Friday, November 5, 2010

patutlah...jam

bangun tidur inilah aktiviti dua beradik pagi-pagi hari..main..main..main dan main
"kakak..Fahim jom mandi cepat, pergi sekolah..mama nak pegi keje,"
nak tahu apa jawapannya, "kejaplah mama...nak main dulu..nantilah kejap.pas main baru mandi ya,"

Kadang-kadang menunggu kejap tu sampai 8.30 baru mandi dan kadang-kadang sampai jam 9 pagi baru keluar rumah hantar ke rumah pengasuh. Nasib baiklah waktu kerja fleksible.

Mulanya ini adalah permainan adik, tapi si kakak pun dah syok main dah.

susun semua kereta satu persatu..



Kadang-kadang panjangnya dr pintu sampai ke ruang tamu. tak kasi kita kemaskan pula tu



tengoklah ni..susun ikut saiz kecil sehingga besar


lepas dah siap susun sampai hujung parking kat tepi pintu kemudian barulah bersiap turun bawah. Adeh!!!...pagi-pagi sekarang ni inilah masalahnya. Bila malam balik kerja susun balik...macam pagi tadi.
tapi aku perhatikan dia orang ni cepat jemu...dalam masa seminggu jer lepas tu main benda lain pulak.

Thursday, November 4, 2010

terima kasih bos..bg cuti hari ni

Hari ni bos besar bagi cuti..terima kasih bos
Semua pekerja bercuti..sebagai meraikan Deepavali khususnya kepada pekerja beragama Hindu
...syoknyer....indahnya dunia dapat cuti pada saat orang lain bekerja.

Hari ni nak kemas rumah..
- serius baju-baju lepas balik Australia belum kemas lagi,
Nak lipat baju...
- banyak baju belum berlipat penuh satu bakul (malasnya saya)
Nak service kereta dah buat appoiment jam 4 petang
- dah hampir mencecah angka yang sepatutnya diservice..
Nak jumpa kawan kat UPM
- nak lunch..nak sembang-sembang...nak ngumpat2 (opsss..ngumpat manja jer uols)
Nak mop lantai
- itu pun nak khabar ker Rynas


*** ohhh..banyak benda saya nak buat hari ni***

Minggu ni juga minggu yang agak sibuk sebabnya adik ipar saya nak bertunang sabtu ni dan mak, ayah dan kakak saya bersama keluarganya akan datang dr kampung. Bestnya...nak jalan-jalan menghabiskan tenaga dan RM di Ikea (bukan saya yer yg nak habiskan duit, temankan orang yg nak habiskan duit dia).

Tuesday, November 2, 2010

Dr Asri dan pandangannya...

Selain membaca kisah masyarakat dan hiburan aku juga tidak terlepas drp mengikuti perkembangan politik semasa menerusi blog-blog politik sama ada pembangkang atau pemerintah. Kadang-kadang tersenyum sendiri dengan cerita-cerita politikus mereka yang boleh dikatakan semua sama saja.
Namun pandangan drp Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam blognya yang dulunya Mufti Perlis wajar untuk difikirkan. Ini antara petikannya:

Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:

1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.

2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI), sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.

Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.


p/s: buat mereka yg 'totok' pada DSAI berfikirlah...

Aku tidak mahu Kad Kredit. Titik.


Semalam bila balik rumah rasa 'membara' jer bila dapat surat ni.
penyata kredit kad Maybank Islamic yang meminta aku membayar RM60.
Yang pelik bin ajaibnya aku memang tidak pernah mendaftar atau tandatangan mana-mana persetujuan untuk memiliki kredit kad.
Dan pelik bin ajaib lagi kredit kad itu juga tidak sampai ke tangan aku, macam mana pula aku perlu membayar RM60 sedangkan kredit kad itu tidak ada.
Kenapa pula Mayban nak trick pelanggannya begini???
Ya memang 2 bulan lalu aku pernah menerima panggilan drp Maybank mengenai tawaran kredit kad ini dan aku nyatakan dalam ayat paling sopan dan penuh berhemah yang aku tidak mahu menerimanya tatkala dia memberitahu ingin menghantar kredit kad itu kepadaku. Titik.
Dan sekarang..tidakkah ini menyusahkan aku kerana terpaksa pergi ke Maybank, menjalani urusan di kaunter kemudian terpaksa pula membuat proses pembatalan dan silap2 terpaksa membayar RM60 itu.
Sebagai pelanggan mana boleh senang-senang berikan kad kredit tanpa meminta persetujuan pelanggan tanpa menandatangani surat perjanjian atau apa-apa saja sewaktu dengannya dengan alasan, "Kami berikan kad kredit ini secara automatik sekiranya puan tidak mahu puan boleh pergi ke bank berdekatan untuk menutupnya,". Ingat aku ni banyak masa free ke nak ke bank dan sesuka hati saja aku perlu membayar RM60 kepada bank, bayangkan sekiranya 1000 pelanggan, atau 10 ribu pelanggan berapa keuntungan diperoleh drp situ saja.
Bayangkan sekiranya kad kredit itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sesuka hati menggunakannya tanpa pengetahuan aku. Memang bodoh!!!!!!
p/s: Pernah memiliki 2 kad kredit. yang pertama ditutup selepas menggunakannya selama 6 tahun dan yang kedua baru saja ditutup selepas setia menggunakannya selama 9 tahun. Tidak tahan dengan interestnya yang banyak juga sukar mengawal diri untuk membeli-belah waima duit tiada di tangan tetapi masih mampu bershopping dengan mewah. Sekarang FREE tanpa kredit kad. Walaupun ada yang cuba menyogok, "Ehhh...mana boleh tak ada kredit kad kena ada satu incase imergency macam mana? memang ada terfikir untuk mengambil at least satu kad kredit, tetapi apabila merasakan kehidupan yang selesa tanpa kredit kad, terlepas drp bebanan hutang setiap bulan selama bertahun-tahun alangkah bahagianya.

Monday, November 1, 2010

pengalaman menaiki belon udara panas

Siapa yang tidak terujakan dapat menaiki belon udara panas. Mulanya rasa takut dan gementar maklumlah aku ni gayat pada tempat yg tinggi. Tetapi memikirkan mungkin pengalaman ini sekali seumur umur, Ya aku mahu mencuba.

Jadinya seawal 4.30 pagi seramai 4 orang (pemenang cabutan bertuah) berkumpul dihotel kemudian kami diambil oleh pekerja belon udara panas untuk dibawa ke tempatnya yang mengambil masa perjalanan dalam setengah jam.

Ada sesi taklimat dan sign untuk declaration selepas itu baru kami dibawa melihat teknik belon udara panas dikembangkan.



dah separuh angin dimasukkan...




Selepas dah kembang barulah api dikenakan supaya belon semakin mengembang


Lihat dah semakin membesarkan...



Apa lagi ambil gambar dulu sebelum naik..masa ni dah 6.30 pagi..sejuk bangat...


Ohh belon dah naik...see kat belakang nun




apa yang aku nampak....ni lembu2 yang berkeliaran...mmg cantik sangat permandangan dr atas



Pokok2 yang menghijau...nampak jalan raya, rumah-rumah, pantai...




sempat ler ambil gambar dr atas...kita orang duduk dalam bakul comel dan besar yang boleh memuatkan 9 orang termasuk pilot.



ohhh..inilah suasana apabila belon bergerak. pagi tu ada dua belon di atas...jadi dapatlah aku ambil gambar belon lagi satu.




selepas lebih kurang 1 jam, kami pun mendarat..perlahan dan lembut jer...tiada hentakan langsung. Memang profesional...Ni gambar selepas mendarat yer..senyum lebar sebabnya selamat berpijak di bumi...hehhehhehe



Ni operasi nak kemas belon. Susah juga memerlukan tenaga ramai sebabnya belon ni sangat besar jadi nak melipat dan memasukkan ke dalam plastik mengambil masa lama dan memerlukan bantuan ramai.



Jadi kami pakat-pakat tolong...ehehh aku tolong tgk jer...


Ehh ada lagi gambar kat atas..


Di akhiri gambar aku bersama pilot. Bayaran untuk sekali naik adalah AUD265 hampir mencecah RM800. Ohh sungguh mahalkan...Oh hidangan breakfast turut disediakan selepas anda mendarat termasuk sijil ya.

Saturday, October 30, 2010

hari pertama di Brisbane

hari pertama di Brisbane...
Dua tiga hari sebelum bertolak aku sudah membuat sedikit research di Internet mengenai suhu dan makanan halal di sana. Memang tidak banyak makanan halal di Brisbane dan aku membawa makanan sendiri seperti maggi, roti, jem, biskut, bijirin nesvita dan 3 in 1 milo. Namun ketika di dalam kapal terbang kami diberikan borang pengistiharan mengenai apa yang kami bawa. Aku mulai risau kerana membawa banyak makanan kerana menurut rakan yang pernah ke sana Australia mmg tidak membenarkan pelancong membawa makanan, ubat-ubatan, malah kasut sukan sekiranya kotor sekalipun mereka akan meminta kita membersihnya di airport terlebih dulu sebelum dibawa masuk.
Ketika menyerahkan borang itu kastam bertanya apa jenis ubat yang aku bawa dan jenis makanan yang dibawa. Aku menyatakan hanya membawa personal medicine dan makanan seperti mi segera dan bijirin, lantas dia terus meminta aku membuka beg untuk melihat jenis makanan itu.
Rupanya di Australia mereka tidak membenarkan membawa masuk makanan seperti bijirin kerana menyalahi undang-undang. Ini kerana ada kandungan bijirin itu yang tidak bagus untuk kesihatan. Aku akur saja, lagipun cuma bijirin nesvita yg dirampas manakala yang lain masih ok.
kami menginap di Hotel Riverview, lebih kurang 20 minit dari airport. Hotel ini menempatkan satu katil queen size kalau di Malaysia sama seperti hotel 3 bintang. Malah ketika sampai lebih kurang jam 8 malam semua kafe sudah di tutup dan jika ingin memesan makanan bayaran untuk satu menu di antara USD35 hampir mencecah RM105 untuk sekali makan. Namun oleh kerana khutir mengenai makanan di sana aku hanya makan makanan sendiri saja.
Inilah ruang tamu bilik hotel..bilik ini agak sedikit seram, kerana kawasannya yg sunyi. memang kali pertama masuk meremang bulu romaku. Tambah pula kami diberi sebilik untuk setiap orang. Akhirnya selepas mandi dan solat aku terus ke bilik rakan yg turut serta dan tidur dengannya.



Perbezaan masa dr Brisbane dan KL hanya dua jam saja. tetapi di sana siang terlalu cepat, jam 6 pagi keadaan sudah sibuk, jalan raya penuh kenderaan. Semua orang sudah keluar bekerja. Malah banyak kedai dibuka jam 7 pagi..manakala banyak kedai ditutup jam 7 malam. Selepas 9 malam suasana sudah semakin sunyi, jalan raya mulai lengang. Malah jika ingin membeli barang abaikan saja kerana semua kedai sudah ditutup kecuali kedai 24 jam.


Permandangan dr luar bilik hotel pada jam 6 pagi. Suhu di Brisbane pada waktu siang 25 darjah celcius manakala malam 17 darjah celcius. Namun siangnya sangat panas sama seperti Malaysia.


Byron Bay Lighthouse

Dari Brisbane kami menuju ke Ballina lebih kurang 2 jam perjalanan. Walaupun hanya dua jam namun berbeza masa 3 jam dr Malaysia. Ballina adalah sebuah bandar kecil tetapi popular disebabkan terkenal dengan Byron Bay. Kami sempat mengunjungi Byron Bay Lighthouse iaitu kawasan pantai yang menempatkan sebuah menara tinggi berwarna putih drp pantai itu akan nampak seluruh permandangan Byron Bay.

Persisir pantai Byron Bay..laluan pejalan kaki


Sempat bergambar dengan Anita, iaitu org kuat dr Integria penganjur yang menguruskan trip ke Brisbane.


Permandangan dr atas Lighthouse..


Australia negara yang sangat menjaga alam sekitar, pantainya sangat cantik, airnya kebiru-biruan dengan banyak pokok2 menghijau di kiri kanan jalan, mmg mengujakan mata memandang...

Friday, October 29, 2010

saya sudah kembali..

Alhamdulillah...sudah selamat sampai ke Malaysia jam 5 pagi tadi.
Out station yang sangat menyeronokkan dan juga memenatkan dan juga tidak akan dilupakan.
5 hari bermula Ahad saya berada di Brisbane Australia atas undangan Thursday Plantation yang mengeluarkan produk kesihatan Tee Tree Oil.


Selain bekerja kami dibawa melawat tempat-tempat menarik antaranya Koala Zoo, menonton whale watching, menikmati udara segar di pantai tercantik di Australia, Byron Bay dan juga.....


peling menarik....merasai keseronokan menaiki belon udara panas untuk 4 orang yang bertuah saja (saya menang lucky draw hehhehe). Semuanya menjadi kenangan terindah yang sukar dilupakan...nanti yer cerita di lain entry..

