"Nah ..amik ni surat cinta," kata pak polisi kepada seorang wanita berbaju ungu.
Wanita itu hanya tersengeh-sengeh macam kerang busuk sahaja, sambil memberikan senyuman paling cute lah konon-kononnya. maklumlah sudah tahu kesalahan sendiri kerana memandu sambil menggunakan telefon bimbit.
Memang malang tidak berbau, sudah bukan rezeki agaknya.
Pada hal sebelum itu wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Z sahaja jarang menggunakan telefon ketika memandu. Tetapi entah kenapa pagi semalam, oleh kerana terpaksa, ketika menuju ke rumah seorang personaliti televisyen, dia terpaksa menggunakan telefon disebabkan tidak tahu rumah yang sudah diberikan alamatnya. Tambah pula ketika berhenti di sebuah stesen minyak nombor telefon personaliti TV itu dimatikan pula.
Untuk tidak mahu terlepas simpang (kalau terlepas mak aiii susahnya mahu pusing semula) dia dengan selamba menelefon personaliti itu dan tidak sampai 5 minit tiba-tiba ada tangan putih drp jejaka yang sedang menunggang motosikal ala harley Davidson meminta-minta agar diberhentikan kenderaan.
Cermin kereta diketuk, "minta lesen dengan ic cik," kata lelaki itu.
Z masih tersengih-sengih..tanpa berkata barang sepatah kata...mulut bagai dikunci..maklumlah ini pengalaman pertama bertemu jejaka bersarung tangan putih, dia terus menyerahkan apa yg diminta. Sambil menunggu pak polisi menulis maklumat...
Lambat giler menunggu. Entah pandai baca atau tidak pak polisi tu. Di belakang jalan hampir jam, "glamour sekejaplah aku wahai WTT,"
selepas siap," Nah.." sambil memberikan surat cinta kepadaku.
Wah dengan vangganya aku terus mengambilnya, dan mengucapkan ayat-ayat chenta, "Terima kasih yer.." sambil memberikan senyuman paling manis. Nasib baik tak kenyit mata.
Agaknya pak polisi tu pun hairan, "aikkk pompuan ni...org lain kena saman mesti tak suka, tapi aku tersengeh pulak tu. Dah tu langsung tak merayu, minta supaya jgn saman"
Lepas dah dapat surat, " Aikkk...naperlah aku tak merayu ke tadi ataupun buat suara-suara seksi ke? Kenyit-kenyit mata ker???? agaknya mamat sarung tangan tu nak layan tak? Pengalaman korang yang mgkin hampir-hampir kena saman, tapi disebabkan merayu bagai nak rak terus tak dapat surah chenta...
Oh Ya untuk pengetahuan korang wanita yang kena saman, wanita bukan nama sebenar Z itu adalah AKU...huuuuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....sedihnya, melayang duit AKU.
p/s: lepas ni pengajaran ker..cik adik oiii...idok ler jg..sebabnya mmg jarang pun guna phone masa drive. Agaknya dh memang nak kena...orang kata berada pd masa yang salah, di tempat yang salah...nak reda???? HUuuuuWAaaaaaaaaaaaa....mak tak rela NYAH!!!!!!!
11 comments:
huhu bpe ratus kena tu?dah la dekat nak raya ni ..
sabar ajelah....melayang duit nak bayar surat cinta tu nanti...
Aku pun selalu gak kena saman.tapi sebab salah parking.Selalu sangat dan selalunya selepas aku ungkapkan kata-kata hikmat " minta maaf Tuan.Saya tahu saya salah tetapi saya hendak cepat.Lain kali saya janji saya tak buat dah..".hasilnya? pak polisi pun tutup balik buku saman dan bagi nasihat lebih kurang lepas tu berlalu pergi.kalau polis tu pergi, jangan lupa ucapkan terima kasih..he..he..Jangan salahkan polis.Mereka hanya menjalankan tugas mereka...
Cat: rasanya RM300 kot..yer..duit raya untuk trafik ler tu huhuhuh
Zaidah: yer surat cinta yg mahal namanya
Liza: hehheh..aku terkedu Liza...
oohohooo sungguh surat chenta yang tk mahu diundang! huhuhuhu
alamaks..nape tak ckp sesat jln. maybe polis tu bole consider lg ke? hehe xpelah dah jadi :(
SZ: yer mmg tanpa undangan
Me: itu ler dh kena baru terfikir naper lah tak merayu ...hhehhe tak per pengajaran kalau kena saman lagi try merayu pulak. hehheh . idok ler nak kena lagi wehhh
hold dulu.. lepas raya baru bayar bleh??? hehhehehehe
hehehe..xdok rezeki orang panggil. malang tak berbau=p
Post a Comment