Friday, July 31, 2009

ngomel saja

Alangkah bahagianya kalau dapat bertukar kerjakan. Seronokkah???
Entahlah tapi kalau tidak dicuba tak tahukan???
kadang kala kita juga perlukan perubahan untuk bertukar kerja mungkin dengan perubahan menjadikan diri semakin baik, mungkinkah???
ya..kadang-kadang apabila terlalu lama di sesuatu tempat menjadikan diri semakin 'membeku' tambah pula jika tiada insintif daya saing semakin kurang, semangat semakin menjunam..akhirnya apa yang ada??? hanya sisa sahaja, asal ada, asal siap mengikut waktunya. Usah ditanya pada kualiti atau meminta yang lebih-lebih.

Wajarkah bersikap begitu??? kadang kala tidak adil juga kerana setiap bulan gaji diterima dan bukankah gaji itu dibayar agar kita memberikan yg terbaik??? tetapi pabila dibandingkan dengan yang lain aduh sakitnya. Adakah kita tidak boleh membandingkan dengan yang lain..atau menerima seadanya..."rezeki kita sampai di sini saja"

ehhmm mungkin..rezeki itu satu perkara...kata orang rezeki masing-masing, jika sudah rezeki walau lari ke mana sekali pun akhirnya jatuh ke tapak tangan sendiri juga. Tetapi manusia juga ada perasaan..itu yang membezakan dengan yang lain. perasaaan sakit, tertekan atau memiliki kesabaran tinggi masing-masing berbeza. Ada yang boleh menerima seadanya seperti mana aku mungkin...ada yang tidak boleh maka pergilah mereka...berterbangan bak burung-burung dalam sangkar mencari rezeki di tempat lain. Bumi Allah ni luaskan...di mana-mana sahaja rezeki itu tetap ada antara berani atau tidak..antara yakin atau sebaliknya. tetapi jangan salah pula membuat percaturan...akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. tetapi aku sering percaya pada gerak hati..pada instinc.. kerana gerak hati aku biasanya benar...dan aku harap gerak hati aku kali ada ada benarnya...moga-moga!!!! i hope...

9 comments:

ennieva fauzi said...

sabar dulu tie...kalau nak terjun ke tempat baru, pastikan ia lebih baik agar tidak terjerumus ye...

MeL said...

ye betul. rezeki allah ni ada dimana2. kt hanye perlu berusaha..business sendiri is the best lah dr mkn gaji kn? ;)

suziey said...

Bunyi gaya dan lenggok mcm lain saje...adakah juga mahu terbang mencari dahan baru...

Anonymous said...

Nak berhenti, berhenti je lah...

Rashidah Ibrahim said...

Susah untuk pergi dpd tempat yang kita sayang, akhirnya kita sahaja yang setia di situ seperti lilin memakan diri sendiri.

Rashidah Ibrahim said...

Siti jangan jadi macam akak....

Afrezal Karim said...

yeah agree dgn u i had the same experience last time membeku.Not improving.. adakalanya kita perlu berhijrah.. its time to get urself with a challenging enviroment salam ziarah

INTAN said...

ada rejeki x kemana T...percaya lah

rynas said...

benie - yer ben nak tukar keje mmg kena fikir betol2. aku pun tak ler desprate sangat pun. cuma kdg2 rasa jemu dan bosan jer dgn keje yg sama.

mel - penah terfikir nak wat bisnes jer..ttp bnyak risiko pulak.

suzi - kalau dh rezeki tak ke mana

anon - tak kata nak berhenti pun lagi..

kak shidah - dah ada family kena fkr banyak benda nak tuko keje.

reezal- itulah yg i rasa skng nie bosan..bosan..bosan..8 thn wat keje yg sama.

intan - betol tan aku pacaya dgn kata-kata hang. akan kutunggu..