Siapa yang tidak terujakan dapat menaiki belon udara panas. Mulanya rasa takut dan gementar maklumlah aku ni gayat pada tempat yg tinggi. Tetapi memikirkan mungkin pengalaman ini sekali seumur umur, Ya aku mahu mencuba.
Jadinya seawal 4.30 pagi seramai 4 orang (pemenang cabutan bertuah) berkumpul dihotel kemudian kami diambil oleh pekerja belon udara panas untuk dibawa ke tempatnya yang mengambil masa perjalanan dalam setengah jam.
Ada sesi taklimat dan sign untuk declaration selepas itu baru kami dibawa melihat teknik belon udara panas dikembangkan.
Selepas dah kembang barulah api dikenakan supaya belon semakin mengembang
Lihat dah semakin membesarkan...
Apa lagi ambil gambar dulu sebelum naik..masa ni dah 6.30 pagi..sejuk bangat...
Ohh belon dah naik...see kat belakang nun
Pokok2 yang menghijau...nampak jalan raya, rumah-rumah, pantai...
sempat ler ambil gambar dr atas...kita orang duduk dalam bakul comel dan besar yang boleh memuatkan 9 orang termasuk pilot.
ohhh..inilah suasana apabila belon bergerak. pagi tu ada dua belon di atas...jadi dapatlah aku ambil gambar belon lagi satu.
sempat ler ambil gambar dr atas...kita orang duduk dalam bakul comel dan besar yang boleh memuatkan 9 orang termasuk pilot.
ohhh..inilah suasana apabila belon bergerak. pagi tu ada dua belon di atas...jadi dapatlah aku ambil gambar belon lagi satu.
selepas lebih kurang 1 jam, kami pun mendarat..perlahan dan lembut jer...tiada hentakan langsung. Memang profesional...Ni gambar selepas mendarat yer..senyum lebar sebabnya selamat berpijak di bumi...hehhehhehe
7 comments:
bestnyaaa...mmg pengalaman sekali seumur idup ni rynas...besttt!!
naik belon pn dapat sijil...
beshnye kak...
time akak kat atas pandang bawah gayat tak kak???
bestnya! gayat tak?
Oooo...bestnya!
kak ana pernah naik hot air balloon ni masa di australia gak, lagi membimbangkan sebab masa tu ngandung empat bulan (anak kedua)..bila awak ke sana?
Izan: mmg pengalaman seumur hidup ni..
Yan: masa mula tgk bawah gayat jg weh...menyirap darah den tapi dah lama2 tgk oklah..best pulak tgk permandangan yg sangat cantik tu
Eis: gayat..hehhehe
Kak ana: saya baru jer balik Jumaat lepas sampai KL. foyoo masa pregnent naik lagi takut tuh
sonoknya dapat naik belon panas.. pengalaman tu..
tinggi tul mat salleh tu yer..
Post a Comment