Monday, November 9, 2009

yahooo boleh balik...

Ok last sambungan cerita di hospital...nanti muak pulak ekkk..sebab tak ada story nak cerita ok jerlah cerita hospital berepisod ni.
Hari ketiga JUmaat, ingatkan pagi dah boleh balik ler..ttp bila doc check dia kata pernafasan Fahim belum pulih sepenuhnya jadi doc nak stopkan nebulizer dan bagi yang pam sendiri, nurse ajar ler cara-cara nak buat. Lepas tu baru tgk kesannya macam mana. Aduhai nampaknya jam 6 petang ler baru keluar hospital.
last day juga Fahim kena buat fisio..maksudnya dah tiga kali ler buat fisio. Masa kali kedua ok jer...tak nangis sangat. jerit pun tak kuat sangat masa sedut kahak. Tapi masa hari ketiga..dah mula ada tenaga nak meronta-ronta. Jeritan pun sangat ler kuatnya. maklumlah dan baik dr demam leh lar jerit kuat-kuat. Ttp dalam nangis2 tu masih sempat salam semua nurse yg buat fisio dan cium dorang. Siap bye bye lagi...hehehhehe kelakarlah juga. Air mata dok keluar nie..
Hari ketiga kahak dah tak banyak cuma hingus jer yg sedut banyak..alhamdulillah lepas tu tak ler selsema lagi.

lepas ni aku pun boleh buat fisio sendiri kat rumah ala senang jer..mula2 tepuk dada belakang...kemudian tepuk dada kiri dan kanan kemudian dada hadapan. Ttp adalah teknik dan cara menepuknya. letak baby pun ada caranya kena tinggikan bahagian bontot dia..Fahim mmg suka ditepuk2 begitu..even masa balik rumah aku cuba buat suka lagi dia..leh tido dengan nyenyaknyer.

Kakak sayang ttp muka adik masam jer..cam tak rela jer kena cium. tengoklah tangan fahim tu kotor kaler oren sana sini. nak bg makan ubat kena bersilat apa lagi kotor sana sinilah.

Macam2 dia nak main dalam bilik tu..drp bear, kereta, main tisu bilik air, main kusyen..habis sepah sana sini.

Ini kes tgk Upin dan Ipin pun dah tak daya dah..sangat bosan uols..

Adik maintain tidolah sampailah keluar wad.Sekarang pun balik rumah dia suka tido kalau tak susahnya nak tido petang. Skang ni ambil bantal dia letak kepala pastu terus lena.

Sayang lagi..ni macam rela sikitlah dicium.

Suka sebab nak ambik gambo..dan dapat keluar hospital. Fobia dgn org berbaju putih. Fobia dengan ubat dan jarum..fobia dengan doc yang datang nak check dada.

Ok masa bergambo..aku ngan Durrani jer maintain senyum Fahim masam jer kena paksa.

2 comments:

Mummy Dasy said...

Alhamdulillah...moga cepat sembuh ye Fahim

rynas said...

thanks mummy dasy