Thursday, February 5, 2009

kopi panas...


Di tengah malam sambil menghirup secawan kopi panas alangkah enaknya. tambah pula di sebelah tangan rancak memegang kekunci keyboard melayari Internet. Bukan membaca berita pergolakan di Perak, malas rasanya mahu mengambil tahu politik negara. Walaupun malam ini aku mendengar syarahan daripada suami mengenai apa yg berlaku di Perak. Maklumlah aku kurang arif sikit mengenai politik. berbeza dengan suami yang suka melayari blog penulis politik sama ada pembangkang atau pemerintah. Tanya apa sahaja mengenai politik dia ada jawapannya. walaupun tidak ambil tahu ttp jauh di sudut hati aku mengharapkan sesuatu yang baik...demi untuk orang Melayu, orang Islam di Perak, negeri kelahiran aku.

Sebenarnya tujuan aku membuat kopi panas untuk bersengkang mata. Juga atas permintaan suami. Biasanya sambil melayari Internet dia akan menghirup secawan teh panas, tetapi malam ini teh aku tukar dengan kopi biar mata cerah secerah-cerahnya. Aku pula bersengkang mata kerana mahu menulis story yang masih bersisa. Maklumlah deadline semakin hampir, cuti pula agak banyak pada bulan ini sedikit sebanyak memang mengganggu perancangan kerja. Harap2 dapatlah dihabiskan sebelum 10 Februari nanti. Petang tadi bertemu dengan Aton kerana dia bercuti selepas induksi. rancak berbual di Suraya kafe bersama Pok Li dan Faizal IT. hampir jam 5 baru menyambung kerja. Selepas itu membantu Wan menyelesaikan lay out cover kerana esok meeting cover bersama Datuk Kadir.
Pagi tadi aku masuk lewat ke pejabat kerana membawa Fahim ke klinik. Bibirnya seperti terkena virus, merah seperti campak. Mulanya kecil lama -kelamaan semakin besar. Matanya juga merah, tetapi tidak terlalu teruk. Risau juga memikirkan keadaan, maklumlah ini kali pertama berlaku. teringatkan penyakit kuku, kaki, tangan dan mulut menyebabkan aku membawanya ke klinik. Doktor memeriksa tetapi tidak dapat disahkan puncanya. Cuma dia memberi ubat mandi, krim mulut dan mata, antibiotik dan ubat gatal. Sabtu nanti aku diminta datang semula takut sekiranya tompokan itu merebak ke tempat lain lebih bahaya jika sampai ke otak.
Ketika cuti Hari wilayah lalu aku mengemop lantai, aku takut sekiranya bahan cucian tidak bersih dan menjadi punca bibir Fahim merah. maklumlah dia sudah boleh meniarap dan menyulur. Kadang-kadang mulutnya terkena lantai. Mungkin virus cucian yang tidak bersih terkena pada mulut fahim. Itu andaian aku sahaja. Petang tadi ketika mengambil Fahim merah matanya sudah berkurang begitu juga tompokan di mulut agak mengering. harap-harap ubat diberi doktor berkesan.

4 comments:

ennieva fauzi said...

Tie, ko guna pencuci lantai Dettol...budak2 ni senstitif. At least ada la skin protection sket...

rynas said...

betollah Ben aku guna yang biasa tuh aaahhh..ajax. pasni aku guna dettollah plak. ttp skang ni dah kurang sikit dah

Cikgu Liza said...

Ct, aku tak ikut perkembangan politik ni.Boleh ko citer tak apa yang sebenarnya berlaku kat Perak ni? Negeri kita tu...PERAK NO 1.

CS @ Mama AA's said...

cian baby tu...

kulit die jenis yg sensitip kut...

pepun hope cpt sembuh ye