Wednesday, July 8, 2009

Roh mayat Michael Jackson berkeliaran


Nampaknya kematian Michael Jackson mencetuskan pelbagai fenomena, termasuk dakwaan rohnya masih berkeliaran di kediamannya di Neverland. Dalam satu klip video di rumah besar raja pop itu, peminat mendakwa bayangan di hujung laluan di rumah berkenaan membuktikan kehadiran roh Michael.

Ia adalah khabar angin terbaru mengenai Michael sejak kematiannya hampir dua minggu lalu.Sebelum ini, sesetengah pihak mendakwa konsert jelajah dunia Michael akan diadakan menggunakan teknologi hologram.Mayat Michael juga didakwa akan ditanam tanpa otaknya kerana ia perlu menjalani ujian makmal.Rakaman video di Neverland itu dibuat Miko Brando - anak kepada legenda filem, Marlon Brando - bersama jurukameranya.

Pada peringkat awal, tiada sesiapa menyedari kewujudan bayang yang didakwa roh Michael itu.Namun, selepas rakaman berkenaan dipaparkan dalam laman web YouTube, khabar angin mengenainya merebak dengan cepat di Internet.Pengunjung turut meninggalkan komen dan berdebat dengan penuh minat mengenai kemungkinan roh Michael kini berkeliaran di Neverland.Seorang daripada mereka meninggalkan komen: “Ya, itu adalah MJ (Michael Jackson), malah gaya rambutnya menjadi bukti...!! Dia tak mati!”
/Me: Wahh gitu..Lepas ni ramailah bomoh2 menawarkan diri menangkap roh Michael Jackson,

1 comment:

ibu_arifa said...

seram lah saya baca pepagi buta begini...
waaa..waaa