Friday, July 17, 2009

sepagi bersama FOUZIAH GOUS

Semalam aku shooting cover dengan Fouziah Gous untuk cover buku Pengantin Bertudung.
Sejak aku kenal dia 8 tahun yg lalu gitulah juga gaya dan rupanya..mesra dan senang memberi kerjasama. Ohh dulu dia Gadis Iremaja yang pertama masa tu umur dia baru 17 tahun..budak-budak lagi. Lepas tu dia terus jadi pramugari 5 tahun..dalam masa 5 thn tu ler dok ambil dia jadi model untuk ruangan fesyen. Kiranya mmg senanglah dgn dia. masa tu dia tak lokek bercerita mengenai keluarga..mak..kakak, abang dan anak-anak buahnya.

Lepas 5 tahun dia pun berhenti dan jadi pelakon sebabnya mmg dia target 5 thn jer jadi pramugari nak kumpul harta kemudian beralih bidang. lepas dah berlakon agak susah sikitlah nak ambil untuk ruangan fesyen sebab terikat dgn komitmen kan. ttp sekali sekala adalah juga. Dia kalau free mmg takkan menghampakan aku. seboleh-bolehnya nak buat juga. Dia pernah bercerita mengani cintanya yang putus di tengah jalan dengan rakan sealiran kerja dengannya. Kesian...dah rancang nak kahwin ttp tak jadi dan sampai sekarang masih solo..katanyalah...kalau dia tipu tipulah aku. Ttp yer kot..kalau dia ada bf mmg dia ngaku ada..ohhh Iqram Dinzly???? itu bukan bf dia kawan baik dia jer...

aku kata, "kahwin jerlah dgn Iqram tu,"
katanya, " mana boleh kak kawan-kawan hehheheh,"

Ohhh gambar akan aku update kemudian. Ttp sangat cantik kalau dia bertudung terserlah kejelitaan dan keayuaan.

"Fouziah..kalau bertudung lagi cantik dan manis. pakailah tudung suatu hari nanti," kataku

"Insya-Allah kak memang ada niat nak bertudung pun, suatu hari nanti," katanya.

3 comments:

sweetfiza said...

mmg kawan je ke ???
hhmmm...tpi cam bf ler ...

ada award kat blog fiza yer ..
nnti ambik k ..

ibu_arifa said...

fauziah? best2..nnt kak rynas upload gambar dia yer..

Yan said...

a'ahler nak tgk gambo dia bertudung...


kite ske tgk dia ngan iqram.. huhu