Thursday, October 21, 2010

contoh anak-anak senang meniru

Inilah contoh anak-anak yang senang meniru perbuatan ibu bapa, atau sesiapa saja yang dilihatnya. Dua minggu lepas aku belikan tudung untuk Durrani sebabnya dia pun sibuk nak pakai tudung macam aku pakai, jadi aku belikan dua helai Pearl Haya untuk budak-budak.



Bukan main suka bila dapat pakai tudung ni..

Ni yang ada awning punya..cantik-cantik warna dan design.
Bila Fahim tengok dia pun nak pakai juga, "mana tudung Aim..mana tudung Aim mama," sambil merengek mintakan tudung untuk dia. Memang begitu setiap kali belikan sesuatu untuk kakak pasti dia minta untuk dirinya juga.
Bila aku terangkan," Fahim boy mana boleh pakai tudung," terus dia menangis meraung panjang.
Jadinya untuk pengajaran dan agar dia faham yang lelaki tidak handsome apabila bertudung, aku pakaikanlah sekejap, niatnya bukan untuk menggalakkan anak yer...lepas tu terus aku tunjukkan gambarnya.."tengok ni tak hansomekan Fahim pakai tudung". terus dia geleng-gelengkan kepala dan diminta tanggalkan tudung tu.
Jadi sekarang ni bila nampak kakak pakai tudung, dia sudah tidak meminta kerana sudah faham.

Tengok ler gayanya..abaikan rumah yg bersepah tu uols..nak hantar toto ke laundry.


Alahai anak mak...terus terfikir ..ginilah anak-anak suka meniru benda yg dia sendiri tak faham. Kalau tanpa pengawasan ibu bapa...teruklah hasilnya.



Tidaklah aku mahu mengajar benda yang tidak sepatutnya kepada anak..gambar ini hanya sebagai cth saja, peniruan kanak-kanak...yang sangat mudah diserap mereka. Jadi baik atau buruknya anak itu ibu bapalah yang mencorakkannya.

15 comments:

Yan said...

qis tuh ape yg orang besar buat kat adik dia.. diapun nak wat jugak.. org dukung dia pn sibuk nak dukung.. org letak minyak baby kat adik.. diapun nak buat jugak..

rynas said...

yan..mmg pun bila ada anak dua..semuanya kena sama..baik barang atau pun perbuatan yang kita buat semuanya nak diikutnya

Izan Ishak said...

rynas...anak2 mmg suka sgt tiru apa yg kita buat kan. anak2 izan ni suka sgt main tudung ummi...tp cakap lelaki mana ada pakai tudung mcm tuuu~~

Rizziela said...

betul tu..budak2 cepat betul meniru gelagat orang lebih dewasa..kita ibu bapa lah yg kena perhatikan setiap tingkah laku dia agar tidak keterlaluan

Fieza79 said...

anak2 mmg cepat nak meniru...kena sll dlm pengwasan...
bagus la dia cpt fhm sebab musabab lelaki tdk boleh bertudung...

kakngah said...

adief nampak mummy dia pakai bedak & lipstik.. dia pun nak..
so, skrg kalau nak bersiap2 kene menyorok dari dia...
bahaya!

MummySuri said...

vanicalkawww...jelita gituh fahim pakai tudung...hahahaha

MummySuri said...

ehh ada tersalah type pulak sebelum 'aww' itiew...

Zaidah said...

bebudak memang mudah meniru perbuatan mak bapak dia....

ennieva fauzi said...

Ya Rabbi, comelnya Fahim pakai tudung, macam gurlgurl...Tie, jangan le kasi dia pakai tudung dah sebab aku 'konpius' menengoknya hehehe

rynas said...

izan..yer..mmg pun budak2 ni pantang tgk maknya pakai tudung

rizziela: betul tu..bdk2 ni manalah dorang tau kan

rynas said...

fieza: ala bdk2 ni sekali jer dorang nak try pastu dh ok dah

kak ngah: masalah bersolek tu satu hal jugak tuh

liza: jgn ler 'aauuww' kan anak akak..tak rela

rynas said...

zaidah: yer mmg suka meniru

benie: sekali tu jerlah...hehheh

♥MAMASYAZA♥ said...

sikecik akak pun camtu gak, kalo tgk akak pakai telekung nak solat, dia pun nak pakai jugak

MummySuri said...

anak akak ipar saya lagi best, siap nak pakai high heel maknya. bila tgk saya sapu lip gloss, dia nak jugak. trus laki saya cakap, "ha adik2 kah???" hahaha.