Dua setengah hari aku meninggalkan Fahim dan Durrani bersama mak Ida, balik malam semalam ketika mengambil mereka, mak Ida beritahu badan Fahim panas, demam rindu agaknya. Ketika mengambil Fahim bukan main suka lagi dia..terus melompat sebaik pintu dibuka. Terus menjerit-jerit, mama...mama...abah..abah.." macam sebulan tidak berjumpa gayanya. Huhuhuhu..sedih benar rasanya. Sudah lama juga aku tidak out station. Kali terakhir rasanya ketika majlis akhir gadis dan jejaka iremaja di sg Petani Kedah ketika itu dia berusia baru 5 bulan. Akibat ditinggalkan 4 hari Fahim demam panas yg agak teruk sehingga terpaksa mengambil air penawar. Kali ini dia demam lagi..harap2 demamnya cepat kebah. Alahai anak jantan aku ni tak macho betul..tak macam Durrani kena tinggal maintain jer..kena tinggal pg out station ok..tinggal ketika aku bersalinkan fahim 3 hari di rumah mak Ida pun ok..tak menangis langsung ingatkan mama dan abahnya. Ini si kecil...alahai..nak tinggal pun tak senang hati.
ehhmm berbalik pd cerita out station di Desaru seronok juga bersama rakan-rakan media antaranya Utusan, Harian Metro, berita Harian, Malay Mail dan selebihnya media berbahasa China dan tamil. ini sebenarnya kali pertama aku ke Desaru, teringin nak pergi ttp tak berkesempatan. kali ni kami dibawa oleh Lotus Desaru Beach Resort yang ingin memperkenalkan resort bertaraf 5 bintang kepada media. nantilah aku update gambar-gambar kat sana. ponat belum habis lagi...
1 comment:
Seronoknya pergi Desaru...
Tips untuk mengelakkan demam rindu pada anak kecil: bawa kain si ibu dan selimutkan di badan anak semasa anak tidur.InsyaAllah, rindu berkurangan...
Post a Comment