Monday, November 2, 2009

Lotus Desaru Beach Resort

Trip percutian kali ni ditaja oleh Lotus Desaru Beach Resort, kalau uols perasan rangkaian kedai mamak LOTUS ni antaranya adalah anak syarikat dialah.
Kita orang bertolak dr Lotus, Jln Gasing jam 9 pagi sepatutnya 8.30pagi tapi menunggu antara orang2 yg lewat termasuk aku ler tu hehheheh..jgn tanya naper lewat. jadinya lepas dah semua breakfast barulah bergerak. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam itu pun sebab berhenti maklumlah..ramaikan hampir 30 orang rasanya dalam bas tu jadi macam2 ler nak g toilet ler yang ramainya.
Sampai hotel dekat jam 2 petang, terus pegi lunch..memang lapo masa ni tak pandang kiri kanan dah serbu makanan. Tambah pulak makanannya sedap2 belaka. Bila dah habis makan barulah pegi lobby ambil kunci. Ohh teman sebilik aku photografer dr Harian Metro, Fina yg sempoi habis.

Ni bahagian hadapan hotel yer. Kat sini style apartment. dalam bilik ada dua lagi bilik satu master bedroom dan satu single ttp ada 2 katil. Ada dapur, ruang tamu dan 2 bilik air so senang masing-masing ada bilik air. Setiap blok tu ada tulis A- Z agaknya...aku tinggal kat blok J. Macam asrama pula kekdahnya ada blok-blok. Ttp yg leceh sikit sebab jauh sikitlah dr lobby, cafe dan pantai..ttp jgn risau sebab ada perkhidmatan KANCIL dari satu tempat ke satu tempat.

Sorry ekk gambo gelap sikit. ini ruang tamu ada TV dan sofa jer. blehlah melepak2 dulu sementara buat aktiviti kat luar. Kipas pun ada jarang hotel sediakan kipas..ini setiap bilik ada kipas..sebabnya air cond teramatlah sejuknyer..jadi untuk mengurangkan rasa sejuk on jerlah kipas.

Ini dapur..siap ada meja makan lagi. peti sejuk dan microwave disediakan jgn bimbang. lepas tu pinggan mangkuk pun ada. Kot2 nak makan dlm bilik ker senang.


Ini bilik kedua ada dua katil single dan sebuah almari besar.

Ini pulak master bedroom. Besar bilik ni..
kalau uols nak bawa family dlm 5 orang datang bercuti ke sini ambil 1 bilik suite dah cukup dah.
Kalau bilik yg aku tinggal ni harga dalam RM260 ke atas gitu, ada juga untuk satu bilik cuma RM160 sahaja. Murah kan...
p/s: wahhh promote habis ni Anthony pas ni kena tambah lg diskaun yer..(macamlah dia baca)

No comments: