Tuesday, November 2, 2010

Aku tidak mahu Kad Kredit. Titik.


Semalam bila balik rumah rasa 'membara' jer bila dapat surat ni.
penyata kredit kad Maybank Islamic yang meminta aku membayar RM60.
Yang pelik bin ajaibnya aku memang tidak pernah mendaftar atau tandatangan mana-mana persetujuan untuk memiliki kredit kad.
Dan pelik bin ajaib lagi kredit kad itu juga tidak sampai ke tangan aku, macam mana pula aku perlu membayar RM60 sedangkan kredit kad itu tidak ada.
Kenapa pula Mayban nak trick pelanggannya begini???
Ya memang 2 bulan lalu aku pernah menerima panggilan drp Maybank mengenai tawaran kredit kad ini dan aku nyatakan dalam ayat paling sopan dan penuh berhemah yang aku tidak mahu menerimanya tatkala dia memberitahu ingin menghantar kredit kad itu kepadaku. Titik.
Dan sekarang..tidakkah ini menyusahkan aku kerana terpaksa pergi ke Maybank, menjalani urusan di kaunter kemudian terpaksa pula membuat proses pembatalan dan silap2 terpaksa membayar RM60 itu.
Sebagai pelanggan mana boleh senang-senang berikan kad kredit tanpa meminta persetujuan pelanggan tanpa menandatangani surat perjanjian atau apa-apa saja sewaktu dengannya dengan alasan, "Kami berikan kad kredit ini secara automatik sekiranya puan tidak mahu puan boleh pergi ke bank berdekatan untuk menutupnya,". Ingat aku ni banyak masa free ke nak ke bank dan sesuka hati saja aku perlu membayar RM60 kepada bank, bayangkan sekiranya 1000 pelanggan, atau 10 ribu pelanggan berapa keuntungan diperoleh drp situ saja.
Bayangkan sekiranya kad kredit itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sesuka hati menggunakannya tanpa pengetahuan aku. Memang bodoh!!!!!!
p/s: Pernah memiliki 2 kad kredit. yang pertama ditutup selepas menggunakannya selama 6 tahun dan yang kedua baru saja ditutup selepas setia menggunakannya selama 9 tahun. Tidak tahan dengan interestnya yang banyak juga sukar mengawal diri untuk membeli-belah waima duit tiada di tangan tetapi masih mampu bershopping dengan mewah. Sekarang FREE tanpa kredit kad. Walaupun ada yang cuba menyogok, "Ehhh...mana boleh tak ada kredit kad kena ada satu incase imergency macam mana? memang ada terfikir untuk mengambil at least satu kad kredit, tetapi apabila merasakan kehidupan yang selesa tanpa kredit kad, terlepas drp bebanan hutang setiap bulan selama bertahun-tahun alangkah bahagianya.

16 comments:

Unknown said...

ni 2nd time I jumpa blogger terkena dgn mbb..satu2nye bank yang suka freeze akaun jugak...maybe ni taktik terbaru mereka nak kaut untung melampau2

kakngah said...

bahaya wey ada CC ni. blh gores tnpa sedar..

Ena said...

ishhh.. terusk betul kan.. ada [ulak buat mcm tu.. mrmm

rynas said...

Posh: rasanya ramai yang dah kena

kakngah: mmg bahaya..ni senang2 jer bg tanpa persetujuan dah tu.k.kad pun belum sampai di tangan dah kena charge

Ena: k.kad maybank paling teruk..member penah kena dia deduct semua duit dalam akaun hanya kerana lambat bayor k.kad..alih2 esok pagi tgk gaji dalam akaun dah zero.

Rizziela said...

Memang menyusahkan betul kan?
dia senang2 hantar kat kita kad..lepas tu sesuka hati dia suruh kita g bank plak utk cancel...ingat kita ni tak ada keje lain?

Lagi satu..duit minyak kereta..tol..penat kita nak g cancel card tu bank ada bayar ker?

ANAKIRANA said...

tektik baru la tu.. teruknya

Ummi said...

setuju!!!hidup tanpa kad kredit lebih indah..

Kauthar said...

adoi bahaya betul kan macm ni..kalau pasal kad kredit ni, saya setuju interestnya memang melampau..setakat ni saya masih ada satu kad kredit untuk isi minyak..huhuhu...tapi dulu masa mula2 pakai kad ala2 jakun kan, sampai tak terkawal..sekarang dah ok dah :)

Mak Su said...

eh! naper senang2 jer depa buat macam tu?

Yan said...

mmgler mbb tuh..
sudahler klu lambat dia bekukan akaun kite..
skang dah tak terima gaji.. so lambat2 jek bayar kredit kad mbb.. diapn takleh bekukan dah akaun tu hahahahha..
asbenpun terjebak dpt kredit kad sbb itula.. tak applypn tp sebab dia tgk akaun kite aktif coz duit gaji masuk bulan2.. terus dia bg..

MummySuri said...

saya x pernah ada kad kredit, setiap kali memohon mesti declined. sebab apa, saya pun x tau... sebulan mak saya meninggal , dia pesan jangan sesekali amik kad...agaknya sebab tu kot selalu mohon x dapat.

ennieva fauzi said...

Dah banyak dengar cerita pasal Maybank ni..bila bab mengambil duit orang cepat je..even after 4 times drawed duit kena 50 sen tu, sebulan dah untung berjuta. Dok tak puas lagi nak mengenakan orang. Tu sebab aku suka masukkan duit dalam ASB...aman je...tak de lak dia nak ganggu...hujung tahun dapat dividen lagi

Shaza Shamsuddin said...

maybank memang suka amek duit orang. sebab tuh maybank untung banyak2..

Mag said...

huhuhu..betul. bila ade cc ni tendency nak berbelanja secara berlebihan diluar kemampuan adalah tinggi

A D I A said...

ee teruknya mbb. akak kalau nak fight akak suh mbb bagi bukti (voice recorded la biasanya kan) kata dah setuju nak amik tu. kalau takde bukti, see u in court!

Rashidah Ibrahim said...

Pernah potong kad kredit... tp rasa cam susah pula klu kita pergi luar negeri.... tu yg ambil balik CIMB kad credit... sebab ada pengalaman pahit, guna masa emergency sajalaha. tapi selalunya balance - RM0... padan muka, pegang tp tak pakai.