Saturday, July 11, 2009

antara horlicks dan soya



Ohh pagi tadi bersarapan dengan nasi lemak dan horlicks. Kenapa horlicks selalunya minum teh O kegemaran hasben aku atau pun milo. Ohh Horlicks ni dibeli ketika Pak teh dan mak teh datang ke rumah aku 2 minggu lepas. Oh mereka bukannya sedara aku atau suami, tetapi rakan kepada sahabat suami aku. Mereka suami isteri memang tak sentuh langsung teh, kopi atau nescafe. Minuman mereka milo atau horlicks manakala pakteh dengan soya tidak kira malam atau siang, dibawa kotak soya itu ke mana sahaja. maklumlah di rumah orang memang jarang menyediakan minuman soya, sebab itu dia selesa membawa minuman itu ke sana sini.

"kenapa minum soya pak teh?" tanya aku. Sedangkan aku sendiri tahu keistimewaan minuman ini. Dulu ketika mengandungkan Durrani minuman soya juga tidak lekang menjadi minuman kegemaran aku. Tanpa mengira waktu pagi, petang atau malam. Hasilnya kulit Durrani memang cerah.

Tetapi bagi seorang tua yang berumur 50 tahun ke atas jarang aku lihat menggemari soya. menurut pakteh dulu dia ada penyakit darah tinggi, lalu seorang doktor mengesyorkan dia minum soya. hasilnya amat positif. Tambah pula pakteh kuat merokok.

Beralih pula kepada makteh yang berpantang daripada minuman teh, kopi atau nescafe. kata makteh teh berangin dan membuatkan urat kembang. Tidak sesuai untuk wanita terutama selepas bersalin. Kopi banyak kandungan kafein juga tidak sesuai untuk wanita begitu juga nescafe boleh menyebabkan sakit kepala atau migrain kerana kandungan kafeinnya lebih kuat. bagi yang ada penyakit itu kurangkan minuman ini..gantikan dengan milo atau horlick. Horlicks juga ada campuran oat yang sangat baik untuk jantung.

Dulu aku juga jarang minum teh lately ni jika sarapan atau minum petang minuman itu yang aku minta. Jika tidak kopi tarik, aromanya sahaja membuatkan terasa ingin minum lagi dan lagi.
Selepas ini kena kembali kepada minuman asal iaitu milo, kerana aku memang penggemar milo. sejak berkahwin mula berjinak-jinak dengan kopi kerana keluarga sebelah suami kopi menjadi minuman tradisi mereka. Selepas ini haruslah aku minum soya setiap pagi, kalau baik untuk kesihatan apa salahnya.

5 comments:

MeL said...

family sy sume ketagih nescafe, sentiasa ada stok kt umah..tp skg i da start minum milo, haa...milo pn cm ketagih jgk, pastu suke buat pekat2..cmne nk kurus hehe. tp better la kot dr nescafe tu kn..me too, ms pregnant dl suka minum soya tp kulit mika xputih sgt, ikut bpk dia kot hihi..

Rashidah Ibrahim said...

Nasib baiklah siti, minum soya dapat anak putih, tetapi akak tak pun.

sweetfiza said...

tgh preggy skrg ni mmg tak sentuh la teh, kopi & nescafe pun...
mmg minum horlicks je ...
x pun soya ....
mmg teh ni berangin pun...

CS @ Mama AA's said...

dulu wktu study bonda bekalkan horlick... tp kesannya bdn sya naik mendadak huhu tobat xnak minum horlick hehe

Unknown said...

Nak tanye..pesakit asma bole minum horlicks tak??