Saturday, February 14, 2009

alhamdulillah..selamat sampai

Pix lain tak amik sempat amik pix Durani jer tu pun lepas dia kata, "ma..ma..amik ambar sambil amik camera dlm beg aku. Siap cari port sendiri nak pose.

Alhamdulillah jam 3.30 petang Jumaat 13. Feb tadi mak, abah dan jiran tetangga yg turut serta mengerjakan umrah telah selamat tiba di tanahair. Sepatutnya jam 1 dah boleh keluar dr KLIA ttp ada masalah sikit sampai 3.30 barulah dapat jumpa dengan semua. Kita orang yang berkumpul sejak jam 1.30 tengah hari kat bilik menunggu ketibaan antarabangsa mulanya cam sonok juga sembang2 adik beradik lama-lama dah tak tahu nak buat apa. Nasib baik KLIA tak sesak sgt. Durrani pula asyik ke sana sini ajak aku jalan. Nasib baik Fahim tinggal kat baby sitter kalau tak ehhmm tak terkejar aku.

Lepas dah jumpa semua...salam-salaman berpelukan dan berciuman...kami kebuntuan nak cari tempat makan. Lastnya singgah di R&R Nilai..makan di situ. Sambil mak aku membahagikan apa yg patut untuk anak2 yang tinggal di KL maklumlah dia dan yg lain2 akan meneruskan perjalanan pulang ke kampung. mak dan abah dah tak nak singgah mana-mana lagi. Lagi pun bawa 3 orang jiran tak sedap hati pulak sebab masing-msing nak balik kampung.

Lepas makan..sembang2 jam 5.30 barulah masing2 bertolak dr R&R ke rumah masing-masing...cadangnya mahu ke pejabat..sebab deadlinekan...ttp sampai umah pun dah jam 6 petang. Wan grafik pula MC hari nie...alahai grafik aku tuh..time2 deadline pulak dia buat perangai.

balik umah mmg penat gilosss...haruslah tido awal merehatkan badan.


No comments: