Thursday, June 3, 2010

aku kasihan...

Semalam ketika membeli nasi lemak di kawasan sekitar rumah, terdengar makcik penjual nasi lemak itu merungut dengan seorang pelanggannya,
"Susahlah nak berniaga majlis perbandaran dah kacau, tak boleh berniaga tepi jalan lagi,"

Kasihan makcik tu ada rasa kesedihan pada nada suaranya dan riak wajahnya yang suram. Sepanjang lima tahun aku tinggal di situ, itulah mata pencariannya seharian. Mungkin duit hasil menjual nasi lemak itulah dia menyara persekolahan anak-anak. Jika gerai kecilnya diganggu majlis perbandaran di mana pula dia harus mencari makan?
kemudian ketika melalui jalan sama, aku lihat kakak yang sering menjual nasi lemak bersebelahan rumah pengasuh anak aku juga sudah tidak lagi berniaga. Jika tidak setiap hari gerai kecilnya akan ada di situ dengan pelbagai makanan, nasi lemak, nasi kerabu, mihun, mi, serta segaja jenis kuih muih. Dan biasanya jam 9 pagi semua makanannya habis dijual.

Sedih mengenangkan peniaga-peniaga Melayu kecil yang hanya membuka gerai di tepi jalan dr jam 7- 10 pagi sahaja. Jika itu mata pencarian mereka...ke mana mereka harus berniaga selepas ini? Membuka restoran??? cukupkah modal mereka???

Ketika bertugas di pejabat lama, setiap pagi, sepasang suami isteri akan membuka gerai untuk makan tengah hari di hadapan pejabat. Dan setiap pagi jugalah kami akan berkunjung ke gerainya sama ada untuk sarapan atau makan tengah hari. Selain makanannya sedap...kami kasihan melihat dia berniaga, sudah separuh usia tetapi masih kuat ke sana sini. jam 5 petang selepas habis waktu pejabat dia pun menutup gerai dan begitulah keesokan harinya.

Lama juga dia berniaga di situ, lama-kelamaan dia mula merungut, majlis perbandaran meminta dia merobohkan gerai..dengan alasan kawasan di situ tidak boleh berniaga bukan kerana tiada lesen. Tetapi pakcik ini tetap berkeras katanya disitulah tempat dia mencari rezeki, katanya lagi mereka (majlis perbandaran) minta 'upah' jika tidak tidak boleh berniaga. Keesokan harinya, alangkah sedihnya kami apabila melihat gerainya dirobohkan dengan jentolak...bayangkan jika pasangan suami isteri ini melihat gerai kecil yang dibina musnah sekelip mata, tentu mengalir air mata mereka. selepas itu aku tidak tahu ke mana arah tuju pasangan suami isteri ini.

Peliknya kedai di hadapan dan belakang pejabat dimiliki kaum India muslim dan India tidak pula dirobohkan. Padahal mereka juga membina gerai di hadapan jalan. Apakah yang membezakan antara keduanya? Fikirlah sendiri...
ya memang betul mereka menjalankan tanggungjawab yg sudah termaktub dalam undang-undang. Tetapi kadang-kadang perlaksanaannya tidak sama. Kenapa setelah bertahun-tahun berniaga baru sekarang mahu diganggu? kenapa tidak ketika mula-mula peniaga-peniaga kecil ini membuka gerai, mereka sudah datang dan memberitahu ," di sini tak boleh berniaga pakcik. nak berniaga pakcik pergi sini dan sini" jadi tidaklah menyusahkan mereka.

Aku lihat juga ada peniaga bukan berbangsa Melayu boleh pula berniaga di kaki lima jalan. Apa bezanya mereka???aku bukanlan anti perkauman tetapi sudah tentulah semangat asabiyah aku pada bangsa Melayu itu sendiri. Sedih apabila aku bayangkan andainya pakcik dan makcik itu adalah ibu dan ayah aku sendiri...

P/s: Dahulu aku suka beli nasi lemak dan kuih di gerai yang menjual nasi lemak terutama wanita yang membawa anak kecilnya berniaga sama. Di samping nasi lemaknya sedap aku kasihan melihat kesungguhan mereka mencari rezeki. Kadang-kadang terasa ingin membeli semua nasi lemak mereka kemudian sedekahkan kepada rakan sepejabat. Begitu juga dengan wanita (biasanya makcik yang sudah berumur) menjual kerepek dan kuih tradisional ada yang menjual sehingga ke pintu pejabat. Ada berharga RM5 untuk 3 paket kecil, aku beli bukan kerana suka makan, tetapi kerana kasihan.

12 comments:

Ena said...

Salam..


betul tu.. ena perasan juga kes2 mcm ni.. org kita suka snagat dengan sogokan agaknya.. tu pasal la kaum lain boleh bersenang lenang berniaga sbb mereka mungkin tak de masalah nak bg upah..

yg kecil2 sibuk nak di robohkan, yg berlambak2 bukan kaum melayu punya dibiarkan. ntah apa2..

Fieza79 said...

pon sama situasi kat sini..asal org melayu je buka gerai mesti da mslh...
yg heran nya kaum cina bukak gerai tepi jln siap sesak dgn pengunjung yg paking keta ikut sempat tu tak diambil tindakan plak...

Mag said...

kan..kadang2 indon merata2 bukak kedai tak de pulak mereka kacau

A D I A said...

betul tu rynas, kesian dgn nasib2 penniaga kecil ni. dari buat mende2 tak elok apasalahnya dia meniaga untuk tempoh 2-4 jam tu. nak dapat approval pun bukan senang.

Zaidah said...

kesiannyer diorang yang kena robohkan gerai tu...mesti tak tahu nak carik rezeki kat mana...janganlah letakkan pasir kat dalam periuk nasik orang..berdosa...

mak encik | SZ said...

bezanya "upah" tu diberi la kot...sedih btol...pagi2 td terdengar kat radio 40%+ penjawat awam terima rasuah...sedihhhh, itu ke nak bagi anak bini makan / jadik darah daging?

rynas said...

Ena: bukan awak jer yg emosi dlm hal ni ramai lagi. Yerlah kaum lain tu banyak duit kan..

Fieza: aahh kalu pergi area Serdang banyak kaum lain buka keai tepi jalan ok jer..

farah:yg Indon pun satu hal jugak senang sangat berniaga sekarang nie. sapa bg lesen entah ler..

rynas said...

ADIA: betul tu bkn lama benor pun berniaga. lgpun tak kacau org pun.

Zaidah: sebenarnya banyak benda lagi besar dorang boleh buatkan..sampah yang banyak...kawasan kotor, sungai tercemar benda yg sepatutnya tak nak buat pulak.

Sz: eehhmm..rasuah jg satu isu besar yg semakin sukar ditangani..

ckLah @xiiinam said...

...rintihan rakyat marhain.



Kesian kan..

rynas said...

Cklah: golongan marhain yg selalunya tiada tempat mengadu

Mia Liana said...

kesiannya...biasa lah orang melayu kalau berniaga... asyik kena negatif je... sabar..ya makcik...

rynas said...

Mia: aahh betul tuh asal melayu jer ada yg tk kena..