Thursday, November 19, 2009

makan di restoran happy 4 season

Hari ni nak review food pula. masa farewell aku hari tu dorang buat kat restoran Happy 4 Season, Wangsa Maju dekat dengan NZ Restoran. First time aku makan kt sini. Hiasan dalaman restoran ni cantik sebab menggunakan pelbagai warna. Lebih menarik sebab ada 4 musim iaitu musim sejuk, panas, luruh dan bunga. So uols boleh pilih nak makan kat bahagian mana. Contohnya musim sejuk hiasan menggunakan warna putih daripada meja, kerusi dan dinding. bahagian ini sejuk dengan suhu 16 darjah selcius mmg tak tahan ler kalau makan sini. menggigil rasanya...

Yang kita orang makan hari tu kat bahagian musim panas..menggunakan hiasan merah. Tak ler panas sgt pun sebenarnya bahagian ni..cuma kurang sejuk sikit drp musim sejuk tu. Food pun not bad semua sedap2 belaka....

Ini aku yang oder teringin plak nak makan sushi. Kat atas diletakkan perasa strawberry..agak lain rasanya drp sushi biasa tu. Aku lebih suka sushi yang biasa dimakan tu. Maybe perasa strawbery ni agak kurang sesuai dimakan bersama sushi. wahhh siap bg komen lg tuh..haruslah kan sebab tak habis makan sayang...

yang ini nasi dengan ayam ..nama specialnya tak ingat.

Capuchino ice blended...perghhh sgt sedap dan lazat..aku mmg suka capuchino ni..yummy...


agak sama dgn menu nasi dgn ayam tu cuma yg ini diganti dengan beef.



Mee..rasanya macam mee bandung ler...ada pelbagai sayuran dlm mee nie. Kuahnya yg pekat tu ler yg sedap.ttp sedap makan tak habis jugak sebab saiznya yang besar.

ini sup sirip ikan..sedap sangat sup nie..

nasi goreng kat sini sangat sedap. ala-ala nasi goreng kampung ttp special sebab rasanya yang manis, pedas lengkap secukupnya.

Makanan western pun ada.

Inilah di antara menu yang kami order hari tu. harga sangatlah memuaskan. Tidaklah mahal sangat..berbaloi dengan saiz makanan. Kalau nak masakan melayu pun ada..western pun ada.

No comments: