Pejam celik pejam celik hari ni sudah 23 hari berpuasa. Bermakna seminggu lagi kita akan menyambut Syawal. Begitu cepat masa berlalu Ramadan akan meninggalkan kita kedatangan Syawal dinanti dengan penuh kegembiraan. Jika 10 tahun lalu 30 hari berpuasa terasa lamanya menunggu raya. Begitu juga puasa terasa lambatnya waktu berbuka tetapi kini masa berlalu begitu pantas. Bekerja di pejabat tanpa sedar jam sudah menunjukkan angka 5. Bermakna masa pulang ke rumah. Begitulah rutin seharian. Terasa sayangnya mahu meninggalkan Ramadan kerana amal ibadat yang tidak sesempurna mana. Terawih tidak dapat aku lakukan kerana sibuk dengan si kecil (walaupun aku sedar itu tidak boleh dijadikan alasan kerana boleh dilakukan sendiri di rumah). Tetapi itulah manusia sentiasa lalai dan leka apabila tiba waktu kehilangan barulah terasa betapa berertinya andainya RAMADAN datang lagi.
Mujur ketika bujang dulu aku dapat bersembahyang terawih bersama rakan-rakan di masjid. Kemanisannya terasa sehingga sekarang…walau mengantuk macam mana sekali pun akan aku usahakan untuk bersembahyang. Kerana terasa rugi meninggalkan Terawih yang banyak keistimewaannya.
Kadang kala aku terfikir kita mengejar dunia sehingga terlupa akhirat makin menghampiri. Sepatutnya Ramadan dijadikan permulaan untuk melakukan amalan yang jarang dilakukan seperti sembahyang sunat atau tahajud dan mengaji al-Quran. (tetapi ketika mengandung mmg aku rajin lakukan kerana tidak dapat tidur malam). Kini Ramadan cuma tinggal 7 hari sahaja, dalam kegembiraan menunggu Syawal terasa keshahduan meninggalkan Ramadan. Entah kan dapat entahkan tidak menunggu RAMADAN pada tahun hadapan andai Tuhan memanjangkan usia, InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment