Tuesday, September 23, 2008
opss..biskut hangus
Sabtu dan ahad seperti biasa aku pulang ke kampung di PD Negeri Sembilan. Cuaca panas terik menyebabkan aku keletihan yg amat sangat. Fahim pula tidak mahu tidur sehinggalah aku membuka baju dan seluarnya. Petang ahad Angah mahu membuat tat dan conflakes madu. Aku seperti biasa hanya membantu apa yang patut sahaja. Maklumlah ada anak kecil, mahu pegang tepung si kecil sudah merengek minta dibuai. Dalam hal membuat kuih aku akui sangat tidak rajin. Aku sanggup mengeluarkan duit daripada menggaul tepung kemudian bertungkus lumus menyiapkannya dan menunggu sehingga masak. Arrgghhh…memang aku seorang yang malas. Aku hanya memerhatikan Angah membancuh tepung kemudian menguli sehingga sebati. Kemudian dimasukkan dalam acuan ditekan dan digulung bersama jem nenas. Belum habis lagi....kuih yang comel itu kemudian disapu dengan kuning telur. Kemudian dibakar sehingga habis semuanya. Aku hanya membantu Angah menyapu kuning telur di atasnya sahaja. Selebihnya diselesaikan Angah. Adik beradik yang lain seperti Along mengemas luar rumah kasihan dia terpaksa berpanas, mencabut rumput dan menyapu sampah. Liza pula mengemas bahagian dapur. Lia tidak pulang berbuka di rumah sendiri. Petangnya kak ina bersama anak-anak datang berbuka di rumah sambil membawa menu masak lemak taugeh. Oppsss...teman lelaki Liza juga berbuka sekali sambil membawa biskut almond London. Sedap juga...Durrani makan sehingga comot bajunya. Malamnya Angah menyambung membuat conflakes madu. Aku cuma membantu memasukkan conflakes di dalam sarung....wahhh biskut ini aku rasa paling senang di dunia. Makannya juga senang anak-anak buah sibuk memasukkan satu dan satu ke dalam mulut mereka termasuk anak aku yang suka meratah conflakes. Jam 10.30 malam barulah selesai semuanya.. malangnya ketika adunan terakhir kerana asyik bersembang tidak sedar adunan hangus.Hahhahaha..kami semua ketawa melihat conflakes yang tidak serupa conflakes. Kata aku biskut hangus ini untuk LIZA.
Labels:
ceritaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment