Setiap tahun Oktober dipilih sebagai bulan kanser payu dara sedunia manakala riben pink digunakan sebagai lambang kepada kesihatan wanita. Jadi bulan ini adalah bulan untuk semua wanita menjaga kesihatan serta mengambil tahu tahap kesihatan payu dara mereka.
Apabila saya bertemu dengan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur soalan pertama yang ditanya kepada saya adalah, "Sudah buat pemeriksaan payu dara di hospital?" terus saya tergamam seketika. Jika ditanya kepada semua wanita pasti jawapannya tidak pernah atau payu dara saya tiada masalah untuk apa perlu menjalani rawatan? Kadang2 perasaan takut itu menghantui diri sedangkan hanya melakukan pemeriksaan saja.
Bagi wanita yang berusia 30 tahun ke atas harus menjalani rawatan secara berkala di klinik manakala untuk 40 tahun ke atas rawatan mamogram mampu mengesan sel kanser lebih awal dua tahun sebelum merebak. Di abwah ada sedikit info mengenai kanser payu dara. Jom pakat ramai-ramai kita jalani pemeriksaan payu dara..
Apakah kanser payu dara?
Kanser payu dara adalah kanser paling tinggi dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Berpunca dari sel-sel dalam tisu payu dara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payu dara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Apakah yang menyebabkan kanser payu dara?
Penyebab sebenar kanser payu dara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payu dara.
Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payu dara:
1. Usia meningkat
2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payu dara.
3. Telah mendapat kanser pada satu payu dara.
4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
6. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser payu dara?
Kanser payu dara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payu dara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.
Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan payu dara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payu dara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payu dara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.
Pemeriksaan payu dara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payu dara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.
Bila perlu melakukan PSP ?
Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
Pemeriksaan Sendiri Payu dara (PSP)
Periksa payu dara anda pada hari ketujuh hingga kesepuluh ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iatu:
Kaedah 1
Periksa payu dara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.
· Tekan payu dara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.
· Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.
· Ulangi langkah-langkah yang sama pada payu dara sebelah kiri
Kaedah 2
Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payu dara dengan:
· Periksa payu dara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas, dan kemudian memeriksa payu dara dengan tangan di pinggang.
· Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua belah payu dara.
Kaedah 3
Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.
· Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payu dara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas.
· Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan
7 comments:
yan ade 2-3 rakan yg kene kanser & ade yg dahpun dibuang payudaranye
bila baca timbul kesedaran jap, tapi pastu lupaaaa...adehhh...
kakak, saya tau PSP tu 'portable playstation' yang slalu dibuat main anak saya...hehehe
bagus info..
utk peringatan sebab kadang2 kita ralat dan sibuk hingga lupa nak check..
boleh x ko cek kat utk aku hahaha
insyaallah aku slalu ikut panduan pertama tu .. : )
hmm. x pernah buat psp secara proper.. sbb anak masih menyusu badan. la ni lepas anak menyusu breast memang jadi lembik jer.. kalo picit & tekan2 tak perasan plak kot2 ade benjolan misteri... ;)
oktober bulan pink eh. fevert kaler kita tu (dan datin seri rosmah mansur hehe), tapi tak pernah buat pemeriksaan ni. hmm wajib buat ni, pap smear bagai. zasss.
Post a Comment