Saturday, February 14, 2009

mak cik Jonet dah tak ada...


Kejadian ni berlaku pada pagi Khamis minggu lepas...sampai jer kat pejabat lebih kurang 10 pagi aku lihat ada sebuah lori milik DBKL. Ramai pekerjanya kat depan kedai mak cik jonet (depan opis aku tuh) sedang melakukan kerja-kerja meruntuhkan gerai mak cik Jonet ( makcik jonet ni namanya ntahlah...ttp gelaran jonet ni aton yg bagi). Sedih plak aku tengok bila pekerja2 DBKL meruntuhkan kayu-kayu kedai hingga yang tinggal tapaknya sahaja. Kalau makcik dan pakcik tengok tentu dia menitiskan air mata..maklumlah tempat dia mencari rezeki dekat 2,3 tahun kot. Situ jugalah tempat aku ngan kengkawan aku brekfast, lunch dan kadang-kadang minum petang. Sebab dekat sgt ngan opis...kalau time malas nak jalan jauh situlah kami makan.


Sekarang dah tak ada...dengarnya tempat parking pejabat juga akan dijadikan foodcourt. Entahlah...lepas ni kat mana pulak nak letak kereta-kereta yang banyak ni...dah lah memang susah nak parking. DBKL juga dah letakkan semua parking berbayar tak ada lagi free cam dulu. Bila DBKL cadang nak buat foodcourt mmg aku rasa cam tak masuk dek akal jer. patutlah gerai-gerai kecil tepi2 jalan semua dia robohkan, kedai Melayu dan India Muslim sebab nak beri laluan pada foodcourt plak. Lepas ni persekitaran pejabat akan berubah..lebih happening..meriah, sibuk dan kelam kabut. Lapan thn dulu masa aku menjejakkan kaki ke sini kawasan taman desa ni mmg lengang. nak cari kedai makan pun susah. Hanya makan dan minum di kedai DIn sahaja belakang opis. Ttp lama kelamaan makin banyak pembangunan. tambah pulak sejak dibina kondo mewah CASA DESA yg berharga RM200 ribu ke atas betul2 depan opis, keadaan semakin sibuk. Lepas ni apa pula ya....


4 comments:

suziey said...

Erm...kat mana plak agaknya makcik niaga. Masakan makcik pun sedap, rasa mcm makan masakan mak kat kg jer...lepas nih agak2 tak ada parking jer..kita lipat2 keta masukkan dalam hand bag...hahahaha

Maryam Elyas said...

boleh pakai ke idea lipat2 keta masuk dalam hand bag tu? Isyh... kalau nak bagi idea pun biar la logik. Kalau setakat idea cokia mcm tu baik tak yah bagi idea. Baik bagi idea, sangkut keta atas pokok ke... atau park dalam opis ke... Erm... semakin tension nampaknya di sini ye....

INTAN said...

kesian peniaga2 kcil melayu.....nasib kan...?

Anonymous said...

heheh makcik jonet...terigt gelaran ni ehhh
popular makcik jonet..