Wednesday, June 30, 2010

Fahim Part 2

Dulu aku pernah ceritakan mengenai Fahim yang suka menangis tengah malam,
Alhamdulillah sekarang dia dah ok dah..
dah tak menangis lagi..
Tak berubat mana-mana pun,
Malam yang dia nangis tu memang dah pergi Darulshifa tapi tutup pula,
lepas tu malam seterusnya terus dia baik dengan sendiri,
Minggu lepas balik kampung kat Pd dan jumpa dengan Pak cik ni yg pandai ler ubatkan orang kalau kena gangguan ni..
kami panggil dia Pak teh..dah rapat sangat pun dah macam keluarga sendiri dah,

Masa tu ceritalah apa yang berlaku pada Fahim,
Pak Teh kata memang mata halus Fahim boleh nampak benda-benda halus ni,
Mmg kelebihan Tuhan bg kat dia,

lepas tu pakteh tanya sama ada nak tutup hijab (pandangan mata halus) dia atau tak?
Kami suami isteri ni entahlah tak tahu nak tutup atau tak,
lepas tu pak teh kata, "Biarkan ajerlah...sekurang-kurangnya dia boleh bg isyarat kalau nampak benda halus tuh. mgkin pada orang atau dalam rumah. Kalau pd orang ni dia akan jauhkan dirilah, mgkin menangis, kalau dalam rumah maybe dia tak nak masuk rumah tuh,"
Cuma itu jerlah...kesannya dia menangis jerlah..

Aku tanya adakah kecil jer dia nampak atau sampai ke besar? yerlah kebanyakan budak terutama baby mmg boleh nampakkan...tapi tak ler sampai ke besar.

pak teh kata tengoklah kalau Tuhan nak bg kelebihan sampai ke besar. besar ler dia nampak.. iskkk..takut juga aku kalau sampai ke besar. Sebabnya kita yg tak boleh nampak ni yg takut kalau dia bg tau nampak...dan nampaknya kat belakang kita ker...sebelah kita ker...tak nak aku ehhhh...TAKut!!!!
wallahualam...

Ohh aku baru realise...dlm minggu lepas, masa ni dia dah tak nangis tengah malam dah, tapi dalam jam 10 malam gitu, tiba-tiba Fahim tunjuk kat pintu, sambil peluk aku kuat-kuat dan kepala melekat kat dada aku,
'Mama..mama...yang..oyang," sambil tangan tunjuk kat pintu.
"mama..akut..akut,"

kita orang yg terpinga-pinga ni pujuk lah di sambil kata, " mana ada oranglah..dah..dah abah dah halau dia keluar,"

Masa tu Fahim tak nangis tapi mmg dia takut, peluk aku erat tak nak lepas,
dalam setengah jam gitu barulah dia buka mata, pandang pintu, "aaahhh dah ilang, tak der," katanya. Barulah dia bangun dan main mainan dia.

Pernah juga masa kawan opis buat kenduri cukur jambul,
masa tu Fahim menangis-nangis tak nak masuk rumah, meraung-raung sambil pusing2 badan ni, mengeliat kiri kanan, mmg cuak sangat masa tuh, aku pun tak masuk ler...sebab rasa cam something jer..elok jer bawa dia jauh dr rumah tuh...diam jer dia tak nangis dah.
esoknya masa pergi kerja baru ler tuan rumah tu bg tahu mengenai rumahnya yang dikatakan dihantar benda ni..mulanya dia pun tak tahu juga..tapi lepas berubat barulah dia tahu.

aku baru realise patut pun Fahim tak nak masuk rumah tu rupanya ada something.
lepas tu aku ditakut-takutkan oleh Mak Teh,

"Ti nanti kalau Ti naik lift tiba-tiba Fahim kata, mama oyang..lah atas kepala mama tu. pd hal dlm lift berdua jer..apa ler reaksi Ti," terus jer aku telan air liur kelat. ...TAKuT!!!!!

MINTA DIJAUHKAN...AMIN...

Saturday, June 26, 2010

khusyuknya dia...



Khusyuknya dia.....







khusyuknya dia kalau dapat tgk movie Geng Upin dan Ipin,
Beginilah dia...sambil tongkat dagu..
"mama..mama tepilah..kacau jer," kalau saya menghalang
pandangan matanya,"
Ambik gambar dia pun tak hairan, ambik ler...yg penting dapat tgk Upin dan Ipin.
muka serius pulak tuh...

Friday, June 25, 2010

Fadilat bulan REJAB

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga" "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)." "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti.
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

"SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

Thursday, June 24, 2010

cepatnya masa berlalu...

salam hari khamis.
Hari ni puasa untuk hari kedua,
Alhamdulillah...orang lain dah lama habis ganti puasa.
Aku barulah nak berpuasa tak perlah ambil berkat bulan Rejab (sedapkan hati sendiri).
Pagi ni bangun sahur si kecik tak bangun,
Isnin lepas dia pun bangun nak bersahur juga,
Orang makan dia pun makan juga.

Sekejap jer dah Rejab, lepas tu Syabaan, lepas tu Ramadan,
Bila dah sampai Ramadan, kejap jer nak ke Syawal ...Raya ler pulak kita,
Fuhhh!!! bila dihitung kejap kan masa berlalu untuk tahun 2010 ni,
dah habis pertengahan tahun, minggu depan dah Julai.
Lepas tu Ogos, september....tup..tup...sampai Desember....2011 pulak.

Apakah Motif aku nak cerita pagi-pagi nie...
Oh ya aku nak cerita..mengenai masa yang berlalu begitu cepat, setahun tu rasa macam sebulan jer...adakah anda semua rasa begitu????


p/s: Tanpa sedar umur makin meningkat...

Wednesday, June 23, 2010

Nah surat chenta!!!!

"Nah ..amik ni surat cinta," kata pak polisi kepada seorang wanita berbaju ungu.
Wanita itu hanya tersengeh-sengeh macam kerang busuk sahaja, sambil memberikan senyuman paling cute lah konon-kononnya. maklumlah sudah tahu kesalahan sendiri kerana memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Memang malang tidak berbau, sudah bukan rezeki agaknya.
Pada hal sebelum itu wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Z sahaja jarang menggunakan telefon ketika memandu. Tetapi entah kenapa pagi semalam, oleh kerana terpaksa, ketika menuju ke rumah seorang personaliti televisyen, dia terpaksa menggunakan telefon disebabkan tidak tahu rumah yang sudah diberikan alamatnya. Tambah pula ketika berhenti di sebuah stesen minyak nombor telefon personaliti TV itu dimatikan pula.
Untuk tidak mahu terlepas simpang (kalau terlepas mak aiii susahnya mahu pusing semula) dia dengan selamba menelefon personaliti itu dan tidak sampai 5 minit tiba-tiba ada tangan putih drp jejaka yang sedang menunggang motosikal ala harley Davidson meminta-minta agar diberhentikan kenderaan.

Cermin kereta diketuk, "minta lesen dengan ic cik," kata lelaki itu.
Z masih tersengih-sengih..tanpa berkata barang sepatah kata...mulut bagai dikunci..maklumlah ini pengalaman pertama bertemu jejaka bersarung tangan putih, dia terus menyerahkan apa yg diminta. Sambil menunggu pak polisi menulis maklumat...

Lambat giler menunggu. Entah pandai baca atau tidak pak polisi tu. Di belakang jalan hampir jam, "glamour sekejaplah aku wahai WTT,"

selepas siap," Nah.." sambil memberikan surat cinta kepadaku.
Wah dengan vangganya aku terus mengambilnya, dan mengucapkan ayat-ayat chenta, "Terima kasih yer.." sambil memberikan senyuman paling manis. Nasib baik tak kenyit mata.
Agaknya pak polisi tu pun hairan, "aikkk pompuan ni...org lain kena saman mesti tak suka, tapi aku tersengeh pulak tu. Dah tu langsung tak merayu, minta supaya jgn saman"

Lepas dah dapat surat, " Aikkk...naperlah aku tak merayu ke tadi ataupun buat suara-suara seksi ke? Kenyit-kenyit mata ker???? agaknya mamat sarung tangan tu nak layan tak? Pengalaman korang yang mgkin hampir-hampir kena saman, tapi disebabkan merayu bagai nak rak terus tak dapat surah chenta...

Oh Ya untuk pengetahuan korang wanita yang kena saman, wanita bukan nama sebenar Z itu adalah AKU...huuuuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....sedihnya, melayang duit AKU.

p/s: lepas ni pengajaran ker..cik adik oiii...idok ler jg..sebabnya mmg jarang pun guna phone masa drive. Agaknya dh memang nak kena...orang kata berada pd masa yang salah, di tempat yang salah...nak reda???? HUuuuuWAaaaaaaaaaaaa....mak tak rela NYAH!!!!!!!

Tolong jaga anak lagi yer bang!!!!...


























4 menu untuk tengah hari

PESANAN UNTUK SUAMI TERCINTA!!!!...
Abang...
Minta maaf yer sebab hari ni awak terpaksa jaga anak.
Oleh kerana Baby sitter bercuti menghantar anaknya ke Politeknik,
Mama pula masih tiada cuti jadi terpaksalah meminta
abang menjaga Durrani dan fahim di rumah.
Makanan mama sudah sediakan di dapur,
Ada sayur lemak, sawi goreng, ikan goreng dan tentunya sambal belacan,
kalau nak ulam timun amik sendiri dalam peti sejuk yer.
Jangan lupa mandikan anak-anak yer,
Pakaikan baju, sikatkan rambut suapkan mereka makan,
Jangan biar dia orang main air dalam bilik air,
Panjat rak, panjat meja dan yg sewaktu dengannya,
Lagi satu....dulu masa mama tinggalkan satu hari...
alahai...bersepah satu rumah dengan baju,
habis budak-budak tarik baju yang sudah dilipat,

Abang biarkan saja ekkk...
anak-anak pula pakai baju baru di rumah, baju untuk dibawa jalan,
ok tak per mama tak marah pun,
hari ni mama sudah letakkan baju di tepi meja makan,
baju untuk pagi, tengah hari dan petang ya, jangan salah ambil pula,
Oh hari tu juga budak-budak bg tau awak tidur ekkk sampai ke petang,
Iskkk...nak tidur boleh tapi jangan ler awak lg lama drp budak-budak,
karang budak-budak main benda tak sepatutnya pula,

Ingat tau pesan mama....
Ok itu sajalah..
Oh ya..kalau nak basuh baju lg bagus
On kan saja..baju kotor semua sudah dalam mesin,
senang jer tuh...
Ok sekian,
itulah sahaja pesanan hari ni..kejap lagi mama dah nak pergi kerja ni,

Harap dapat menjaga rumah dan anak-anak dengan baik.
Salam hormat, salam sayang,

drp: MAMA



Tuesday, June 22, 2010

bestnya...hujan

Bangun pagi,
hujan lebat di luar,
mak aiiii sejuknya...bestnya kalau dapat sambung tidur..
malasnya nak pergi kerja...
Boleh gitu????

"Bos saya nak cuti boleh tak?"

Monday, June 21, 2010

dia menangis lagi....

Masuk malam ni sudah lebih tiga malam Fahim menangis. Sebelumnya tak ada pula...
3 malam yang lepas jam 4.30 pagi, tiba-tiba dia terjaga dan terus menangis bagaikan ternampak sesuatu sambil mulut berkata dukong dan tangan menunjuk ke pintu,

"keluar..keluar..." sambil meminta aku agar dibukakan pintu.

Puas dipujuk, namun tidak berjaya, malah tenaga bayinya sangat kuat menolak tangan dan bahu aku, sehinggakan terasa mahu terjatuh..matanya pula agak luar biasa...
aku rasa memang bukan tangisan biasa..
apatah lagi dua malam sebelum itu di bilik tidur di menangis dihadapan cermin sambil menolak badan aku ke kiri dan kanan dan menjerit-jerit mengatakan tidak nampak...tidak nampak. Puas aku bercakap dengannya, "apa yg Fahim tak nampak, tu kan ada dalam cermin,"
tiba-tiba terus bulu roma ku naik, apakah dia tidak nampak wajahnya di cermin????
aduh..terus aku membawanya keluar bilik dan beritahu pada suami. Lagi sekali fahim menunjukkan mahu ke bilik dan berdiri di hadapan cermin. Lalu kami mengikut arahannya. Dia tetap mengatakan benda yang sama, "tak nampak..tak nampak...tak nampak," (atau mungkinkah dia nampak sesuatu??? ohh tidak!!!!!)

Dan malam tadi dia menangis kerana mahu keluar sambil menunjukan ke pintu....
puas dibacakan ayat kursi, al-fatihah dan semua ayat sewaktu dengannya tetapi dia tidak mahu diam...selepas itu husband membuka bacaan al-Quran menerusi CD namun sama sahaja...
Tetapi aku tahu dia cuma alah dengan satu sahaja....
Tiga malam lepas apabila diazankan dia terus diam serta merta...

Lalu malam tadi husband aku melakukan perkara sama...sambil berdiri di ruang tamu mengikut arah kiblat..dia mengalunkan azan...lama kelamaan Fahim terus diam dan merebahkan kepalanya ke bahuku...penat menangis agaknya...
Apabila dibuatkan susu dia terus terlena...
Sudah lama Fahim tidak menangis begini..dulu masa usia belum sampai setahun memang dia selalu kena gangguan begini menangis tanpa henti....agaknya mata kecilnya senang melihat benda-benda halus begini.
serik dibuatnya kalau menangis tanpa sebab seperti malam tadi..

aku dan suami rasa bukan tangisan biasa...petang semalam memang kami sudah mahu membawanya ke Darul Shifa tapi disebabkan mahu melihat sama ada malam tadi menangis atau tidak..tetapi tetap sama.


ps: Harap-harap tak adalah yang mengganggu..

Saturday, June 19, 2010

akaun kena hacked....

Alahamdulillah akhirnya dapat juga aku berblog selepas 3 hari akaun google kena hacked.
Huhuhu...sedih mengenangkannya..
nasib baik pihak admin google cepat dan pantas menyelesaikan masalah ni

Ceritanya pada Rabu lepas sedang on akaun gmail tiba-tiba gmail aku terus ter log out,
Lepas tu bila nak sign in tak boleh, sebab katanya wrong password..puas aku cuba berpuluh kali tetap tak boleh juga, aku minta tlg husband log in pun tetap tak boleh, lepas tu husband kata akaun aku dah kena hacked
Masa tu dah panik habis sebabnya itu personal email kan dan kebanyakan contact penting ada dalam tu termasuk juga add email kawan-kawan. Dan aku dapat msg drp seorang kawan bertanyakan benarkah aku ada menghantar email yang ditulis dalam bahasa Inggeris mengenai kehilangan sesuatu. Aku kata tak ada, dan selepas tu seorang lagi pula kawan menelefon bertanyakan mengenai email yang dihantar kepadanya, dalam kandungan email itu menyatakan yang sedang berada di scotland, kehilangan dompet dan meminta sesiapa yang menerima email aku agar memasukkan duit dalam akaun.
Dah tentulah bukan aku yang hantar kan email tu, dah sah-sah hackers tu yang menceroboh masuk dalam email aku dan hantar email menggunakan gmail aku, tapi yang bodohnya juga dia tak fikir mestilah penerima email akan telefon kita balik untuk pastikan sama ada betul atau tidak kita berda di scotland. takkan nak masuk duit mudah-mudah jer...(dalam pandai-pandai hackers ni ada bodohnya jugakan)

Masa tu juga aku tak perasan lagi yang aku juga tak dapat log in blog...
Lepas dah try log in blog tak boleh....huhuhu alangkah sedihnya rasa..
yerlah blog yang dah macam diari harian sekarang dah tak boleh nak updated.
Mulalah fikir macam-macam lepas ni nak kena buka blog baru, kena add kawan-kawan baru, kenalah tranfer gambar-gambar baru, macam-macam ler...sedih sangat mengenangkannya. tambah-tambah pula bila semalam blog terus tak boleh buka katanya telah diremove. Lagilah buat aku sedih..

Nasib baik ada kepakaran husband, yang tak ler berapa pandai sangat pun dalam IT tapi bolehlah...dia ler contact dengan admin google, hantar email pada google, isi form untuk bagi tau details mengenai akaun email yang di hacked.

dalam masa 24 jam sahaja selepas email dihantar..admin google telah menghantar untuk penukaran psword dan lepas tu terus dapat on balik. alhamdulillah...

kalau tak meroyan sekejap aku..sebab nak kena buat blog baru..dah sah-sah tak boleh pakai nama DARI MATA HATI SEORANG MAMA..ohhh tidak dapat menerima kenyataan sekejap.

Jadi kalau ada kawan-kawan menghadapi masalah macam ni cepat-cepat ler contact dengan admin google. Cepat sangat dia orang buat kerja untuk selesaikan masalah kita.

P/s: dah lama tak blogwalking kawan-kawan..tertinggal banyak cerita...
tak per lepas ni bolehlah baca balik entry yang tertinggal tu.

Wednesday, June 16, 2010

semuanya sudah selesai...

