Monday, November 9, 2009

cerita hari kedua di hospital

Belum masuk hari kedua Durrani sudah bosan di hospital dan ajak aku balik. Nasib baik suami aku sudah buat persediaan dia dah bawa labtop dgn cd geng Upin dan Ipin. Apa lagi asyik tengok Upin dan ipin..Fahim pun tengok juga sambil terlantar ats katil ketawa mengekek tgk gelagat Upin dan Ipin. Biorlah cepat sikit hilang sakit.

Inilah kerjanya..bangun tido tgk Upin dan Ipin..pasang berulang kali tanpa jemu. Sampailah tertido. Bila terbangun tengah malam pun suruh aku pasang Upin dan Ipin..alahai anak dara aku ni. Tapi bukan tgk pun..tido balik saja nak bg mama dia penat sikit.

Dua beradik yang tak sihat. Duduk kat spital ni org yg sihat pun jadi tak sihat mana taknya ..dalam bilik sempit jer..tak kena panas. Durrani pun hari kedua badan dah panas..batuk-batuk..terus jer bg tau nurse..dia cek suhu badan dah 38 darjah selsius. Petangnya baru doc datang cek lagi sekali dan bg ubat demam dgn batuk.

Layu dan lesu jer muka Fahim..penat sangat asyik tido jer.


Makanan hari kedua...ehhmm..tak habis pun pedas sangat masak lemak ayam tu. Ini bkn untuk org sakit makan ni...untuk orang tk sakit nie.

Mula2 dia tengok atas katil sampai habis bateri labtop pastu kenalah tengok bawah sebab nak charge bateri. Penat mengiring telentang pula. Tiap kali doc masuk bilik cerita Upin Ipin...hehhehe tak jemu ke kakak.

Dah tak tahu aksi apa nak buat bila ambil gambo nampak sgt kebosanannya menyerlah sekali.

Ini pada waktu pagi..tengok Upin Ipin lagi...adik sedang lena tido.

Hari kedua botol air pun kedua...ttp bila dah selera makan dan minum susu baru stop bg air.

2 comments:

kirana said...

semoga cepat sembuh fahim..

Mummy Eysraf said...

alele..shiannya...