Sunday, October 24, 2010

out station lagi...

Durrani dan Fahim...





Jangan nangis yer bila mama tak ada...kakak jaga adik tau!!!! (ayat-ayat yg selalu saya pesan pd kakak)


Sedihnya rasa nak meninggalkan budak dua orang di atas tu selama 5 hari bermula ahad ni sampai Khamis. Macam mana agaknya ya bila ketiadaan saya? Inilah out station paling lama dan saya terpaksa meninggalkan mereka di rumah baby sitter memandangkan mereka sudah biasa di sana, mereka juga akan mendapat perhatian sepenuhnya pada waktu malam drp Mak Ida yang dianggap sebagai mak mereka sekurang-kurang dengan harapan kuranglah sedikit kerinduan dengan saya.

Bagi kakak agak sudah faham apabila saya menerangkan yang dia akan tidur dengan mak 4 hari.

"Nanti mama bawa makanan banyak-banyak yer, coklat kakak, milo, choco crunch, nugget, honey star yer mama,"

tapi bagi si adik agak masih kurang memahami, tapi setiap hari tidak kira waktu tidur atau jaga saya pasti akan mengatakan, "fahim kena tidur dengan mak tau jgn nakal2 jgn nangis, jangan buat kakak, ok tak?" kadang2 dia mengatakan ok..adakala tidak ok. tapi saya mengharapkan kedua-dua ok...sihat dan tidak meragam.

Memang rasa cukup teruja dengan asgment kali ini tetapi kerisauan dan kebimbangan itu lebih terasa apabila memikirkan anak-anak di rumah. Oh saya memang risau sekarang..tidak senang rasanya hati,
Semoganya semuanya berjalan lancar...dan selamat..

**miss my Durrani & Fahim **


Friday, October 22, 2010

ayat-ayat untuk suami sekiranya malas masak

-ayat pujukan untuk suami..sekiranya anda malas memasak-
"Abang boleh tak malam ni masak maggi jer?..dah jam 8.30 ni tak sempatlah nak masak nasi...maggi pun sodapkan..kan..kan?"

-ataupun..."tak ada barang2 basah kat dapurlah semuanya dah habis tinggal maggi jer..masak maggi jerlahkan? ok tak?"

-atau..."abang ...mama rasa nak mkan maggilah..teringin ler pulak...makan maggi ekkk malam ni?"

-atau.."abang boleh tak abang yang masak maggi malam ni...mama nak rehatlah..malas nak masak..penat hari2 kena masak,"



dan hasilnya menu malam tadi adalah maggi sup sayur dan telur..

- terima kasih kerana memahami...

Thursday, October 21, 2010

psstt..gambar dengan datuk...

teselit di tengah....

Saja nak tayang gambar bersama Datuk Profesor Dr Jimmy Choo pereka kasut tersohor..
bersama rakan sekerja di B. Harian..(psstt..Angah copy yor gambo tuh..)

p/s: Datuk... tak nak reka kasut untuk saya satu ker?

contoh anak-anak senang meniru

Inilah contoh anak-anak yang senang meniru perbuatan ibu bapa, atau sesiapa saja yang dilihatnya. Dua minggu lepas aku belikan tudung untuk Durrani sebabnya dia pun sibuk nak pakai tudung macam aku pakai, jadi aku belikan dua helai Pearl Haya untuk budak-budak.



Bukan main suka bila dapat pakai tudung ni..

Ni yang ada awning punya..cantik-cantik warna dan design.
Bila Fahim tengok dia pun nak pakai juga, "mana tudung Aim..mana tudung Aim mama," sambil merengek mintakan tudung untuk dia. Memang begitu setiap kali belikan sesuatu untuk kakak pasti dia minta untuk dirinya juga.
Bila aku terangkan," Fahim boy mana boleh pakai tudung," terus dia menangis meraung panjang.
Jadinya untuk pengajaran dan agar dia faham yang lelaki tidak handsome apabila bertudung, aku pakaikanlah sekejap, niatnya bukan untuk menggalakkan anak yer...lepas tu terus aku tunjukkan gambarnya.."tengok ni tak hansomekan Fahim pakai tudung". terus dia geleng-gelengkan kepala dan diminta tanggalkan tudung tu.
Jadi sekarang ni bila nampak kakak pakai tudung, dia sudah tidak meminta kerana sudah faham.

Tengok ler gayanya..abaikan rumah yg bersepah tu uols..nak hantar toto ke laundry.


