Aku percaya kanak-kanak sekarang lebih cepat matang dan berfikiran terbuka berbanding kita dulu. Mungkin kerana faktor persekitaran, pemakanan serta teknologi canggih yang ada di sekeliling mereka menjadikan pertumbuhan otak seiring dengan perkembangan semasa.
Sebab itu adakalanya agak susah untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai perkara-perkara yang ada disekitar, takut nanti ada pelbagai persoalan lain yg sukar diberikan jawapan. Takut juga sekiranya mereka tidak faham.
Dulu aku takut untuk bercerita kepada anak, berbual seperti kawan kerana menganggap anak -anak masih kecil (Durrani sekarang baru berusia 3 tahun 8 bulan) takut sekiranya mereka tidak memahami apa yang kita perkatakan. Namun pengalaman seorang ibu tunggal yang suka bercerita mengenai kesusahan dan kepayahannya membesarkan anak-anak ketika anaknya masih bayi lagi membuka mata aku. Katanya berceritalah apa sahaja kepada anak dan menangislah bersama mereka InsyaAllah apabila dia membesar dia akan bersama-sama memahami kesusahan ibu bapanya.
Ya..aku akur kerana melihat anak-anaknya yang kesemuanya lelaki memang benar anak-anak menjadi anak yang sangat mendengar kata malah bijak dalam pelajaran. Di rumah menguruskan semua kerja rumah sendiri drp membasuh baju, kasut, menyapu sampah dan mengemas rumah malah boleh memasak sendiri selepas pulang drp sekolah dan semua itu dilakukan bermula drp sekolah rendah lagi. Apabila tiba waktu solat akan ke surau berdekatan rumah untuk solat berjemaah, malah dilantik menjadi imam sekolah. Jarang meminta-minta untuk membeli barang melainkan dibeli ibu dengan rela hati. malah ibu mereka juga pernah meletakkan ketiga-tiga anaknya di kampung selama sebulan tinggal dengan bapa saudaranya supaya mereka lebih menghargai bagaimana berjauhan dengan ibu dan bagaimana cara menghormati orang lain. Ini sebagai salah satu proses pembelajaran real yang dipraktikkan ibu ini.
Pengalaman ibu ini aku cuba praktikkan dalam proses membesarkan anak-anak di rumah. Aku mula bercerita kepadanya bagaimana susahnya untuk mendapat duit, perlu bekerja 30 hari. kemudian duit itu perlu digunakan untuk membayar bil itu dan ini, untuk membeli susu, pampers, baju kemudian barulah barang mainan. Mudah-mudahan dia memahami untuk mendapatkan sesuatu barang bukanlah mudah dan dalam masa yang cepat. Perlu bekerja dan mendapat gaji barulah barang yang diinginkannya diperoleh.
Suatu hari apabila dia memina mainan spt yang dilihat di TV, aku mengatakan, " nanti mama beli ekk..mama kena cari duit dulu. kena kerja dulu. Kalau ada duit nanti mama belikanlah," selepas itu dia mengangguk tanda faham.
kali kedua apabila aku masih tidak membeli seperti yang diminta dia berkata, "nanti bila mama ada duit mama beli ekkk," oh aku mula realise begitu cepat anak-anak memahami apa yang kita perkatakan.
Apabila tidak menganggapnya seperti kanak-kanak, kita akan berbual dengan mereka seperti mana orang dewasa, tetapi berdasarkan topik perbualan kanak-kanak. Misalnya aku cuba bercerita mengenai kesusahan seorang wanita tua yang sedang berjalan kaki sambil memegang payung.
"Tengok tu kesian pompuan tu. Dia jalan kaki, tak ada kereta kena panas kena hujan. tapi kita ni ada kereta, kakak ada kereta tak payah jalan kaki, tak panas. kena bersyukur tau," walaupun ketika itu memang tidak faham dan cuba memahami serta bertanya pelbagai soalan, tetapi keesokkan apabila melihat ada lelaki atau wanita sedang berjalan kaki, dia terus berkata, " mama tgk tu sian dia..jalan kaki. tak der kete kan mama," ohh lagi sekali aku realise dia mmg memahami apa yang aku perkatakan.
Suatu hari dia bertanya kepada adik ipar aku yang biasanya memakai tudung, tetapi pada hari itu keluar rumah dengan tidak memakai tudung. sambil membisikkan ke telingaku.
Durrani: Mama kenapa achik tak pakai tudung?
Aku: (terdiam sebentar mencari kata-kata) Oh tudung dia dalam kereta kejap lagi masuk kereta dia pakailah.
aku terpaksa berbohong dengan mengatakan tudungnya di dalam kereta kerana jika mengatakan dia tidak memakai tudung tentu dia berfikir, Oh boleh pakai tudung dan boleh tidak pakai yer.
