Tuesday, February 3, 2009

alahai anak omak

Pagi tadi sedang aku iron baju kerja, Durrani dok baring-baring atas riba aku sambil mulut dok membebel ntah ape ntah. Lepas aku iron baju, seluar dan tudung aku sangkutlah baju dulu maklumlah tak mandi lagi. Pastu terus jer Durrani cakap..."akai..akai..atai aju" gitulah lebih kurangnya. aku yang terpinga-pinga terus cakap, "apa?..mama tak fahamlah" sambil gantung baju semula. Lepas tuh dia terus, Uuwaaa...nangis dengan kuatnya.
Aku ambil baju dan terus bawa kat ruang tamu sambil pujuk dia dan minta dia bg tahu apa yang dia nak.
sambil nangis dia tunjuk-tunjuk baju, "mama akai baju ni."
"Ohhh..mama pakai baju ni," dia angguk kepala.

Aduh..biar betol anak aku ni suruh aku pakai baju. Aku belum mandi lagi lar...aku jelaskan kat dia begitu. Ttp dia tetap nak aku pakai tuh.
Sebab tak nak dia nangis aku terus jerlah pakai baju yang aku iron tuh. Terus jer dia berhenti nangis dan senyum. "mama antek..."

Adoii Ya...aper ke heinya anak aku nie. Selalu tak penah cam ni. Bila aku nak buka tak kasi plak. Dah lama sikit..bila dia tak perasan barulah aku buka baju. Geram pun ada juga melayan gelagatnya pepagi hari.

3 comments:

Cik Suri said...

kelas tau...kecik2 lagi dah tunjuk bakat jadik stylist...kagum2...baek kak siti asah bakat dia, nanti boleh le jadik stylist vogue.

INTAN said...

aku rasa.....durani cuba tunjuk protes tanda nk adik sorang lagik..kahkah

rynas said...

liza- tak der maknanya jd stylist. org Kedah kata "tengah cari akai" cam tuh ler.

Intan - Iskkk...dok eeehhh ngeri lah plak bila sebut nak adik. Dua nie pun kelam kabut aku. Tunggu aaarrr besaq sikit. Tan apa kata hang dulu merealisasikan tujuan murni itu ekekkeke..aku menyusul kendian.