6 November tadi adalah ulangtahun perkahwinan kami yang keempat. Orang kata baru memasuki fasa awal perkahwinan. Masih baru lagi beb!!!
Tak ada sambutan apa-apa pun, kalau di televisyen selalu ler dimomokkan dengan majlis makan malam dan pemberian hadiah drp pasangan sempena annivesarry...kalau tak ada hadiah sejambak bunga pun jadilah. tapi kami pun boleh lupa tarikh 6 November, bukan apa selalu ingat tarikh 4 Dec je iaitu tarikh kenduri sedangkan 6 Nov adalah tarikh pernikahan.
tak kisah pun tak ada sambutan janji bahagia sokmokan dengan rezeki dari Allah dan kerahmatan ketawa riang anak-anak yang semakin membesar. Durrani Fatihin yang sekarang berusia genap 3 tahun dan Muhamad Dhani Fahim yang baru mencecah setahun 4 bulan.
Semoga rezeki semakin bertambah, anak semakin bertambah, kebahagiaan mohon dikekalkan kini dan hingga ke akhir hayat AMIN.
1 comment:
selamat ulang tahun ...semoga kekal bahagia :)
Post a Comment