Monday, October 18, 2010

saya teruja malangnya tiada gambar bersama...

Dua tokoh yang sangat saya kagumi
Tun Dr Siti Hasmah boleh dianggap sebagai Wanita Pertama Malaysia


2 tokoh yg sangat saya kagumi sejak dulu, kini dan selamanya

Saya cukup teruja apabila dapat bertemu dengan dua orang tokoh negarawan serta pemimpin yang cukup hebat seperti di atas. Malangnya....dan sungguh malang walaupun bertemu secara empat mata, sempat bersalaman dan berbual seketika namun saya langsung tidak pernah ada gambar bersama. Terkilannya saya...bilakah dapat ketemu lagi???

Baru-baru ini ketika menghadiri Persidangan Wanita Pertama di Hotel Royale Chulan, saya memerhatikan kelibat Tun Dr Siti Hasmah yang datang berseorangan (mungkin ditemani pembantunya saja). Sebaik selesai majlis beratus orang menunggunya di luar hotel untuk mengambil gambar. Malah seperti artis terkenal tidak menang tangan dia melayan peminatnya bergambar tanpa mengira umur dengan senyuman ikhlas terukir di bibir.

Ya..saya juga seperti mereka sungguh teruja saat itu untuk bersalaman dan bergambar dengannya.

Sempat saya bertegur, bersalaman dan meminta untuk diinterviu namun dengan nada rendah diri, dia mengatakan, "tak payahlah....dah tanya Rosmah ker? Lain kali saja," sambil tersenyum dan memegang bahu saya. Sungguh lembut dan berhemah...saya rasakan dia begitu dekat, seperti ibu-ibu saja lagaknya.
Saya sangat memahami pemintaannya.
Ya..gayanya..perwatakannya... nada suaranya seperti seorang ibu..sejak dulu sehingga kini seperti yang diuar-uarkan begitulah Tun Dr Siti Hasmah tidak pernah berubah. Dialah tokoh wanita pertama dan juga orang kanan kepada Tun Dr Mahathir yang banyak membantu kejayaan, kegemilangan serta kemakmuran Malaysia sehingga kita berada seperti tahap sekarang.

Semoga Tun Dr Siti Hasmah serta suaminya Tun Dr Mahathir sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dipanjang umur. Amin..

6 comments:

A D I A said...

saya pun respect n kagum sangant dgn bekas wanita pertama ni :) selalu mana tun dr mahathir ada, di situ ada dia. senyum memang sentiasa di bibir la. pernah jumpa mereka ni dia cafe kat damansara dengan dato' malek mydin, memang ramah and sporting. tapi time tu segan nak bergambar sebab ramai sangat bodyguard.

sz | m.s.s said...

mmg nmpk wajah keibuan dari dulu lagi... sedih bila ada terbaca blog dok kutuk2 rambut dia mcm PCK...

mrs.spicy said...

suka jugak dia. dia nampak lebut jer. penuh keibuan penuh berkaliber. rasa rugi jer tak pergi tengok teater hari tu

Ummi said...

haah..sayangnye tidak bergambar..bukan senag2 nak jumpe..

MummySuri said...

kakak, agak2 rosmah akan bercakap macam tu x lepas najib turun takhta??? hehehe.

lili norlaili said...

ti..aku ada la sekeping gambo dgn Tun Ct & Tun M...masa majlis buka puasa kat yayasan perdana thn lepas...itu kenangan ti, aku suka sgt gambo tu. Dia mmg wanita hebat!