Saturday, July 18, 2009

kisah sedih di pagi hari

pagi ni bangun awal..biasalah bila mata dah terjaga jam 5 pagi tu terus jer dah tak leh tido. sementara tunggu subuh tu buatlah apa yang patut. kalau malas sangat buat kerja rumah..on lappy ler jawabnya..maklumlah malam tak sempatkan... ngantuk, penat, letih nak tidokan anak, anak kacau semua ada. jadi pagi-pagi hari ni tenang sikit anak-anak pun masih tido. dapat ler baca blog orang lain dengan aman dan selesanya. kalau tunggu siang hari jgn harap ler.

Time ni jugalah masuk blog kawan-kawan tinggalkan komen. salah satunya yang buat aku sayu dan sedih bila baca blog mama ujie http://mulancomey.blogspot.com/ . baca ler tak leh nak komen dah..sedar-sedar jer menangis...alahai poyo ler pulakkan di subuh-subuh hari ini, nangis-nangis pulak cembeng betullah Siti zarinah ni......yerlah aku kalau bab budak-budak ngan orang tua ni sensitif sikit cepat jer nak nangis. Sebenarnya bukan nak nangis pun ttp tak sedar diri air mata dah mengalir dah. biasalahkan pompuan kan air mata peneman setia..ceewahh.

Bila baca cerita Ujie..dugaan Tuhan ni macam-macam. untuk uji ketabahan hambanya dan sejauh mana kita dapat menghadapinya. Aku harap mama Ujie ngan suaminya Azrul tabah menghadapinya. Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Dan untuk diri aku sendiri dan sesiapa sahaja hargai dan sayangilah anak-anak anda.

p/s: tak tahu ler perasaan org yang dok buang anak tu...sanggup pulak dorang. Mmg tak ada perasaan sungguh lah.

1 comment:

ibu_Arifa said...

sedih nyer kak rynas.. saya dah baca td.. saya pun menagis gak jam 3 pagi nih.. ingat nak update blog jap.. terus menangis cenggini plak.. harap Ujie tu kuat yer..dan banyak2 bersabar..semua ni dugaan ALLAH.