Main teka teki plak nooo...mesti korang tak caya punya...sebab lampu itu diperbuat drp sarung telur burung ostrich.
Cantikkan siap ada ukiran pulak kat lampu tuh.
Ni pun sama juga..ada tulisan China.
Ohh pakcik ni menerangkan mengenai beza telur ayam ngan telur ostrich. Memanglah besar tengoklah saiz burung tu pun lebih besar pd manusia.
tengok ler ni ha kalau tak caya. kalau aku naik atas burung ni pun ok...ttp tak mahu ler..karang dia bawa aku ke mana2 plak dengan kelajuan yg maksimum tak ke haru hehheheh.
Ni antara aktiviti hari pertama masa tiba kat Desaru..melawat ke Ostrich farm yg letaknya taklah jauh sangat dr hotel setengah jam jer. Ni pun kali pertama juga melawat ladang Ostrich ni selalu tgk kat Tv jer kan..
Mula2 tu agak takut juga lah nak pegang ttp ostrich ni jinak dan manja..usap2 bawah leher bukan main suka lagi dia.
Telur burung yg berharga lebih RM50 sebiji. Kulitnya sangat keras tau..kalau kita pijak atas telur tu tarak pecah punya. Ko lompat2 pun tarak pecah..bawa mai ler orang gempal bersaiz 100kg pijak pun tarak pecah juga. Gitulah betapa kerasnya kulit telur nie.
Ini saiz sebiji telur. Mak aiiii ini kalau makan mau sebulan baru habis sebabnya. Telur ayam memerlukan 35 biji untuk mendapat saiz telur ostrich ni. telurnya sgt berkhasiat tau..
Ni ostrich jantan lebih cantik dan lawo bulu drp betina. nape ekkk...sebab ostrich betina akan gugur bulunya bila nak bertelur sebab tu jadi botak gitu.
No comments:
Post a Comment