Wednesday, September 24, 2008

Rajuk suami

Suami ku pabila marah dia akan mendiamkan diri sahaja. Sekali ditanya sekali jua jawapannya. Semalam ketika berbuka puasa dia hanya mendiamkan diri, aku pula sibuk melayan anak-anak si kecil mahu menyusu manakala kakak mahu disuapkan makan. Aku tahu dia merajuk…mungkin tidak sampai ke tahap marah. Aku juga tahu apa sebabnya. Arrhhgghh..aku rasa dalam hal berumah tangga buang masa sahaja bergaduh yang tidak akan dapat hasilnya. Baik aku berdiam diri sehingga marahnya reda, rajuknya surut dan diamnya kembali ceria. Lambat laun dia akan kembali seperti biasa. Jarang rajuknya panjang sehingga seharian. Paling tidak jika aku menghantar SMS berbaur lucu dan buat seperti tiada apa berlaku. Jarang terdengar dia meninggikan suara atau memberitahu apa marahnya. Aku saja yang suka meneka dalam kesamaran. Begitulah lelaki kadang kala sukar difahami walaupun suami sendiri (ya lah aku pun baru saja berkahwin masuk thn ke3). Suka mendiamkan diri dan menyelesaikan masalah sendiri. Bagi mereka bercerita akan hilang egonya. Aku rasa sifat ini ada pada semua lelaki. Tidak seperti perempuan yang suka berkongsi segalanya. Walhal benda yang kecil sebesar kuman pun mahu diceritakan termasuk pegi shopping, beli itu dan ini serta hal pejabat. Tidak seperti lelaki suka berbincang perkara penting sahaja, tambah pula hal umpat mengumpat memang tiada dalam diari mereka.

Kata mama - Oh suamiku cepatlah tersenyum seperti biasa.

3 comments:

INTAN said...

dia marah naper?..psl balik kg raya ke?...hhehe....sabo...sabo....

rynas said...

iskkk..taklah bukan pasal raya..benda lain nie hehhehe

INTAN said...

oo...ingat psl balik raya...heheh..kepoci lak aku...