Alahai anak mak...terus terfikir ..ginilah anak-anak suka meniru benda yg dia sendiri tak faham. Kalau tanpa pengawasan ibu bapa...teruklah hasilnya.



Tidaklah aku mahu mengajar benda yang tidak sepatutnya kepada anak..gambar ini hanya sebagai cth saja, peniruan kanak-kanak...yang sangat mudah diserap mereka. Jadi baik atau buruknya anak itu ibu bapalah yang mencorakkannya.

Tuesday, October 19, 2010

biskut raya yang masih bersisa

Saki baki biskut raya yang masih ada,
tat gemuk (aku panggil tat gemuk disebabkan bentuknya yang gemuk dan gebu), biskut coklat, kacang dengan almond nut,
entah bila nak habis,
agaknya sampai Aidiladha kot,
mana nak habis masing-masing mmg sangat jarang makan biskut raya,
cuma aku sorang jer yang makan.

uols masih ada lagi ker biskut raya, ker dah habis dah??

Monday, October 18, 2010

saya teruja malangnya tiada gambar bersama...

Dua tokoh yang sangat saya kagumi
Tun Dr Siti Hasmah boleh dianggap sebagai Wanita Pertama Malaysia


2 tokoh yg sangat saya kagumi sejak dulu, kini dan selamanya

Saya cukup teruja apabila dapat bertemu dengan dua orang tokoh negarawan serta pemimpin yang cukup hebat seperti di atas. Malangnya....dan sungguh malang walaupun bertemu secara empat mata, sempat bersalaman dan berbual seketika namun saya langsung tidak pernah ada gambar bersama. Terkilannya saya...bilakah dapat ketemu lagi???

Baru-baru ini ketika menghadiri Persidangan Wanita Pertama di Hotel Royale Chulan, saya memerhatikan kelibat Tun Dr Siti Hasmah yang datang berseorangan (mungkin ditemani pembantunya saja). Sebaik selesai majlis beratus orang menunggunya di luar hotel untuk mengambil gambar. Malah seperti artis terkenal tidak menang tangan dia melayan peminatnya bergambar tanpa mengira umur dengan senyuman ikhlas terukir di bibir.

Ya..saya juga seperti mereka sungguh teruja saat itu untuk bersalaman dan bergambar dengannya.

Sempat saya bertegur, bersalaman dan meminta untuk diinterviu namun dengan nada rendah diri, dia mengatakan, "tak payahlah....dah tanya Rosmah ker? Lain kali saja," sambil tersenyum dan memegang bahu saya. Sungguh lembut dan berhemah...saya rasakan dia begitu dekat, seperti ibu-ibu saja lagaknya.
Saya sangat memahami pemintaannya.
Ya..gayanya..perwatakannya... nada suaranya seperti seorang ibu..sejak dulu sehingga kini seperti yang diuar-uarkan begitulah Tun Dr Siti Hasmah tidak pernah berubah. Dialah tokoh wanita pertama dan juga orang kanan kepada Tun Dr Mahathir yang banyak membantu kejayaan, kegemilangan serta kemakmuran Malaysia sehingga kita berada seperti tahap sekarang.

Semoga Tun Dr Siti Hasmah serta suaminya Tun Dr Mahathir sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dipanjang umur. Amin..

Sunday, October 17, 2010

toilet train part 2

Hujung minggu ni sesi kedua mengajar Fahim toilet train.
Nampaknya menunjukkan hasil memuaskan, cuma sekali jer Fahim terbuang air kecil di lantai disebabkan terlambat bawa dia ke toilet. Malah buang air besar juga dia sudah tahu memberitahuku untuk ke toilet.
Nampaknya dah boleh sikit-sikit untuk untuk tidak memakaikan diapers pada waktu siang, namun di rumah baby sitter mungkin aku belum mulakan lagi. Biarlah untuk 2 dan 3 bulan lagi barulah boleh bg tahu pengasuhnya.
Tapi ada masalah yang baru muncul, susah sangat mahu memakaikannya seluar,
Dia lebih suka berbogel begitu, agaknya senang apabila mahu membuang air tidak perlu membuka seluar, masalahnya..tidak manis nak oiii...

Thursday, October 14, 2010

Pink Oktober dan kanser payu dara

Setiap tahun Oktober dipilih sebagai bulan kanser payu dara sedunia manakala riben pink digunakan sebagai lambang kepada kesihatan wanita. Jadi bulan ini adalah bulan untuk semua wanita menjaga kesihatan serta mengambil tahu tahap kesihatan payu dara mereka.



