Sunday, September 14, 2008

Nak share pengalaman bersalin

Pengalaman melahirkan Fahim tidaklah sukar kerana aku melahirkan melalui kaedah ceaserian. Walaupun aku berharap dapat bersalin normal tetapi tidak kesampaian. Namun aku reda mungkin ada hikmah untuk aku. Tarikh jangkaan bersalin 29 Julai 2008 sedangkan aku bersalin awal pada 1 Julai 2008. Aku memang sudah menjangkakan akan bersalin awal kerana terlalu aktif. Di pejabat masih meneruskan kerja luar mengambil produk, shoting fesyen dan menaiki tangga hingga ke tingkat 3. Malah aku merancang untuk menyiapkan semua tugasan sehingga bulan 11. Hehhehehe...cam poyo jer akhirnya plan tak menjadi. Hari terakhir di pejabat aku masih sempat membeli keperluan baby di Midvalley puas berjalan sehingga kepenatan yang amat sangat. Pulang ke rumah terpaksa melayan karenah Durrani malah aku masih larat mendukungnya yang ketika itu seberat 11kg.

Pagi isnin aku tumpah darah dan terus ke hospital Pakar Annur namun rahim masih belum terbuka dan aku dibenarkan pulang. Tidak senang duduk rasanya, “doktor masih awalkan baru 37 minggu,” kataku untuk menyedapkan hati. Doktor Fatimah yang lemah lembut itu terus berkata, “good sebab dan ada sign. Biasanya 37 minggu baby dah matang dan boleh bersalin. Saya dulu bersalin 37 minggu,” katanya tersenyum.

Aduh!!!!!.... aku makin tak keruan...bermacam bermain di fikiran. Kerja belum siap, keperluan baby belum lengkap malah siapa yang akan menjagaku jika bersalin awal. Tetapi instinc aku berkata memang aku akan bersalin awal mungkin esok atau lusa.

Pulang ke rumah aku masih sempat singgah di kedai Manjaku mencari keperluan baby. Last minit shoping..

Malamnya Isnin 30 Jun jam 11 malam kontraksi datang setiap 30minit. Aduh aku sudah tidak tahan malah darah keluar lagi. Lantas cik abang membawa aku ke hospital dan meninggalkan anak di rumah baby sitter. Malangnya rahim masih belum terbuka tetapi doc meminta aku ditempatkan di wad. Aku semakin resah mungkinkah pengalaman bersalin anak pertama akan berulang?

Jam 8 pagi doc Fatimah masuk ke bilik dan memeriksa pintu rahim, “ baru 1 cm so kita tunggu sehingga 3 atau 4 cm untuk pecahkan ketuban. Biasa setiap 1cm mengambil masa 1 jam bermakna 4 jam lagi”.

Aku hanya mengangguk sambil berharap agar rahimku terbuka....berkali-kali juga aku tawaf di dalam bilik. 4 jam kemudian doc fatimah memeriksa rahim malangnya masih 1cm.

“Kalau boleh kita cuba juga bersalin secara normal. Jadi doc akan cuba masukkan ubat untuk kuatkan kontraksi,” katanya lagi.

Aduhhh...ubatnya terlalu kecil tetapi sakitnya Tuhan saja yang tahu. Datangnya setiap 2/3 minit sekali. Dari dada sehingga ke pinggang..sukar diceritakan bagaimana sakitnya kontraksi itu hanya mereka yang melalui saja yang tahu. Setiap kali datang aku akan memegang tangan suami sambil dalam hati berzikir. Jam 4 petang doc Fatimah datang buat kali terkahir untuk memeriksa laluan...malangnya masih 1 cm dalam kesakitan aku dibawa ke bilik bedah.

“Jika tahu macam ni doc lebih baik c-sect jer. Tak payah nak sakit,”kataku.

Ini pengalaman kedua aku di bilik bedah. Semuanya sama..tetapi dek kerana makan tengah hari aku muntah ketika di bedah. Jam 4.30 petang, Selasa 1 Julai 2008 lahirlah Muhamad Dhani Fahim seberat 2.75 kg ...syukur Alhamdulillah. Di hospital cuma suamiku menunggu...mak hanya datang selepas aku keluar hospital...pada hari Khamis dan Sabtu aku pulang ke kampung berpantang.

Ada juga rakan berkata, “untunglah ko tak payah nak rasa sakit bersalin...bolehlah mengandung lagi,”

Kalau boleh memanglah mahu anak ramai sekurang-kurang 4 atau 5 orang..tetapi bersalin c-cest biasanya 3 atau 4 sahaja itu pun bergantung pada kondisi ibu dan tidak memudaratkan. Tak perlah mungkin rezeki anak setakat itu sahaja....aku reda.


3 comments:

INTAN said...

moga x serik beranak lagik yek

rynas said...

iskkk..iskk..tak serik Tan kalau boleh nak anak 5 ttp tak tercapailah rasanya..kalau normal tuh leh gak diusahakan...ni dah c-sect.Besttt woooo..anak ramai satu kenikmatan hehhehe

INTAN said...

bagus..bagus...ada org tu baru anak sorang dh serik....rugi betoi