Saturday, October 30, 2010

hari pertama di Brisbane

hari pertama di Brisbane...
Dua tiga hari sebelum bertolak aku sudah membuat sedikit research di Internet mengenai suhu dan makanan halal di sana. Memang tidak banyak makanan halal di Brisbane dan aku membawa makanan sendiri seperti maggi, roti, jem, biskut, bijirin nesvita dan 3 in 1 milo. Namun ketika di dalam kapal terbang kami diberikan borang pengistiharan mengenai apa yang kami bawa. Aku mulai risau kerana membawa banyak makanan kerana menurut rakan yang pernah ke sana Australia mmg tidak membenarkan pelancong membawa makanan, ubat-ubatan, malah kasut sukan sekiranya kotor sekalipun mereka akan meminta kita membersihnya di airport terlebih dulu sebelum dibawa masuk.
Ketika menyerahkan borang itu kastam bertanya apa jenis ubat yang aku bawa dan jenis makanan yang dibawa. Aku menyatakan hanya membawa personal medicine dan makanan seperti mi segera dan bijirin, lantas dia terus meminta aku membuka beg untuk melihat jenis makanan itu.
Rupanya di Australia mereka tidak membenarkan membawa masuk makanan seperti bijirin kerana menyalahi undang-undang. Ini kerana ada kandungan bijirin itu yang tidak bagus untuk kesihatan. Aku akur saja, lagipun cuma bijirin nesvita yg dirampas manakala yang lain masih ok.
kami menginap di Hotel Riverview, lebih kurang 20 minit dari airport. Hotel ini menempatkan satu katil queen size kalau di Malaysia sama seperti hotel 3 bintang. Malah ketika sampai lebih kurang jam 8 malam semua kafe sudah di tutup dan jika ingin memesan makanan bayaran untuk satu menu di antara USD35 hampir mencecah RM105 untuk sekali makan. Namun oleh kerana khutir mengenai makanan di sana aku hanya makan makanan sendiri saja.
Inilah ruang tamu bilik hotel..bilik ini agak sedikit seram, kerana kawasannya yg sunyi. memang kali pertama masuk meremang bulu romaku. Tambah pula kami diberi sebilik untuk setiap orang. Akhirnya selepas mandi dan solat aku terus ke bilik rakan yg turut serta dan tidur dengannya.



Perbezaan masa dr Brisbane dan KL hanya dua jam saja. tetapi di sana siang terlalu cepat, jam 6 pagi keadaan sudah sibuk, jalan raya penuh kenderaan. Semua orang sudah keluar bekerja. Malah banyak kedai dibuka jam 7 pagi..manakala banyak kedai ditutup jam 7 malam. Selepas 9 malam suasana sudah semakin sunyi, jalan raya mulai lengang. Malah jika ingin membeli barang abaikan saja kerana semua kedai sudah ditutup kecuali kedai 24 jam.


Permandangan dr luar bilik hotel pada jam 6 pagi. Suhu di Brisbane pada waktu siang 25 darjah celcius manakala malam 17 darjah celcius. Namun siangnya sangat panas sama seperti Malaysia.


Byron Bay Lighthouse

Dari Brisbane kami menuju ke Ballina lebih kurang 2 jam perjalanan. Walaupun hanya dua jam namun berbeza masa 3 jam dr Malaysia. Ballina adalah sebuah bandar kecil tetapi popular disebabkan terkenal dengan Byron Bay. Kami sempat mengunjungi Byron Bay Lighthouse iaitu kawasan pantai yang menempatkan sebuah menara tinggi berwarna putih drp pantai itu akan nampak seluruh permandangan Byron Bay.

Persisir pantai Byron Bay..laluan pejalan kaki


Sempat bergambar dengan Anita, iaitu org kuat dr Integria penganjur yang menguruskan trip ke Brisbane.


Permandangan dr atas Lighthouse..


Australia negara yang sangat menjaga alam sekitar, pantainya sangat cantik, airnya kebiru-biruan dengan banyak pokok2 menghijau di kiri kanan jalan, mmg mengujakan mata memandang...

10 comments:

ckLah @xiiinam said...

Tak ada ke bawa balik setangkai dua bunga lavender?



:D

Rizziela said...

Teringinnya saya nak g Brisbane..bila la dapat jejak kaki kat sana kan :D

rynas said...

cKlah; ala tak bawa balik ler..bawa kanggaroo jer hehhe

Rizziela: kalau ada rezeki boleh ler jejak

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh bestnya, dah sampai ke brisbane pun, selamat b ercuti

ennieva fauzi said...

bestnya cik siti kita di Brisbane...cantiknya tempat dia..aku dah le suka laut, akan dipertimbangkan untuk destinasi akan datang kekeke...

tapi kalu dapat assignment ke sana syok gak..tie, nasib baik ko bawak stok makanan kan? kalu tidak mau bankrap kita...mahalnya harga makanan dia..cam kat Jepun plak ea...

rynas said...

bennie: yer ben..aku pun mau pg lagi hehhehe kalau byk duit ler. tempatnya cantik ramai artis2 suka pegi kat Byron Bay nie kata dia org ler.

Anonymous said...

oh..baru tahu tak boleh suka2 je bawak makanan ke sana. good info. seronoknya tengok negara org.. :)

rynas said...

Eis: rasanya kalau negara lain ok kot tapi Australia mmg ketat sikit ..mmg dorang cek betul2.

Ena said...

bestnyer..

nak bawak makanan pun tak boleh yeh!.. dah la semua mahal kat sana.. naib baik nesvita je ye kak.. kalo la semua.. huhu..

rynas said...

Ena: kalau maggi dgn roti tu ok cuma bijirin jer mmg tak leh bawa masuk. sib baik kalau tak..habislah akak tak dapat makan