Hari ni mau letak gambo makanan. Inilah menu hari ni. Bangun pagi teringin plak nak makan mihun sup. Oleh kerana bahan-bahan dah ada sebab semalam masa balik keje belilah sikit brg2 dapur jadi dengan gigihnya aku memasak di dapur. Senang jer uols masak sup pastu, celur mihun, sayur sawi sikit ngan sambal kicap siap untuk dimakan.
Sempat juga masak lala cili padi. Maklumlah suami aku tuh mmg apa-apa pun akan makan nasi. Ko masaklah mihun ka...mee ka...nasi juga yg dia makan.
Tada...sup ayam sudah siap. makan dua orang haruslah periuk kecik jer.
Mihun yang dah siap dicelur. cam banyak puler..rasanya sikit jer tadi. tak perlah aku makan ler sampai kembung hahhahah...
Makan mihun sup haruslah ada sambal kicap barulah kaw...
No comments:
Post a Comment