang tahu...

ANAKIRANA said...

rasa ada benda tu...
cuba bagi air 30juzuk...

ennieva fauzi said...

tie, bawak le ke Darul Sifa tu...jangan le dibiarkan..eiii seram aku baca le cerita ko ni...kau ada bawak dia kat mana2 ke? Tepi pantai ke? berkelah di mana2 ke? mata halus budak ni..buat le sesuatu key, jangan dibiarkan

Mag said...

bawalah berubat kat ustaz ke..mana tahu kan..

Anonymous said...

alahai kesiannya fahim. seriau pun ada. cpt2 berubat ye..