Lega semalam dah habis lay out untuk iremaja Mac isu. Sepatutnya dah boleh settle Jumaat ttp disebabkan beberapa masalah sampai selasa baru hantar printing. Untuk bulan April aku ngan team iremaja akan cuba untuk mempercepatkan deadline bahan kepada 5hb..kalau bahan dah cepat harapnya lay out juga boleh cepat.
Petang aku ke MidValley memilih baju kat zara untuk shoot cover esok. Cadangnya shooting dgn Almy nadia untuk ruangan dlm sahaja tetapi memikirkan apa salahnya mengambil dia sebagai cover sebab dia juga dikenali sama seperti pelakon seangkatannya fouziah Gous. tengoklah ikut kesesuaian nanti kalau cantik cover tak cantik dalam sajork...
Buntu juga memilih baju sesuai, rambang mata dibuatnya akhirnya selepas 1 jam aku memilih 4 pasang baju dengan warna2 ceria. Sementara menunggu staf siapkan semuanya aku pilih-pilih jugalah baju sesuai untuk diri sendiri. Zara sale okey...rasanya nak habiskan stok kot. Susah nak dapatkan baju di sana dengan harga RM39-RM49. paling murah pun RM60 ke atas hanya t-shirt cabuk-cabuk jer. Kalau yang okey mahu RM100 ke atas.
Sedang dok suka ria memilih...mata dok lilau-lilau kiri kanan...terima panggilan drp Mak Ida baby sitter aku. Dia minta amik durrani dan fahim awal sebab anak dia dah bersalin kat hospital Putra jaya. dalam kelam kabut aku terus rembat selai baju berharga RM39 haruslah amik paling murah cadangnya mahu rembat lg satu ttp dah tak ada masa dah..nak cepat. Sib baik pada masa sama staf dia pun dah settle semuanya sebab sikit jerkan hanya 8 pieces. Siap jam 5 teruslah balik tak ada masa nak shoping moping wpun sebenarnya nak jugerlah tengok2 apa yg ada dah lama nau tak pegi Midvalley.
nak kuar parking bercinta...alahai tersekat dlm jam kat parking hampir 30 minit rupa-rupanya ada pokok tumbang kat luar. Patutlah lembap bak kura-kura demam. Dah lepas pokok tumbang tuh terus jerlah pecut...ttp aku suruh hasben amik dulu anak-anak sian kang mak ida tertunggu-tunggu aku. sampai umah mak ida dah 6.15 petang.
No comments:
Post a Comment