Tuesday, July 14, 2009

pernah cuba MIENG KAM???

Tengok gambar kat bawah ni mesti korang ingat itu daun sirih kan?? sebenarnya bukan. Itu adalah daun kaduk. Tengah hari semalam aku bersama editor Jelita dan kak zeda makan di Amarin Thai Restaurant di MidValley bersama dgn pr produk Khiel's

Pertama kali aku makan di sini. yang specialnya kat sini adalah Mieng kam, makanan tradisi Thai iaitu daun kaduk yang diletakkan bahan-bahan seperti kacang, cili padi, bawang, lemon, halia, udang kering dan sejenis sos yang rasanya masam dan manis. Lepas dah letak semua bahan-bahan tu lipat daun kaduk tu seperti melipat sirih kemudian masukkan ke mulut. Kunyah perlahan-lahan dan rasailah keenakkan daun kaduk ini dan bahan-bahannya yang rangup, pedas, masam, masin dan manis. Rasanya...???ehmmm enak sekali. Sekali cuba pasti mahu lagi. Habis juga dua helai daun kaduk aku makan.

lepas tu baru order makanan lain antaranya Tom Yam, ayam pandan, otak-otak, ikan siakap stim dan kerabu mangga. Memang semuanya sedap-sedap boleh bagi lima bintang untuk restoren ni. kalau sesiapa yang suka masakan siam pergilah kat restoren ni.

Inilah yang dinamakan Mieng kam. Daun kaduk yang diletakkan dengan semua bahan-bahan ni.
Lepas tu lipat-lipat masuk mulut dan makan. rasailah kenikmatannya..
Inilah bahan-bahan yang diletakkan atas daun kaduk.

2 comments:

INTAN said...

aku slalu mkn...tp aku lupa nama dia..mkn kat QB ni kat siamess resturan

ennieva fauzi said...

Tie...kat Kelantan Delight pun ada menu ni..