Apabila saya bertemu dengan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur soalan pertama yang ditanya kepada saya adalah, "Sudah buat pemeriksaan payu dara di hospital?" terus saya tergamam seketika. Jika ditanya kepada semua wanita pasti jawapannya tidak pernah atau payu dara saya tiada masalah untuk apa perlu menjalani rawatan? Kadang2 perasaan takut itu menghantui diri sedangkan hanya melakukan pemeriksaan saja.

Bagi wanita yang berusia 30 tahun ke atas harus menjalani rawatan secara berkala di klinik manakala untuk 40 tahun ke atas rawatan mamogram mampu mengesan sel kanser lebih awal dua tahun sebelum merebak. Di abwah ada sedikit info mengenai kanser payu dara. Jom pakat ramai-ramai kita jalani pemeriksaan payu dara..

Apakah kanser payu dara?
Kanser payu dara adalah kanser paling tinggi dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Berpunca dari sel-sel dalam tisu payu dara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payu dara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.


Apakah yang menyebabkan kanser payu dara?
Penyebab sebenar kanser payu dara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payu dara.


Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payu dara:
1. Usia meningkat
2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payu dara.
3. Telah mendapat kanser pada satu payu dara.
4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
6. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.


Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser payu dara?
Kanser payu dara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payu dara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.
Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan payu dara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payu dara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payu dara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payu dara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payu dara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.


Bila perlu melakukan PSP ?
Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.


Pemeriksaan Sendiri Payu dara (PSP)
Periksa payu dara anda pada hari ketujuh hingga kesepuluh ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iatu:

Kaedah 1
Periksa payu dara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.
· Tekan payu dara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.
· Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.
· Ulangi langkah-langkah yang sama pada payu dara sebelah kiri


Kaedah 2


Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payu dara dengan:
· Periksa payu dara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas, dan kemudian memeriksa payu dara dengan tangan di pinggang.
· Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua belah payu dara.


Kaedah 3
Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.
· Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payu dara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas.
· Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan

Wednesday, October 13, 2010

kena pergi...

Ohh hari ni kena pergi ke Hotel Royale Chulan,
Bertemu dengan semua first Ladies @ wanita pertama
Tapi saya tak suka tau pergi event membabitkan menteri-menteri @ VVIP ni...
haiyak...sebabnya saya terpaksa mendengar ucapan drp setiap wanita-wanita tu...
hai..bosan..bosan..bosan (ikut Upin & Ipin)

Ohh saya juga nak bertemu dengan wanita pertama Malaysia..Datuk Seri Rosmah Mansor..orang kata dia bertambah cantik..
Nanti saya tengok dengan jelas yer...

Sunday, October 10, 2010

sembang-sembang ..semuanya sama..

Minggu lepas aku bertemu dengan seorang kontraktor wanita kelas F, menerusi dia aku dapat bertemu dengan seorang kanak-kanak yatim piatu berusia 10 tahun yg memerlukan perbelanjaan untuk rawatan jantung berlubangnya. Setelah bersoal jawab, bersembang, bertanya khabar dan cerita kemudian terus berkisar kepada persekitaran politik semasa. Aku rasakan kakak ni bukan calang-calang orang kerana dia mengenali ramai orang drp pelbagai jawatan.

Katanya yang membahasakan dirinya sbg kak Zah, "akak risau dengan senario sekarang ni, entahlah macam mana keadaan org Melayu nanti, kalau kita sendiri tak nak tlg orang Melayu. Jangan sampai negara kita jd macam Singapore sudah, tertekan di negara sendiri. Tapi itulah orang Melayu tak sedar asyik dengan kuasa saja. Sedangkan kaum lain berbangga...bertepuk tangan. Macam manalah kalau kaum lain memerintah....haiii.." luahnya...

katanya lagi," ada kawan akak berjumpa akak, mengadu sebab anaknya tak dapat biasiswa. tapi nak buat macam mana sebabnya mmg Melayu yang nak begitu. Sekarang ni bila biasiswa dah diberi kepada kaum lain barulah mereka sedar. pada hal diri sendiri yang sokong begitu. jangan nanti anak nak masuk universiti pun susah sebabnya kouta dah disamaratakan...kalau setakat dapat 1A saja jangan haraplah....masa tu barulah sedar langit tinggi rendah," katanya dalam nada geram.

aku mula celik mata mendengar ceritanya, hanya mengangguk saja dan mengeyakan kebenaran itu...dia menyambung lagi....

