Tuesday, February 24, 2009

jumpa Fizow


Hari ini tugasan yang sepatutnya dilakukan jam 11 pagi ditunda kepada jam 1 tengah hari. Sebabnya Fizow yang minta tukar masa. aku ok jer lagipun jurugambar tak ada asgment lain cuma dgn aku jer. Kita org gerak dr opis jam 12 tengah hari dan sampai lebih kuran 1 petang. Rumah pelakon dan model ni kat Riverdale, bukit antarangbangsa dekat jer dgn runtuhan bezanya runtuhan tuh kat atas sikit jer.

Senang bekerjasama dengan fizow, dia pun tahu apa gambar aku nak. habis semua ruang aku gunakan drp bilik, ruang tamu sampailah ke dapur. Katanya dia pandai memasak sebab dulu penah buka kedai makan ttp sebab bz tak sempat nak masak untuk aku. Mmg pun 2 minggu lepas kuar dlm Nona masa tuh Fizow masak tomyam kot. Maklumlah org Siam mesti pandai masak noo...Naper aku amik dia nie..sebabnya dia pelakon baru sedang meningkat naik. aku mmg suka buat publisiti artis2 baru yg tengah nak naik ni...asyik2 muka2 lama bosanlah.

habis shoot lebih kurang 2.30 petang perut terasa lapo rupanya aku ngan ikram belum lunch lagi. Mula2 lah terfikir nak makan kat ner..cadangnya aku kata balik opis jerlah makan kat Suraya. Ttp Ikram tersebut yg dia masih terasa lagi briani ayam madu kat Kota damansara minggu lepas yg sedap tuh. So aku cadangkan kita org makan kat Mahbub...sebab Ikram tak penah makan kat sana.

Aku spt biasalah order nasi briani ayam madu..ikram order nasi biasa tambah ayam madu. Pas dapat makanan masing2 diam menghayatinya. sambil tu Ikram kata...mmg sedap..pasni kalau nak makan kat mahbub ajak kak ct yer. Lepas gian aku nak makan kat mahbub.

4 comments:

INTAN said...

sapo dia tuh T?....naper aku x kenai pun....pelakon ke penyanyi?

kirana said...

jambu kan dia ni..hihi..
good looking la..

apa2 pon still suka remi..hiih cam macho gitu bila pakai baju ala2 technician dlm cete awan dania tu..nampak masculin

rynas said...

alah dia ni pelakon baru. ttp tercalon 5 terbaik untuk ABP.

Ana - aaahhh..jambu. aku pun sama gak suka yang nampak lelaki cam remy tuh

INTAN said...

pelakon baru?...perh..langsung aku x kenai...dsatnya