Thursday, November 12, 2009

Renungan untuk aku...

Baca perlahan-lahan dengan penuh penghayatan,

aku copy dr blog http://ilhamhainy.blogspot.com

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"Katanya
"Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah suatu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna
"FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU " HARGAILAH KELUARGA ANDA "

P/s: Ohh dr jam 9 pagi hantar anak kat baby sitter, jam 7 malam baru ambil, kemudian esok pagi hantar semula. Bila balik rumah, itulah masa nak basuh baju, kemas rumah sikit-sikit, kalau nak masak ambil masa lagi (ttp aku terkecuali sebab tk masak malam), masa tulah nak sidai baju, jam 10 malam anak pun dah ngantuk dan tidur. jadinya masa bersama anak, nak main2 ngan anak, nak peluk cium dia ke, nak ajar anak ke cuma dr jam 7 sampai 10 malam sahaja dan anak lebih lama di rumah pengasuh. Bayangkan 3 jam sahaja...bersama keluarga..baru aku tersedar betapa singkatnya masa bersama keluarga. habis nak buat macam mana??? takkan nak berenti keje kot. Jadi luangkanlah masa yg singkat itu sebaiknya.
(Huhuhu...malam tadi aku baru jer marah Durrani pasal dia buat balik peel lama dia nangis tak tentu punca...tanpa sebab dan minta yg bukan2 di tengah malam buta..rasa bersalah sangat...selepas itu juga aku terus minta maaf masa dia tengah tidur...macam memahami dia anggukkan kepala. "maafkan mama yer sayang")

3 comments:

ANAKIRANA said...

huhuuhhu mmg betul apa yg ditulis tu....
kite balik mmg tak sempat dah keje umah...masak mmg beli jer,kain baju lipat masa wiken atau masa derang dah tido..balik keja ada masa 2 jam jer sebelum derang tido

ennieva fauzi said...

tersentuhnya hati aku baca cerita ko ni tie..teringat aku satu movie omputeh, aku lupa tajuk dan pelakonnya. Ini pun aku nengok masa sekolah2 dulu..dia selalu singgah di bilik tidur anaknya sebelum dia masuk ke biliknya...dia akan bercakap ngan anaknya walaupun budak tu tido lena...bila wife dia tegur..dia kata, fikiran luar sedar anak2nya mendengar...betul le agaknya ye tie...

rynas said...

aahhh betul Ben. kalau orang jepun dorang selalu bercakap dgn anak masa anak tengah tido. Sebab time ni sebenarnya anak sedar apa yang mak dia cakap. Aku selalu buat gitu kalau anak aku buat perangai nangis2 tengah malam aku cakap ler dgn dia supaya jgn nakal2. Masa ni jugak ler aku minta maaf kalau aku ada marah anak atau tercubit dorang tu..yerlah kdg2 tengah marah tak sedar kan.
tapi aku rasa sikit sebanyak mmg ada perubahan ben...