...." akak pernah dapat tender tapi dimintanya 15% eehhmm tak payah..baik akak buat sendiri. Kalau esok di SANA tak payah dihitungkan amalan tak apa...ini nak kena timbang, lalu titian dan seksaan, api neraka lagi...baik akak buat sendiri. Hidup ni kena beringat, kena ikhlas bekerja walaupun benda tu remeh...biar berkat...kalau paku dan bata gred A jangan pakai gred C pula, paku saiz 8cm jangan guna yg 3cm, atau guna papan gred D untuk dapat harga murah. Hasilnya rumah bocor sana sini, terkopak, belum 5 tahun dah tanggal silingnya. Kena ikut spesifikasi yang betul. Begitu juga kerja di bidang lain...kena ikhlas....jangan asyik nak untung saja. Keikhlasan kena ada..tapi zaman sekarang orang tak fikir begitu...asyik fikir duit..duit..duit dgn duit semua boleh dibelinya. Tak sedar di SANA nanti semuanya dihitung dan dikira...

Katanya lagi.... "di sini yang akak tak puas hati, bila Melayu berniaga cepat jer majlis perbandaran datang tapi kalau kaum lain boleh pula. Dulu bila parti pemerintah kata rasuah...tapi bila parti pembangkang...sama juga rasuah...haiii...pening kepala.

"Alah semuanya sama saja....baik pemerintah atau pembangkang...semuanya sama. Kat mulut bolehlah cakap manis-manis belaka...apabila nak buat...macam-macam hal. Contohnya ..akak nak minta duit zakat untuk rawatan jantung berlubang ni pun tak dapat. Pada hal pusat zakat selangor paling banyak duit...macam-macam disoalnya...lastnya tak dapat pula. Tapi ada jiran yang bekerja suami isteri tinggal di sini boleh pula dapat RM500 sebulan. Sebab apa...ohhh ada kroni di dalam. Jadi..tak ke sama tu ...dulu dan sekarang...dulu dikatanya pemerintah rasuah dan kroni tapi bila kena batang hidung sendiri...buat juga...kenapa tak kata rasuah???? Jadi apa bezanya pemerintah dulu dan sekarang.....jadi akak buat kesimpulan semuanya sama.. semuanya disebabkan Kuasa dan Duit.

Bertambah panjang perbualannya.. cadangnya mahu beredar jam 12 tengah hari tetapi berlanjutan sehingga ke 1 petang.

...sambungnya lagi.."sekarang ni akak bayar zakat terus ke rumah anak yatim, oku atau orang tua..sebabnya dah tentu duit tu masuk ke saluran yang betul...

"Terima kasih ya...T...sebab tolong akak, mudah-mudahan, Tuhan balas jasa T, bukan apa biar Tuhan permudahkan apabila kita meninggal dunia nanti, senang tak menyusahkan orang lain," katanya sambil bersalam dan berpeluk cium denganku.


p/s: secebis kisah buat renungan kita bersama untuk difikirkan...

Saturday, October 9, 2010

toilet train Fahim

Muka sedih sebab kena marah dengan mama


Disebabkan Fahim yang sekarang berusia 2 tahun 3 bulan dah pandai bercakap, dah pandai bagi tau nak buang air kecil dan besar walaupun dipakaikan diapers dan juga sangat susah untuk dipakaikan diapers jadi hari ni aku sudah memulakan sesi toilet train untuknya.
Jadi pagi tadi lepas mandi terus aku pakaikan baju dan seluar sambil bagi tau dia, "Fahim nanti nak kencing bg tau mama tau...pergi toilet jgn kencing kat sini".

Ok dia mengangguk tanda faham. Tidak sampai 15 minit kemudian dia memberitahu, "mama...mama nak cing" sambil memegang seluar. Terus aku bawakan dia ke toilet. Menunggu hampir 10 minit di dalam toilet...namun dia tidak membuang air, tipu mama rupanya.

Selepas 10 minit dipakaikan seluar sekali lagi dia berkata,"mama..mama nak yak (berak)," sekali lagi aku bawakan dia ke toilet dan Alhamdulillah...dia berjaya membuang air besar di toilet bowl sambil aku memegangnya.

Lepas 1 jam bermain...tiba-tiba kakak memanggil," mama..mama...Fahim kencing kat meja,"
Terus aku menuju kepadanya... lantai sudah basah dengan air, bergitu juga seluar, aku membawanya ke toilet. Rasa ingin marah terhenti di situ disebabkan ini adalah proses pembelajaran pertama.

