Rakyat negara ini sebenarnya masih membayar harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula jauh lebih rendah berbanding negara jiran. “Sebagai contoh, gula di Malaysia RM1.90 sekilogram, tetapi di Thailand RM2.60 sekilogram, Indonesia RM3.68 dan Filipina RM3.46.
-
ehh naper pulak nak compare dgn negara Thailand, Indonesia Filipina... kenapa tak compare dengan negara maju yang lain cth macam Jepun, Korea, negara Eropah kata nak menghala ke negara maju. habis kalau compare dengan Indonesia nak ke jadi macam negara dia yang kacau bilau tuh, tak pernah aman rakyat sendiri mencari nafkah di negara lain, merempat di sini. Thailand pula dengan tak sudah-sudah dengan pertumpahan darah sesama sendiri. Takkan kita Malaysia nak jadi macam tu kot.Fikir ler ooiii....Penyelarasan subsidi gula pula dapat menangani masalah penyakit kencing manis yang menunjukkan trend berbahaya di negara ini.pada masa ini, 1.4 juta rakyat negara ini mengalami penyakit berkenaan yang memerlukan usaha bagi menanganinya.
- sebahagian daripada ucapan PM ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara di Kuantan pada hari ini
1. Tolong jangan buat perbandingan harga minyak dengan negara lain. kalau terpaksa bandingkan juga, bandingkan sekali Cost Of Living, Bandingkan sekali average GAJI yang diterima penduduk di sini. Rata-rata masih menerima gaji RM1000-1,500. Malah company lama tempat aku bekerja masih memberi gaji RM1300- 1500 untuk degree dan tak akan naik sehingga 3 tahun bekerja. Malah bekerja sehingga 10 tahun gaji belum tentu mencecah RM2500. Bayangkan??? sedangkan dalam masa itu sudah berapa kali harga minyak naik? dan brg keperluan lain.
mungkin juga ada yang sudah berkahwin, sudah ada anak bayangkan berapa pertambahan cost untuk kehidupan. Bayangkan bagi rakyat miskin atau berpendapatan sederhana dengan gaji rm1000 sebulan, memiliki anak 2 atau 3 cukup ker? mereka terpaksa mencari pendapatan tambahan dengan berniaga atau membawa teksi..atau ada juga mencari pendapatan dengan merompak, menyamun dan mencuri???? disebabkan tekanan hidup. Tidak mustahil pertambahan masalah sosial, rompak, ugut, bunuh, samun disebabkan kos hidup yg semakin meningkat.
2. Petrol ni bahan asas penting. naik petrol, naik la kos transport. naik kos transport, naik la kos barang mentah dikedai. Jadi siapa yang akhirnya terpaksa menanggung kos rakyat juga.Bayangkan minyak baru naik 5 sen tapi harga ayam dah naik 20sen, teh tarik naik 10 sen, tak termasuk barang-barang lain.
3. Betul dan setuju naik utk kemajuan, tetapi kena harus rakyat yang harus menanggung beban. Bukankah kerajaan boleh mencari kos menerusi pembangunan. Lihat masa zaman Mahathir berapa banyak pembangunan dilakukan contohnya KLCC, Putrajaya, Litar sepang semuanya itu memberikan keuntungan pada jangka masa panjang. tetapi pada zaman sekarang apakah pembangunan dilakukan pemerintah untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Memang Tun terpaksa berhutang tetapi dia mampu membayar kembali hutang menerusi keuntungan drp pembangunan yg telah dijalankan. Bukankah itu PM yg bijak????
4. alasan yang biasa diberikan utk sejukkan hati rakyat ialah 'kami akan pastikan harga barang lain tidak akan naik'. sejauh mana janji ini ditepati ?betul ke?? aahhh tipulah semua tu lihat masa kekurangan gula apa menteri mampu buat..harga ayam naik..apa yang menteri buat???aaihhh..muak betul dengan semua alasan itu.
5. kalau ini salah satu langkah untuk mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, sediakan penganggkutan awam yg effisen terlebih dahulu. rakyat akan guna pengangkutan awam kalau sistem pengangkutan awam itu sendiri effisen. Ini nak pergi ke sesuatu tempat menggunakan LRT bukan semua tempat menyediakan kemudahan ini. Aku rasa rakyat lagi bijak bagaimana untuk berjimat.
6. Aku rasa rakyat tak mahu tahu apa masalah kerajaan...yang penting kehidupan selesa. tidak terbeban dengan harga barang yang mahal. paling penting jangan naikkan harga minyak.
Patutnya..kurangnya elaun PM, elaun menteri, elaun yang tidak sepatutnya..boleh ker???
p/s: apabila perbelanjaan tidak selaras dengan pendapatan, malah perbelanjaan melebihi pendapatan?? macam mana tu?