Sunday, October 17, 2010

toilet train part 2

Hujung minggu ni sesi kedua mengajar Fahim toilet train.
Nampaknya menunjukkan hasil memuaskan, cuma sekali jer Fahim terbuang air kecil di lantai disebabkan terlambat bawa dia ke toilet. Malah buang air besar juga dia sudah tahu memberitahuku untuk ke toilet.
Nampaknya dah boleh sikit-sikit untuk untuk tidak memakaikan diapers pada waktu siang, namun di rumah baby sitter mungkin aku belum mulakan lagi. Biarlah untuk 2 dan 3 bulan lagi barulah boleh bg tahu pengasuhnya.
Tapi ada masalah yang baru muncul, susah sangat mahu memakaikannya seluar,
Dia lebih suka berbogel begitu, agaknya senang apabila mahu membuang air tidak perlu membuka seluar, masalahnya..tidak manis nak oiii...

4 comments:

mak encik | SZ said...

wahhh senang la anak bujang dah diaperless ye...tp kena kesabaran yg tinggi gak kan kot2 terkucil..hihihi

kakngah said...

aku pun tgh train adief. problm yg sama.. aku cuba pakaikan spender jek pun dia xnak.. bila dia fedup aku paksa dia pakai suar.. terus dia lari kt tmpt smpn diapers amik sndr suh pakaikan.. adeh..

Umialya said...

Samalah ngan Alya

seminggu dah tanpa pampers waktu mlm manakala siang 2 hari berturut2 tanpa memakai pampers cuma pakai pakaian biasa je.

Hari ni x boleh le, keje

suri solehah said...

salam kakngah ada dak ilmu pasal anak kencing malam...