Saturday, August 1, 2009

along amik duit

Pagi semalam ke tempat kerja aku singgah sekejap di stesen minyak sebab nak amik duit. kat depan ATM tu ada seorang lelaki cina, dalam lingkungan 30-an agaknya sedang mengambil duit. Di tangannya penuh dengan duit kertas RM50 tebal juga. Lepas tu tak henti-henti dia mengeluarkan kad dr satu ke satu...lama juga aku menunggu, akhirnya aku berpindah ke ATM di sebelah.
Kejadian yang sama juga pernah berlaku sebulan lalu masa tu aku dengan suami singgah di maybank. Seorang lelaki cina sedang mengeluarkan duit daripada berpuluh-puluh keping kad ATM. hairan juga bagaimana orang boleh percayakannya untuk mengeluarkan duit...bukan satu aku rasa hampir puluhan keping kad. Lama juga menunggu..sehingga aku beredar di ATM di sebelah.
Perkara ni aku ceritakan kepada suami..ohhh rupa-rupanya begitulah cara ALONG mengambil duit daripada peminjam-peminjamnya. Dengan memegang kad ATM dia bebas mengambil duit sesuka hati. Tiada istilah tidak mampu bayar..selepas mengeluarkan duit barulah dia menyerahkan kembali kad atm kepada peminjamnya...agak akulah kan.

4 comments:

Cikgu Liza said...

Tak bestnya tak pegang sendiri kad atm...Itulah akibatnya bila diri sudah terjerumus dalam muslihat along...Dengar citer, sampai tua hutang tu tak habis-habis...

MeL said...

uishh! seramnye kan?!

INTAN said...

lohhh...gitew ek tektiknya

Yan said...

lor camtu ke

kalau wat loan ngan bank.. ade auto debit..
klu wat loan ngan along lak ade auto kuar la ekk