Semalam lepas meeting aku menerima perkhabaran yang sukar untuk dikatakan sama ada gembira atau pun tidak. Baru dua bulan aku diserapkan ke department buku dan merasai keseronokan menulis buku, aku diletakkan ke department Jelita pula atas alasan pengalaman yang ada dapat aku curahkan sepenuhnya untuk majalah yang menjadi tunjang syarikat aku bekerja. Pun kerana Jelita tidak cukup pekerja. Kata pihak pengurusan untuk mengambil staff pada saat ekonomi genting ini amatlah mustahil jadi sumber yang ada digunakan sepenuhnya dan secukupnya walaupun staff yang ada ibarat hidup segan mati tak mau, bekerja semata-mata mencari rezeki yang halal. ikhlas atau tidak wallahhualam...
gembirakah aku??? Entahlah siapalah aku untuk menentukan semuanya kerana aku hanya mentimun dan pisau di tangan mereka. letak lah aku di mana sahaja, aku tidak kisah dan pasti memberikan yang terbaik di tempat aku bekerja. Kerana mahu atau tidak keputusan sudah dibuat, jadi terimalah dengan ikhlas kerana dari situ baru aku boleh melakukan tugas yang diberi dengan baik. InsyaALLAH aku harap dan yakin boleh melakukannya.
Fikirkan sahaja yang positif walaupun ada juga terasa seperti bola sekejap di sana sekejap di sini, selepas ini ke mana pula??? Arrgghhh fikir banyak pun tak guna juga buat tensi kepala, baik aku fikirkan bagaimana mahu merancang masa dan mencari idea terbaik untuk majalah yang akan menjadi bahan penulisan aku nanti. Aku kira banyak masa perlu dikorbankan begitu juga dgn tenaga serta wang ringgit. Gaji?? arrghh sukar betul menelah berkaitan gaji di sini, naik atau tidak semuanya terpaksa diterima dengan reda, jika tidak mahu berkerja atau banyak 'songeh' berhenti sahaja. Falsafahnya senang satu pergi 10 mari.
Menurut SGM aku bukan setakat menulis untuk JELITA, pada masa yg sama aku juga terpaksa menyelesaikan tugas menulis buku. Bukan semua tetapi cuma dua buku yang dirasakan penting iaitu Pengantin Bertudung dan Perkahwinan Artis (kata editor Jelita jangan bimbang dia akan meminta pertolongan staff lain membantu aku). Manakala buku-buku lain ketika ada masa senggang..wahhh macam bionic woman pula aku disuruh melakukan dua kerja dlm satu masa. tengoklah macam mana nanti..bionickah aku???? hahhahah banyak kali aku fikirkan di office aku ini memang selalu membuat Magic dan mengharapkan staff juga membuat magic untuk company. Hasilnya mmg magic apabila ramai staff yang berhenti dek kerana tidak sanggup lagi membuat magic.
10 comments:
sama2 la kita merasa 'tendang terajangnya'...
sabar lah yer,,, ada hikmah di sebalik semua ini...aku jgk ex jelita ekekke :)
apakah modus operandi mereka??? hmm csi la plak...tapi saya kurang setuju kakak diperlakukan sebegitu...
ok aa tu jelita.. :)
bulan sept ni lagi gawat..glc kena buang keja..ptong gaji etc..
banyak2 sabar siti. yang penting awak pasti akan bertambah jelita...
kesiannyer..sabar je lah kak.. harap dapat digantikan dgn sesuatu yg lagi bagus lah pasni..insyallah :)
sabar la tie...betul kata ko, kita mentimun, dorang doyan. Aku harap sngat ko mampu membuat magik yang boleh membuatkan semua orang terkejut dan menggeleng2 tak berenti2 selama 40 hari esp SGM hahahaha
Tahniah drp joyah..kira naik pangkat ler tuh. bykkan sabar...ingat kita keja nak cari rezeki buat anak2 kita. Keja dgn hati yg ikhlas...pasti Allah akan beri ganjarannya. Ok dik ingat pesan akak..jangan mengeluh....
Hemm.. kecian citi, dah elok-elok di situ... nak buat camna - orang tak cenang tengok orang cenang. Akak ni lagi, seperti tak nampak di mata orang, ada kedrat x disuruh buat.
takpela..
sabar dan lakukan yg terbaik..
Post a Comment