Bersama kakak dan adik ipar. Nasib baik dapat bergambar sekali. Walaupun time tu tengah bz.
Gambar bersama pengantin dan anak-anak buah



Wah baru hari ni dapat berblog seperti biasa.
Nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat..
Busy sangatlah nampaknya..
Oiii cik rynas orang lain pun busy juga sempat juga ler update blog kan..kan..kan??

Hehheheh..idok ler busy sangat tapi apabila dicampur dengan kemalasan... ditambah dengan badan yang kurang sihat, tekak yang perit, hidung tersumbat menambah-nambah pula kemalasan untuk menghadap laptop. Kalau on pun cuma untuk check email sahaja dan selepas itu off semula. Nasib baik bukan blogger tegar....

Banyak nak cerita sebenarnya ..bercuti disebabkan majlis kenduri adik ipar di P. Dickson Ahad lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semua sudah selamat, daripada majlisnya, sandingnya sehinggalah kepada periuk belanga, pinggan mangkuk, semuanya sudah dicuci dan disimpan di tempatnya semula. Uhhh itulah yang penat sebelum kenduri seronok jer keluarkan itu ini..bila dah habis kenduri mak aiiii..banyaknya barang nak kena simpan. Ohhh sebelum tu kena lap dulu, susun ikut jenis barulah diangkat ke atas rak. Penat badan..uols maklumlah dah lama tak berkenduri kendara besar gitu.

Lepas dah selesai semua..mulalah badan rasa kurang sedap, bermula drp selsema. rasanya disebabkan banyak minum ais. Maklumlah cuaca panas terik, mana boleh tolakkan..mestilah nak minum ais. Lepas tu rasa dah pening kepala, ehhh dada pulak sesak...takkan nak kena asma kot. Ohh sebelum apa-apa berlaku baik berjumpa doktor dahulu. takut nanti esoknya tidak dapat bekerja. Mujur selepas ditelan segala ubat, akhirnya badan kembali segar, pening pun dah kurang cuma selesema dan batuk yang masih bersisa. Alhamdulillah....

p/s: ruginya tak sempat nak ambil gambar guna kamera sendiri, Fahim asyik nak berdukung jer...

Friday, June 11, 2010

Renungan pagi Jumaat..

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pulabersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia punmemanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapatmelihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidakakan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku,wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, AbiQalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab:"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.

"Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya.
hingga sampai hari Kiamat.


Ps: wallahhualam...marilah kita sentiasa berpesan-pesan dan sentiasa ingat-mengingati. Amin.

Thursday, June 10, 2010

Al-Fatihah

Setiap yang hidup pasti akan mati,
Daripada tanah kita datang dan kepada tanah juga kita kembali,
Usah menangisi pada sebuah kematian,
Sebaliknya sedekahkan Al-Fatihah serta bacaan Yasin,
Kerana hanya doa serta amalan anak-anak yang soleh akan mengiringi si mati sehingga hari kiamat.

Al-Fatihah kepada Allahyarham atok kerana kerana sudah kembali ke rahmatullah pada 9 Jun jam 12 tengah hari pada usia 96 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. AMin...amin..amin ya rabbala'lamin.

Tuesday, June 8, 2010

bestnya kalau....

nasib baik hari ni masuk office lambat sebab ada tugasan luar jam 11 pagi.
Durrani masih nyenyak tidur sambil memeluk bear kesayangannya.
fahim pula merengek-rengek minta dibuatkan susu, kemudian minta ditepuk,
alahai anak mama...
kasihannya nak mengejutkan mereka,
kasihannya nak mengejutkan mereka untuk mandi,
Kasihannya nak menghantar mereka ke rumah baby sitter
selalunya jam 7 masing-masing sudah bangun,
kemudian minta dimandikan segera,
tapi sudah dua hari bangunnya agak lewat,
serba salah juga mahu dikejutkan,
tetapi terpaksa, kena kejutkan juga,
Tanggungjawab harus dilaksanakan pada kerja yang sedang menanti,

"Bangun anakku bangun....mahu ke sekolah mak ida. Nanti mama lambat ke tempat kerja (panggilan untuk rumah baby sitter),
"kejaplah mama," sambil mencium bear kemudian dia tidur semula.
Lama-lama bila dipujuk barulah dia bangun.

kalaulah mama tidak bekerja sudah tentu anak-anak mama boleh tidur lagi,

kalaulah kan....
Tentu semua ibu bekerja yang menghantar anak ke nusery dan baby sitter menghadapi dilema beginikan...
sesekali....bestnya menjadi suri rumah? bestnya menjaga anak di rumah...
Dua kali...oh tidak, banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan...

Monday, June 7, 2010

bestnya kalau dapat cuti...

Pagi ni hari yang memenatkan
Ingatkan nak cuti hari ni ."bos boleh tak saya cuti hari ni,???
Oh tak boleh sebabnya ada asgment kat Shah Alam pagi ni mana boleh cuti.
Tak perlah bekerja walaupun badan tengah lemau dan lesu.
lesu ....sebabnya semalam hantar adik ipar bernikah kemudian kenduri kat Kuala Pilah,
Penat sebabnya..cuaca sangat panas ok...berpeluh-peluh...
dengan anak-anak yg ke hulur-ke hilir di tengah khemah orang kahwin dan aku terpaksa mengejar dia orang dengan berbaju kurung ayu dan berkasut tumit tinggi...bayangkan!!!!
akhirnya aku bawa dua orang tentera tu masuk kereta..menikmati kesejukan air cond..tak sampai setengah jam.," mama..mama jom keluar,"

lepas dah habis majlis jam 2 lebih baru bertolak...hubby pulak mengantuk sangat..drive pun dah terhoyong-hayang. Jadinya aku ganti drive sampailah ke Ulu Bendul..
Sampai sana anak-anak tengok taman permainan dan menggelabah dah tak senang duduk...terus main..lama juga berhenti situ..penat lagi sekali di situ (tapi dua orang tentera tu tidak tahu penat. Asyik main..main..dan main)

jam 5 petang baru sampai rumah (kampung),
balik rumah tolong dia orang kemas rumah, buat apa yang patut
Malam jam 11 baru bertolak balik Bangi dan sampai Bangi 12 lebih..
Ingatkan malam nak uruskan apa yang patut
dengan baju bertimbun tak berlipat ..baju satu beg tak berbasuh (kat kg Fahim asyik tukar baju jer main air)
yer ada sesiapa nak ambil upah melipat baju saya???