Ketika menonton sebuah cerita berbahasa Inggeris di Tv
Durrani: Abah, kenapa orang tu masuk rumah pakai kasut. kan tak elokkan?
Terpaksalah menerangkan kepadanya yang dia bukan orang Islam, kalau orng Islam masuk rumah kena pakai kasut.
Suatu malam, selepas balik kerja aku melihat Durrani sedang bermain penyapu, dia menyapu sampah menggunakan penyapu lama menyebabkan habis semua jerami itu tanggal di lantai. Aku yang ketika itu geram terus mengambil penyapu itu lalu berkata, "tak boleh main penyapu, kotor, habuk nanti batuk," sambil membawa penyapu ke dapur.
Durrani terdiam, sambil menundukkan kepala, menangis tapi nada perlahan. Aku mendekatinya, lalu memujuk. Tidak sangka dia akan bersuara:
Durrani: Kenapa mama marah kakak? Abah tak marah pun, abah tak ambil penyapu kakak pun?
Aku terus bertanya kepada suami, adakah Durrani pernah bermain penyapu seperti mana tadi, dan suamiku langsung tidak menegurnya?? suami ku mengangguk.
Oh rupanya dia sudah pandai membuat perbandingan. aku terfikir, agaknya beginilah jika seorang remaja yang tidak ditegur ibu bapa apabila membuat kesalahan dan dia akan mengatakan, "kenapa dulu mama tak tegur atau kenapa abah tak marah pun, mama jer yang marah,"
Sekali lagi aku mendapat pengajaran drp situ.
11 comments:
anak2 skrg lebih terbuka pemikiran meka...dan meka cpt belaja dr sesuatu yg terjadi disekeliling meka..
btol la tu cik rynas, diorg skrg mmg cepat "tangkap" apa yang diorg nampak, diorg dengar...maka kita lah yang kena lebih berhati2 menjaga perlakuan, ada masa sampai tak terjawab soalan cepumas yg macam2 tak dijangka... :)
betul tu rynas..walaupun kita rasa anak2 kecil tak memahami..tapi bila kita bercerita sebenarnya anak2 ini memahami perasaan kita..dan selalu sudi menjadi pendengar yang setia :)
alololo...durrani dah tahu bezakan apa yg mama marah dan abah tak marah dia ye. itulah anak2 kan...dah makin bijak skrg nih...
Anak2 skrg dh semakin bijak kan..
Diorg cepat mempelajari & menangkap apa yg diorg lihat & dgr..so..kita pon kena lebih berhati2.. ;)
bebudak sekarang memang dah berfikiran terbuka...lebih bijak n tak segan2 nak tanya..tak macam kita dulu...
itu la bezanya budak2 skrg dengan zaman kita dolu2.. masih sy ingat sy, di marah oleh mak sbb dudk sekali mendengar perbualan mak & kawn2nya.. mak kata budak2 tak leh dengar org2 tua bercakap & tak boleh menyampuk.. tak sopan namanya.. malah benda2 yg kurg sedap di pandang pun kita tak blh tgk.. mcm cerita peluk2 zaman skrg nie.. dan kita sampai dah besar pun segan nak tgk adegan macam tu..
beza ngan budak2 skrg.. dorg terlalu terdedah dengan persekitaran yg terlalu terbuka.. mcm2 soalan yg dorg akan tanya nanti.. dan kita memg kena bijak tergkan.. pernah juga samapi sy tak terjawab sbb tak sangka dia nak tanya soklan mcm tu.. huhu..
risau juga dengan keterbukaan pemikiran & kepantasan budak2 yg tak seiring dengan usia mereka.. huhu..
Fieza: ye betul tu mereka lebih terbuka dan cepat belajar
Sz: hhehe kdg2 susah jg nak mencari jawapan tu tak
Kauthar: aahh..sebenarnya bdk2 ni faham apa kita cakap
Izan: tu ler dh bezakan pula kenapa ayah tak marah kenapa mama marah.
Lili & Zaidah: itu yg susahnya tuh. mak2 zaman sekarang kena jd mak yg sangat bijakkan?
Ena: zaman kita dulu (kalau kita ni seusialah yer) mak mmg garang nak tanya apa2 mmg takut simpan jerlah soalan tu kan. tanya lebih-lebih kang kena cubit pulak
anak2 kakyong, terutama fikri pun dah pandai membuat perbandingan... siap compare 'rumah kita buruk., rumah abg sebelah tu cantek'
Post a Comment