Wednesday, July 8, 2009

ngomel..ngomel..ngomel..aku

Wah..wahh sejak ada blog online bisness ni makin jarang ler aku nak update blog sendiri, sehari satu ENTRY jer uols..bukan apa asyik mengupdate blog bisness lah katakan. Best juga sebab masa semakin sibuk walaupun tidaklah sebanyak mana tapi adalah pembeli setia aku. Terima kasih InsyaAllah sedikit masa lagi aku akan menambah yang baru dan baru dan baru.
Kalau saper-saper tak pernah lagi jenguk..sudi-sudikanlah menjenguk yer di kedai aku:

www.dibabycollections.blogspot.com

semalam aku dah start dengan majalah Jelita, alah tolong-tolong apa yang patut jer. walaupun sebenarnya 'masalah dalaman' aku masih belum selesai lagi ni. rasa ketidak puasan hati masih ada, biasalahkan manusia mana pernah puas kan??? ttp dah namanya bekerjakan mengikut arahan itu perlu. Aku harap masalah aku akan selesai sedikit masa lagi dan supaya aku dapat melakukan kerja dengan tenang dan seikhlas mungkin. Kerja kalau tak ikhlas susah juga uols, maklumlah kalau hati tengah marah mulalah mengomel sana-sini tak sedar itu tempat kita mencari rezeki nak tak nak kena hadapi, kalau tak lama-lama akan angkat kaki.

Diam tak diam juga, sudah 8 tahun rupanya di sini, wow..setia sungguh aku. Setiaku di sini sedangkan pekerja yg datang silih berganti. takperlah rezeki masing-masingkan. Cuma dulu aku tidak pernah bersungguh-sungguh mencari kerja lain kerana aku selesa di sini. ya selesa dengan segala segi walaupun gaji agak kurang selesa. Itu sahaja, malah ku fikirkan umur semakin bertambah tanggungjawab kepada anak-anak juga makin bertambah, kualiti masa sgt penting selain gaji. Jika itu bukan masalah rasanya aku pun seperti yang lain angkat kaki juga sebelum tiba waktunya.

wahh sejak dua menjak ni suka benar aku meluahkan perasaan mengenai kerja, sebelum ini jarang juga... orang kata susah senang tanggung sendiri, malas mahu membuka pekung di dada, nanti malu sendiri. Mana tempat yang senang sahaja, susah dan senang itu pasti ada. Ragamnya juga pelbagai dan berbeza. Kita dapat yang ini, kita akan kurang di situ, kita gembira dengan yang ini...wahhh susah pula diberi tetapi dalam bentuk berbeza. Orang kata setiap perkara mesti ada cabarannya...mana mungkin Tuhan memberi yang senang sahaja, tidak adillah dia pada yang lain. Tiba-tiba teringat aku pada satu ayat..

KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MATAHARI,
KEMUDIAN DIA DATANGKAN GURUH DAN KILAT,
PUAS KITA MENCARI MANA MATAHARI,
RUPA-RUPANYA DIA HENDAK HADIAHKAN KITA PELANGI YANG INDAH

/Me: Mengharapkan pelangi indah itu akan muncul

4 comments:

ANAKIRANA said...

bizi sungguh dia ngn cik jiji tu hehe..
tak berkesempatan nak masuk blog awk lagi..blog tudung dah tengok..
tunggu ada bajet nnt sy oder

Mummy Dasy said...

BZ kak....
sama ah kite xpnah puas

NizA said...

bz bz bz...hehehe...
bz caner pun..kesihatan kena jaga ye...take care...

MummySuri said...

kadang-kadang pemberontakan itu perlu untuk sebuah keadilan...wah gittiew... saya sokong kak ct!!! wahwahwah...dah berniaga baju plak. si anis pun berniaga baju jugak...hmmm saya pon nak jadik usahawan internet jugaklah kakak...