Pagi ni kononnya nak bangun awal ler...
Yer jam 5 pagi dah terjaga..
Ingatnya nak lipat baju dan kemas baju anak-anak untuk bawa kat rumah baby sitter
Tapi mata memang susah nak buka dan dumm!!!!...tidur balik.
Bila celik jer mata tengok jam dah pukul 6 terus jer bangun
kumpul baju kotor hari Ahad yang tak berbasuh dari kampung,
masuk dalam washer machine,
solat dulu...
lepas tu lipat baju anak-anak yang nak dibawa ke rumah baby sitter untuk seminggu,
lepas dah siap kemas baju, iron baju hubby dengan baju sendiri untuk kerja..
oh sudah siap...sapu sampah pulak....Sabtu lepas balik kg tanpa sempat megemas rumah (dh jd tongkang pecah dah).
Ohh jam 7 selesai sudah....
Tapi ada 2 beg baju yang masih kat ruang tamu..malas benor nak angkat..
baju-baju dalam tu biarkan dulu...sabtu depan mahu balik kg lagi kenduri sebelah lelaki pula.
2 minggu yg sangat meletihkan...adakah perlu bercuti Isnin depan???
tapi aku belum ada cuti lagi...kalau nak cuti terpaksalah bekerja pada Sabtu..
ohhh nanti akan difikirkan kemudian.


Malasnya nak pergi kerja..
Bestnya kalau dapat sambung tidur..
bestnya kalau dapat bermalas-malasan lagi ...
Bestnya kalau dapat buat massage...
bestnya..
bestnya...
bestnya...

ohh realitinya...tidak sebest itu..
go..go..go..kena kerja ..kena kerja..
semangat-semangat..semangat...


p/s: saya yang monday blues...

Saturday, June 5, 2010

balik kampung lagi

Sedang bersiap-siap untuk balik kampung.
Esok nak menghantar adik ipar nikah kat Kuala Pilah.
Ahad minggu depan baru kenduri kat rumah lelaki, kampung suami aku.
Ala kenduri kecil-kecilan sahaja..
maklumlah mak dgn ayah pun dah tak ada..
jemputan untuk saudara mara jer..

harap semuanya berjalan lancarlah yer.

Gula dah habis

Petang semalam balik kerja terus cari gula
sebabnya dah 2 hari kat rumah tak ada gula nasib baik tidak memasak
dan buat air panas guna susu jer..
Pergi satu kedai tengok rak gula kosong tanya kat adik tuh,
"Gula ada tak"
"dah habislah...dah 2 hari tak ada," katanya

Ayo..yo..pergi kedai sebelah pun macam tu juga. gula tak ada.Pulang dengan tangan kosong tanpa gula.
nampaknya mmg krisis gula betul ler sekarang ni.
hari tu baca kat blog kawan-kawan yg mengatakan gula habis...
rupanya betul area Bangi pun sama.
Hari ni nak cari kat tempat lain pulak..

Minyak baru jer ura-ura nak naik...dah peniaga sorokkan gula..
alahai apa nak jadi..nanti bila minyak dah naik baru ler dia org keluarkan gula dengan harga baru.
cari keuntungan cara mudah...tak fikir langsung beban rakyat.
nampaknya Kementerian Hal Ehwal pengguna pun dah tak boleh nak control
atau pun kementerian tu pun terbabit sama..mulalah nak fikir macam-macam..
yerlah sekarang kan sibuk dgn rasuah sana rasuah sini..semuanya rasuah..sampai terpaksa bagi ganjaran kepada sesiapa yg tak amik rasuah..nampak sangat ramai orang merasuah dan terima rasuah. Apa nak jd dengan negara kita sekarang nie. Sikit-sikit nak rasuah..hancurlah bangsa kalau macam nie...

Tapi kan kalau krisis gula pun tak boleh nak tangani macam manalah hal-hal besar yg lain macam masalah sosial tuh..habis siapa punya kerja???
Pak-pak Menteri semua silahlah jawab yer????
geram pulak aku...kalau minyak tu cepat jer nak naik..lepas ni katanya setiap 6 bulan minyak naik 10 sen..tak ker gila. Sebabnya nak tarik subsidi..kerana nak bawa Malaysia kepada negara maju???
maju ke wehhh..kalau pendapatan pun masih di paras sederhana..kalau minyak naik..semua barang naik gaji tak naik-naik tak guna juga. Kita akan terus miskin ler jawabnya.
Pak-pak menteri yerlah tak pernah rasa spt mana golongan marhain ni rasa...
Gula pun pakai brown sugar dr luar negeri..mana main gula pasir kita ni..
Minyak pun tak pernah isi..sebabnya kereta sentiasa penuh dengan minyak..tak pernah drive kereta pun..ntah-ntah harga secawan teh tarik pun tak tahu kot. sebabnya minum pun kat hotel-hotel jer...

Hahhahah..aku sudah melalut pagi-pagi ni...
salam pagi sabtu yer kepada semua pembaca blog aku...

Friday, June 4, 2010

cerita anak-anak

Aku percaya kanak-kanak sekarang lebih cepat matang dan berfikiran terbuka berbanding kita dulu. Mungkin kerana faktor persekitaran, pemakanan serta teknologi canggih yang ada di sekeliling mereka menjadikan pertumbuhan otak seiring dengan perkembangan semasa.

Sebab itu adakalanya agak susah untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai perkara-perkara yang ada disekitar, takut nanti ada pelbagai persoalan lain yg sukar diberikan jawapan. Takut juga sekiranya mereka tidak faham.


Dulu aku takut untuk bercerita kepada anak, berbual seperti kawan kerana menganggap anak -anak masih kecil (Durrani sekarang baru berusia 3 tahun 8 bulan) takut sekiranya mereka tidak memahami apa yang kita perkatakan. Namun pengalaman seorang ibu tunggal yang suka bercerita mengenai kesusahan dan kepayahannya membesarkan anak-anak ketika anaknya masih bayi lagi membuka mata aku. Katanya berceritalah apa sahaja kepada anak dan menangislah bersama mereka InsyaAllah apabila dia membesar dia akan bersama-sama memahami kesusahan ibu bapanya.


Ya..aku akur kerana melihat anak-anaknya yang kesemuanya lelaki memang benar anak-anak menjadi anak yang sangat mendengar kata malah bijak dalam pelajaran. Di rumah menguruskan semua kerja rumah sendiri drp membasuh baju, kasut, menyapu sampah dan mengemas rumah malah boleh memasak sendiri selepas pulang drp sekolah dan semua itu dilakukan bermula drp sekolah rendah lagi. Apabila tiba waktu solat akan ke surau berdekatan rumah untuk solat berjemaah, malah dilantik menjadi imam sekolah. Jarang meminta-minta untuk membeli barang melainkan dibeli ibu dengan rela hati. malah ibu mereka juga pernah meletakkan ketiga-tiga anaknya di kampung selama sebulan tinggal dengan bapa saudaranya supaya mereka lebih menghargai bagaimana berjauhan dengan ibu dan bagaimana cara menghormati orang lain. Ini sebagai salah satu proses pembelajaran real yang dipraktikkan ibu ini.


Pengalaman ibu ini aku cuba praktikkan dalam proses membesarkan anak-anak di rumah. Aku mula bercerita kepadanya bagaimana susahnya untuk mendapat duit, perlu bekerja 30 hari. kemudian duit itu perlu digunakan untuk membayar bil itu dan ini, untuk membeli susu, pampers, baju kemudian barulah barang mainan. Mudah-mudahan dia memahami untuk mendapatkan sesuatu barang bukanlah mudah dan dalam masa yang cepat. Perlu bekerja dan mendapat gaji barulah barang yang diinginkannya diperoleh.

Suatu hari apabila dia memina mainan spt yang dilihat di TV, aku mengatakan, " nanti mama beli ekk..mama kena cari duit dulu. kena kerja dulu. Kalau ada duit nanti mama belikanlah," selepas itu dia mengangguk tanda faham.

kali kedua apabila aku masih tidak membeli seperti yang diminta dia berkata, "nanti bila mama ada duit mama beli ekkk," oh aku mula realise begitu cepat anak-anak memahami apa yang kita perkatakan.

Apabila tidak menganggapnya seperti kanak-kanak, kita akan berbual dengan mereka seperti mana orang dewasa, tetapi berdasarkan topik perbualan kanak-kanak. Misalnya aku cuba bercerita mengenai kesusahan seorang wanita tua yang sedang berjalan kaki sambil memegang payung.

"Tengok tu kesian pompuan tu. Dia jalan kaki, tak ada kereta kena panas kena hujan. tapi kita ni ada kereta, kakak ada kereta tak payah jalan kaki, tak panas. kena bersyukur tau," walaupun ketika itu memang tidak faham dan cuba memahami serta bertanya pelbagai soalan, tetapi keesokkan apabila melihat ada lelaki atau wanita sedang berjalan kaki, dia terus berkata, " mama tgk tu sian dia..jalan kaki. tak der kete kan mama," ohh lagi sekali aku realise dia mmg memahami apa yang aku perkatakan.

Suatu hari dia bertanya kepada adik ipar aku yang biasanya memakai tudung, tetapi pada hari itu keluar rumah dengan tidak memakai tudung. sambil membisikkan ke telingaku.

Durrani: Mama kenapa achik tak pakai tudung?
Aku: (terdiam sebentar mencari kata-kata) Oh tudung dia dalam kereta kejap lagi masuk kereta dia pakailah.
aku terpaksa berbohong dengan mengatakan tudungnya di dalam kereta kerana jika mengatakan dia tidak memakai tudung tentu dia berfikir, Oh boleh pakai tudung dan boleh tidak pakai yer.

Ketika menonton sebuah cerita berbahasa Inggeris di Tv

Durrani: Abah, kenapa orang tu masuk rumah pakai kasut. kan tak elokkan?
Terpaksalah menerangkan kepadanya yang dia bukan orang Islam, kalau orng Islam masuk rumah kena pakai kasut.

Suatu malam, selepas balik kerja aku melihat Durrani sedang bermain penyapu, dia menyapu sampah menggunakan penyapu lama menyebabkan habis semua jerami itu tanggal di lantai. Aku yang ketika itu geram terus mengambil penyapu itu lalu berkata, "tak boleh main penyapu, kotor, habuk nanti batuk," sambil membawa penyapu ke dapur.

Durrani terdiam, sambil menundukkan kepala, menangis tapi nada perlahan. Aku mendekatinya, lalu memujuk. Tidak sangka dia akan bersuara:

Durrani: Kenapa mama marah kakak? Abah tak marah pun, abah tak ambil penyapu kakak pun?

Aku terus bertanya kepada suami, adakah Durrani pernah bermain penyapu seperti mana tadi, dan suamiku langsung tidak menegurnya?? suami ku mengangguk.
Oh rupanya dia sudah pandai membuat perbandingan. aku terfikir, agaknya beginilah jika seorang remaja yang tidak ditegur ibu bapa apabila membuat kesalahan dan dia akan mengatakan, "kenapa dulu mama tak tegur atau kenapa abah tak marah pun, mama jer yang marah,"

Sekali lagi aku mendapat pengajaran drp situ.