Memang inilah cabarannya bagi ibu bapa yang ingin menceraikan diapers daripada anak-anak. Terbuang air di katil, sofa, karpet dan dapur adalah perkara biasa. Begitu juga jika terbuang air besar di tempat sama. Mujur ler rumah aku tak ada karpet..kalau ada aduhai...susahnya nak membersihkannya. Ada juga ibu bapa menggunakan 'toilet bowl' untuk si kecil mungkin ini lagi mempercepatkan proses mengajar anak. Untuk Durrani dan Fahim aku hanya menggunakan kaedah semula jadi saja. Ini kerana kanak-kanak jika dikatakan secara berulang-ulang lama-kelamaan mereka akan faham dan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.

Friday, October 1, 2010

open house BPSB...oohh kenangan itu..

Tempat: Berita Publishing Sdn Bhd
Tarikh: 28 September 2010
Masa: 4-7 malam
Selasa lepas ada jamuan hari raya di pejabat tempat lama aku bekerja iaitu Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB). Jemputan dibuat seminggu lebih awal. Memang sudah bercadang akan menghadirkan diri. Maklumlah masa nilah dapat jumpa semula semua kawan-kawan kat situ terutama team Jelita.
Hari tu ada dua asgnment 10 pagi di Shah Alam perasmian Jakel terbesar Shah Alam, then terus ke Danau Kota Setapak untuk shoting baju pengantin. Mujur segalanya berjalan lancar, jam 4.30 penggambaran selesai dan jam 5 aku terus gerak dari setapak mencari jalan sesuai mengelak jam. Terus menuju ke Akleh dan keluar ikut smart. Wah kagum pd diri sendiri jam 6 ptg terus sampai BPSB.
ohh kredit untuk pixwoman puan Jamak aton atas ihsan gambar yang aku cilok drp FB nya mohon permisi ya cin Aton. Jgn saman gue...hhehehhe




Lili, antara kenalan yang rapat di BP. berkongsi kisah selepas ramai teman bertukar kerja di tempat lain. Kini sudah bergelar isteri orang..maaf ya Li tidak dapat berkongsi kegembiraan pada majlis perkahwinan ko...



Antara menu petang itu..satey..


Bersama team Jelita..dr kanan kak Azeda (org kuat Jelita), kak Ema editor Jelita, Mizie make up artis, dan paling kiri Vee juga make up artist. Dr belakang kanan Anis Mastura dan Hazirah...



Lagi sekali bergambar bukan senang nak berkumpul begini...sejak aku berpindah tempat kerja inilah baru bersua muka dengan Mizie dan Vee. Dua orang make up artist yang sentiasa membantu meringankan kerja-kerja aku. Sentuhan tangan mereka....hasilnya sangat memukau.



Bergambar bersama dua orang bekas editor Jelita Kak Ana yang kini bertugas di agensi travel (paling kanan) dan kak Wan Sabariah (dua dr kiri) yang kini menjadi orang kuat TV9. Aku sempat bekerja di bawah kak Wan selama setahun ketika majalah I-Remaja masih ada. Di tengah adalah Pengurus Besar BPSB Pn. Zaini Zainuddin.




Gambar lagi....tambahan..Fred, Ina dan Kak Zurin dan paling kanan ialah Aton..sahabat paling rapat di BP tapi masing-masing sudah berpindah tempat kerja. Bila ada masa terluang BP menjadi puncak tempat pertemuan kami.


Majlis tamat jam 7 petang..tapi jam 9 malam baru gerak balik ke rumah.
Dah alang-alang bersua muka, tidak sedar, eehhh dah jam 9 malam...barulah bergegas pulang bersama cik Aton.
Bukan selalu dapat bertemu mereka, cuma di majlis begini saja masanya lebih panjang.
Di sinilah tempat aku bekerja selepas setahun menamatkan pengajian di USM. Hampir 8 tahun bertugas di sini, terlalu banyak kenangan manis, masam, masin dan pahit...drp bujang, berkahwin dan berkeluarga beranak dua...cuma jodohnya tidak panjang dan aku akur untuk merubah kehidupan harus berubah drp sesuatu yang lebih bagus dan rezeki ada di sana..Alhamdulillan.
walaupun bertugas di tempat lain namun kami masih berkongsi cerita ...manisnya saat-saat sekarang.