Lega sikit rasanya apabila Durrani dan Fahim dah tido. Barulah aku boleh start buat keje aku buka blog, baca blog kawan-kawan ataupun search apa yg patut. Sehari kalau tak buka Internet tak senang duduk rasanya. maklumlah dulu baca akhbar, tengok berita ttp skang tak payah beli paper pun tak apa, online jer mana-mana paper senangkan. kalau nak lebih tahu pasal politik bukalah agendadaily, malaysiakini, harakah dan blog parti-parti pembangkang bacalah macam-macam ada. Kdg2 memang seronok membaca penulisan mereka ni. Hentam menghentam, caci mencaci dah jadi perkara biasa dah. kalau jenis org yang tak pandai fikir ni percayalah 100 peratus apa yg ditulis. kalau nak tahu pasal hiburan click saja klubkiddy dan oh bulan. Kalau nak shopping pula macam2 barang yg dijual online yang biasa aku beli baju baby kat Manjaku Sayang.
Aku rasa sekarang ni setiap orang mempunyai blog masing-masing. Kalau dulu menulis dalam diari ttp sekarang diari diterjemahkan di alam maya, click sahaja sesiapa juga boleh membaca kehidupan kita dan memberi komen. Sebenarnya aku pun baru sahaja berjinak-jinak dengan penulisan blog semuanya kerana terpengaruh dengan blog Intan, dulu bukannya tidak teringin tetapi tidak tahu bagaimana nak create blog sendiri. Sebenarnya sejak 2 tahun lepas lagi suami aku pernah menyarankan kepadaku supaya mempunyai blog sendiri, katanya wartawan mesti ada blog ttp aku buat endah tak endah saja pandangannya. Katanya lagi blog juga boleh buat duit, aku terkelip-kelip memandang...bagaimana ya? Hahhahahah..mmg nampaknya aku buta IT. tambahnya lagi boleh juga buat bisnes menerusi blog..wahh menarik bunyinya. Selepas
setiap hari melayari blog kwn2 akhirnya terhasillah blog aku sendiri dan sekarang membaca blog adalah satu bentuk terapi paling berkesan. walaupun kadang2 ada sesetengah blog yang tidak aku kenali tetapi apabila setiap hari membaca kehidupan mereka terasa dekat di hati. Betapa besarnya pengaruh blog dlm kehidupan aku sekarang. dan sekarang barulah aku mengakui kata-kata suami aku 2 thn lepas ada kebenarannya.
Begitulah teknologi pantas bergerak..dulu nak dapatkan Internet punyalah susah terpaksa ke cybercafe 1 jam RM3.50 sekarang setiap rumah mempunyai Internet sama ada melalui stremix atau broadband mungkin akan datang internet menggunakan rangkaian wireles sahaja. Entah2 boleh berhubung seperti mana telefon mudah alih. tekan sahaja mana-mana kekunci keyboard boleh dial nombor telefon dan terus berbual. Dulu komputer berwayar sekarang masing-masing memiliki labtop. Dulu telefon rumah atau publik phone sekarang handphone, berserta 3G. dulu tulis apa-apa saja dlm diary kalau boleh tak nak orang lain baca sebab rahsia peribadi semunya tertulis di situ, tetapi sekarang tulis dalam blog dan tujuannya nak bagi orang baca. Apa lagi ya, bayangkan 10 tahun akan datang bagaimana pula keadaannya?
No comments:
Post a Comment