Sabtu masa bersantai bersama keluarga. Sabtu juga masa mengemas rumah. Malah Sabtu masa melayan karenah anak-anak daripada memandikannya (setiap hari baby sitter yg mandikan) menyuap makanan dan menidurkannya.Paling penting Sabtu masa pulang ke kampung sama ada Perak (3 atau 2 bulan sekali) atau P.D yang hampir setiap minggu. Justeru Sabtu masa yang ditunggu-tunggu bukan sahaja wanita berkerja seperti aku malah orang lain. Berbeza dengan orang bujang Sabtu adalah hari berehat sepanjang hari (itu aku lakukan dulu). Bangun tidur hanya untuk solat Subuh kemudian tidur semula sehingga 10 atau 11 pagi. Bangun terus makan tengah hari. Wow!! Itulah bahagianya orang bujang. Jadi wahai gadis bujang di luar sana pergunakanlah secukupnya hari Sabtu anda kerana jika sudah ber ‘anak’ tiada lagi waktu bersenang-lenang, tidur lapan jam sehari, menonton televisyen program kegemaran anda atau melayan SMS. Malah mahu membuka lab top juga jam 10 malam ke atas pada masa anak-anak sudah tidur. Jadinya masa tidur hanya 3 atau 4 jam sehari sahaja. Siangnya adalah masa melakukan kerja rumah.
Jika dulu aku diibaratkan sebagai orang yang kuat tidur bayangkan di dalam kereta tidak sampai 15 minit aku sudah tertidur, malah jika rancangan televisyen tidak menarik aku sudah boleh tertidur walaupun ketika duduk, sehingga menjadi ejekan keluarga. Sekarang ternyata berbeza kerana tidur sudah tidak begitu penting bagi aku. Tidur hanya merehatkan badan dan minda 4 jam sehari sudah memadai. Malah jika anak demam pernah tidak tidur sepanjang malam.
Ok berbalik pada hari Sabtu...biasanya petang aku sudah bersiap-siap mahu pulang ke kampung di PD walaupun adakalanya beratnya hati. Bayangkan hampir setaip minggu. Kata hati kecilku “aku juga mahu berehat di rumah sendiri’ namun dek kerana taat pada suami aku ikutkan saja. Bukan aku tidak suka pulang ke sana....sangat suka. Ini kerana bukan aku saja mengamalkan budaya balik kampung ini tetapi adik beradik yang lain. Malah aku suka melihat keakraban ipar duaiku. Walaupun sudah beranak pinak mereka masih makan bersuap (adakalanya) malah boleh tidur diatas ribaan. Perkara ini memang jarang dilakukan oleh adik-beradikku. Sebab itu aku mudah rapat dengan mereka. Memang riuh rendah jadinya jika semua berkumpul. Yang paling aku suka ialah aku jarang ke dapur memasak kerana mereka menyukai masakan pedas. Bukan setakat pedas biasa tetapi pedas yang akan membuatkan telinga anda berapi. Bukan aku tidak rajin cewaahhhh.... tetapi sehingga sekarang aku takut memasak seandainya masakan aku tidak memenuhi selera mereka. Justeru aku membuat kerja ringan sahaja seperti membasuh pinggan dan mengemas rumah sahaja.
No comments:
Post a Comment