Saturday, July 11, 2009

selamat bertambah usia

alhamdulillah hari ini 10 Julai 2009, Tuhan masih memanjangkan umurku, terus memberi kesihatan kepadaku juga memberi kudrat untuk bekerja. Alhamdulillah Ya ALLAH aku masih bernafas di bumi mu ya allah selepas dilahirkan 10 Julai 1977 sehinggalah 10 Julai 2009. Tiada hadiah paling berharga selain daripada menarik nafas lega kerana masih diberi peluang merasai kenikmatan hidup.

Pertambahan usia amat besar ertinya, kata orang usia hanyalah satu angka yang penting hati sentiasa muda. tapi kata hatiku pertambahan usia bermakna hidup kita semakin pendek, pertambahan usia juga menandakan kita semakin dekat dengan kematian, pertambahan usia juga menandakan kita perlu menyediakan bekalan untuk ke SANA. Seperti tahun-tahun sebelumnya tiada tiupan lilin, malah aku tidak pernah pun menyambut hari jadi melainkan ketika menuntut di USM dulu itu pun buat kali pertama. Malah ibu aku juga lupa tarikh lahir aku ketika menelefonnya malam tadi, itu tandanya anak-anak ramai untuk mengingat satu persatu adalah amat mustahil.

tahun ini juga seperti tahun-tahun sebelumnya tiada sambutan istimewa. Bukankah makan malam bersama juga sudah dikira istimewa, walaupun tiada hadiah mahal beratus ringgit seperti yang ditunggu setiap orang. Ucapan istimewa daripada suami sudah mencukupi, juga kiriman pesanan ringkas daripada kawan-kawan yang masih mengingati tarikh lahir aku. Terima kasih yang teramat...gembira rasanya membaca ucapan-ucapan penuh bermakna.

Sudah 32 tahun usia aku, sudah tua??? atau masih muda??? biarlah kita sentiasa perasan muda. biar usia bertambah ttp masih berjiwa muda. Itu falsafah kebanyakan orang. Kadang-kadang perlakuan kita perlu seiring dengan usia, memang perlu perasan muda tetapi layakkah kalau usia sudah menjejak 50-an tetapi masih memakai mini skirt atau legging ketat paras betis? Pabila dikata kita sudah buang tabiat marah pula sedangkan penampilan tidak mencerminkan usia. Bukan tidak boleh tetapi biarlah berpada-pada. Kenapa tidak mahu menerima hakikat yang diri sudah berumur, kenapa teruk sangatkah dengan status 'TUA' itu. lama-lama kita akan tua juga, beruban sudah pasti, berkedut 1000 sudah semestinya. Kadang-kala jelek pula melihat manusia yang tidak mahu mengaku tua. Mudah-mudahan aku tidak menjadi seperti si polan di atas.

usia juga mencerminkan kematangan. Matang daripada setiap sudut. Melihat apakah kejayaan yang dicapai sepanjang usia 32 tahun ini. Ehhmmm...tiada???? aarrgghhh menyesalnya. Hidup tidak perlu disesalkan tetapi bagaimana kita mengolah kehidupan itu yang penting. Apabila kita tidak muhasabah diri kita tidak tahu apa perkara positif yang boleh dibanggakan sepanjang kita hidup ini. aku??? argghhh banyak lagi yang belum tercapai dek akal tergapai dek tangan. Bukannya menggenggam awan atau memetik bintang cukuplah sekadar berpijak di bumi nyata. Aku bukanlah mahu sekaya mereka cukuplah dengan kehidupan sederhana bersama keluarga. tetapi zaman sekarang wang sangat penting..tetapi tidaklah sehingga menjadikan wang raja semuanya. Punya harta setinggi gunung jika hati tidak bahagia tiada guna juga. Tetapi langsung tidak berharta adalah lebih sengsara. Jadinya biarlah bersederhana sahaja. Itu lebih bahagia.

Wahhh melalut pula aku menulis rancangnya cuma mahu mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat diri sendiri... doa aku seperti doa-doa pada tahun sebelumnya... semoga Tuhan memanjangkan usia aku, menambahkan rezeki aku dan anak-anak juga memberi keberkatan di dunia dan di akhirat. AMIN.

6 comments:

Cikgu Liza said...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-32.Semoga panjang umur dan murah rezeki.(esok birthday aku pulak...)

MeL said...

happy birthday rynas! semoga happy2 slalu bersama keluarga tersayang..:)

ennieva fauzi said...

Siapa yang tidak sedar sudah tua itu...hahaha macam ku tau siapa...

Walaupun dah ucapkan selamat hari lahir, khas untuk blog ko yang glam ini, kuucapkan selamat ulang tahun sayang (kata lagu Imran Ajmain), semoga termakbul segala impian ye...

JOYAH GLAMER said...

Buat adik joyah...HAPPY BELATED BIRTHDAY. Sorry lately ni joyah bz sikit dgn keja sek...tak sempat nak jengok blog. Moga pjg umur n murah rezeki...cepat2 bagi fahim baby.

anis said...

tahniah sahabat...semoga terus cekal hati mengharungi ranjau kehidupan ini dan dianugerahkan anak2 yg soleh dan soleha serta suami yg sentiasa mencintai, melindungi dan menyayangi serta setia padamu...

Unknown said...

Hapi belated b'day. Alamak awat tak bagi hint kalau tak bole gak beli sepotong dua kek. Hehehe.