Thursday, June 3, 2010

aku kasihan...

Semalam ketika membeli nasi lemak di kawasan sekitar rumah, terdengar makcik penjual nasi lemak itu merungut dengan seorang pelanggannya,
"Susahlah nak berniaga majlis perbandaran dah kacau, tak boleh berniaga tepi jalan lagi,"

Kasihan makcik tu ada rasa kesedihan pada nada suaranya dan riak wajahnya yang suram. Sepanjang lima tahun aku tinggal di situ, itulah mata pencariannya seharian. Mungkin duit hasil menjual nasi lemak itulah dia menyara persekolahan anak-anak. Jika gerai kecilnya diganggu majlis perbandaran di mana pula dia harus mencari makan?
kemudian ketika melalui jalan sama, aku lihat kakak yang sering menjual nasi lemak bersebelahan rumah pengasuh anak aku juga sudah tidak lagi berniaga. Jika tidak setiap hari gerai kecilnya akan ada di situ dengan pelbagai makanan, nasi lemak, nasi kerabu, mihun, mi, serta segaja jenis kuih muih. Dan biasanya jam 9 pagi semua makanannya habis dijual.

Sedih mengenangkan peniaga-peniaga Melayu kecil yang hanya membuka gerai di tepi jalan dr jam 7- 10 pagi sahaja. Jika itu mata pencarian mereka...ke mana mereka harus berniaga selepas ini? Membuka restoran??? cukupkah modal mereka???

Ketika bertugas di pejabat lama, setiap pagi, sepasang suami isteri akan membuka gerai untuk makan tengah hari di hadapan pejabat. Dan setiap pagi jugalah kami akan berkunjung ke gerainya sama ada untuk sarapan atau makan tengah hari. Selain makanannya sedap...kami kasihan melihat dia berniaga, sudah separuh usia tetapi masih kuat ke sana sini. jam 5 petang selepas habis waktu pejabat dia pun menutup gerai dan begitulah keesokan harinya.

Lama juga dia berniaga di situ, lama-kelamaan dia mula merungut, majlis perbandaran meminta dia merobohkan gerai..dengan alasan kawasan di situ tidak boleh berniaga bukan kerana tiada lesen. Tetapi pakcik ini tetap berkeras katanya disitulah tempat dia mencari rezeki, katanya lagi mereka (majlis perbandaran) minta 'upah' jika tidak tidak boleh berniaga. Keesokan harinya, alangkah sedihnya kami apabila melihat gerainya dirobohkan dengan jentolak...bayangkan jika pasangan suami isteri ini melihat gerai kecil yang dibina musnah sekelip mata, tentu mengalir air mata mereka. selepas itu aku tidak tahu ke mana arah tuju pasangan suami isteri ini.

Peliknya kedai di hadapan dan belakang pejabat dimiliki kaum India muslim dan India tidak pula dirobohkan. Padahal mereka juga membina gerai di hadapan jalan. Apakah yang membezakan antara keduanya? Fikirlah sendiri...
ya memang betul mereka menjalankan tanggungjawab yg sudah termaktub dalam undang-undang. Tetapi kadang-kadang perlaksanaannya tidak sama. Kenapa setelah bertahun-tahun berniaga baru sekarang mahu diganggu? kenapa tidak ketika mula-mula peniaga-peniaga kecil ini membuka gerai, mereka sudah datang dan memberitahu ," di sini tak boleh berniaga pakcik. nak berniaga pakcik pergi sini dan sini" jadi tidaklah menyusahkan mereka.

Aku lihat juga ada peniaga bukan berbangsa Melayu boleh pula berniaga di kaki lima jalan. Apa bezanya mereka???aku bukanlan anti perkauman tetapi sudah tentulah semangat asabiyah aku pada bangsa Melayu itu sendiri. Sedih apabila aku bayangkan andainya pakcik dan makcik itu adalah ibu dan ayah aku sendiri...

P/s: Dahulu aku suka beli nasi lemak dan kuih di gerai yang menjual nasi lemak terutama wanita yang membawa anak kecilnya berniaga sama. Di samping nasi lemaknya sedap aku kasihan melihat kesungguhan mereka mencari rezeki. Kadang-kadang terasa ingin membeli semua nasi lemak mereka kemudian sedekahkan kepada rakan sepejabat. Begitu juga dengan wanita (biasanya makcik yang sudah berumur) menjual kerepek dan kuih tradisional ada yang menjual sehingga ke pintu pejabat. Ada berharga RM5 untuk 3 paket kecil, aku beli bukan kerana suka makan, tetapi kerana kasihan.

Wednesday, June 2, 2010

MOTIF????


Semalam masa balik kerja, selalunya drive kereta tak lah laju sangat dalam 80-100km/j jer
dan kalau rasa nak laju akan tambah kelajuan 120km/j dan biasanya akan ikut lane kanan ler
dan semalam kereta pun tak banyak sangat biasa-biasa jer..jadi aku pun selesa ler lane kanan
tengah syok-syok berangan tetiba ada kereta memotong dengan lajunya sambil tunjukkan tanda F**K menerusi tingkap sepanjang jalan...dan drivernya adalah lelaki

MOTIF???? tunjuk isyarat F**K kat aku????

Ehh..ehhh rasa nak marah pun ada juga..tapi sabor jerlah...tengah drivekan..
apa pula salah aku...
kalau nak potong, potong jerlah..tak payah nak tunjuk isyarat lucah kat aku
lagipun mmg kereta tak banyak dan dia boleh potong dengan senangnya
lagipun aku rasa aku tak ler slow sangat pun duduk lane kanan..
lainlah kalau aku duduk lane kanan tapi bawa 60km/j haruslah kan org belakang akan bengang dengan aku..

tapi biasanya style aku kalau ada kereta kat belakang wpun lane kanan aku akan masuk lane tengah..sebab tak suka orang belakang ikut-kita rapat-rapat..
dah ko nak laju-laju sangat pergilah dulukan..
bila time tak banyak kereta jer baru suka pergi kat lane kanan tuh..


p/s: aku paling tak suka kalau orang memandu sambil menelefon..
menyusahkan kereta di belakang..slow macam siput lepas tuh ke tengah, ke tepi, '
tambah-tambah kalau couple-couple yg muda-muda sah-sah bercakap dengan bf atau gf dia orang.
hello!!!! kalau nak telefon jg sila pakai handsfree yer..
tak ler membahayakan orang dibelakang anda.
aku kalau drive, telefon bunyi pun malas nak angkat kalau angkat phone pun akan cakap "hello..call balik tgh drive ya"

Tuesday, June 1, 2010

buang bayi & anak luar nikah


Dialog pagi Isnin di antara wanita A dan B.

Wanita A sedang membelek-belek akhbar Harian Metro sambil membaca cerita mengenai kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Buang anak di dalam bakul sampah, anak dibakar, ditanam, di buang di masjid, di kaki lima jalan, di dalam bilik air, dan di mana-mana sahaja si ibu bangang itu bersalin disitulah menjadi tempat pembuangan anaknya sendiri,
tanpa rasa takut, bersalah dan berdosa.

Sedang asyik membaca kemudian wanita A bersuara:
Wanita A: Kasihan bayi yang tidak berdosa ni. Kalau saya ambil sebagai anak angkat bayi yang kena buang ni ok tak kak? (tanya A sambil meminta pandangan drp wanita B)

Wanita B: Ehhh..jangan. Orang kata anak luar nikah ni nanti perangai dia tak elok walaupun kita dah didik dia elok-elok. Janganlah susah nak didik nanti. Bila besar jadi macam *****.

Wanita A terdiam sambil mengangguk-angguk kepala beberapa kali.

Kasihan buat kali kedua...
Kasihan sangat pada anak-anak buangan ni, mereka tidak berdosa,
Namun dosa kedua ibu bapa mereka akan terus melekat kepada anak ini sampai bila-bila waima apabila mereka sudah meninggal dunia sekali pun.
Cuba fikirkan bagaimana perjalanan hidup mereka apabila sudah besar nanti,
drp kanak-kanak, remaja, dewasa, melalui alam rumah tangga bergelar ibu atau ayah?
tentunya perasaan malu, tertekan, terhina, akan terus menyelebungi diri mereka,
Bagi yang kuat mungkin boleh menangani jiwa yang kacau secara lebih berhemah mengikut cara sepatutnya
bagaimana pula bagi yang tidak??? adakah mereka akan terus mengulangi perkara sama seperti dilakukan ibu bapa mereka?
dan ketika itu adakah ibu bapa mereka boleh memarahi...boleh mengatakan tidak..sedangkan sejarah hitam itu mungkin berulang???

Jawapan bg persoalan di atas:

Assalamualikum,

Saya telah mempunyai anak seramai enam orang, 3 lelaki 3 perempuan. Baru-baru ini ada yang offer anak luar nikah untuk dipelihara. Jadi saya dan isteri telah menerima anak tersebut untuk dipelihara kerana anak kami yang bongsupun dah nak bersekolah. Anak ini sudahpun disusui (susu badan) oleh isteri saya setelah mendapat nasihat dari doktor dan ubat untuk menghasilkan susu badan. Sudah menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami.

Rasa-rasa permasalahan berkenaan anak luar nikah ni tidak ada masalah lagi bagi saya dan isteri kerana semuanya sudah terjawab dilaman ini. Yang tahu tentang status anak ini cuma beberapa orang sahaja. Masalah saya ialah: Setelah anak ini (lelaki) dah dewasa apakah jawapan yang sebaiknya untuk saya terang kepadanya. Dari surat beranaknya pun diruangan bapa juga dicatit -tiada maklumat-Sekurang-kurangnya jawapan dari pihak tuan dapat memberi sedikit idea untuk saya siap jawapannya untuk 10 atau 15 tahun lagi. Buat masa ini kalau ada orang yang bertanya siapa bapa budak ini – jawapannya ialah bapanya telah meninggal.Jazakallah

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Antara cara yang paling baik ialah dengan mendidik anak ini dengan sebaik-baiknya. Diberi pelajaran dunia dan akhirat secukup-cukupnya. Agar anak ini kelak menjadi anak yang soleh lagi berpemikiran matang.
Nanti, jika akhirnya dia mendapat tahu statusnya, sudah tentu dia dapat menerima dengan pemikiran matang dan terbuka.
Perlulah dididik bahawa, bahawa bani adam itu adalah sebaik-baik makhluk. Dan kemuliaan di dunia dan akhirat seseoarang itu tidak bergantung pada rupa parasnya. Jalur keturunannya. Apa bangsanya. Harta kekayaannya. Tetapi kemuliaan itu dipandang sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah.
Juga dididik bahawa setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaa fithrah. Suci bersih. Tidak membawa setitikpun dosa dari datuk neneknya.
Dan setiap manusia itu tidak menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang lain. Siapa yang melakukan dosa, dialah sendiri yang menanggungnya. Orang lain tidak mungkin akan menanggung dosanya.

Akhirnya, sesungguhnya memelihara anak yang diterlantarkan begini adalah perbuatan yang cukup mulia. Bagaimana tidak dikatakan mulia, kerana ia adalah sebahagian dari perbuatan memelihara nyawa manusia, lebih2 lagi jika di asuh dengan iman dan amal.



**** jawapan kepada persoalan dua wanita di atas, anak-anak ini tidak bersalah dan tidak berdosa. Terpulang kepada penjaga, bagaimana mengasuh mereka mengikut acuan sepatutnya, nescaya dia akan menjadi insan berakhlak di dunia dan akhirat***